Assalamualaikum
Semalam cikgu dah cerita pasai jaundis. Ingat lagi tak? 😎
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
➡ Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.
➡ Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
➡ Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anak anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
❌ Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
❌ Peningkatan kekuningan yang cepat.
❌ Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
❌ Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
❌ Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
❌ Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
#InfoByMhamsb #AsmakByMhamsb
0135819100 Cikgu Basariah

Bayi yang jaundis lazimnya kurang aktif dan suka tidur. Ibu berperanan untuk kejut dan kerap susukan bayi. |
Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
Anak anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
❌ Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
❌ Peningkatan kekuningan yang cepat.
❌ Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
❌ Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
❌ Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
❌ Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
#InfoByMhamsb #AsmakByMhamsb
0135819100 Cikgu Basariah
APA YANG MENYEBABKAN JAUNDIS INI BERPANJANGAN ?
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Januari 07, 2019
Rating:
Tiada ulasan: