Seo Services

MACAM MANA NAK RAWAT JAUNDIS NI ?

Assalamualaikum

Jaundis memang merisaukan hati terutamanya bagi ibu muda dan baru melahirkan.

Bagaimana nak rawat jaundis ni?

Ibu perlulah sentiasa bertenang dan kerap menyusukan bayi

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari.

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak



Sumber : babycenter.com

0135819100 Cikgu Basariah
MACAM MANA NAK RAWAT JAUNDIS NI ? MACAM MANA NAK RAWAT JAUNDIS NI ? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Januari 08, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.