Seo Services

BAHAYANYA ASMA


Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:

❌ Jangkitan pernafasan dan selsema
❌ Pendedahan kepada asap rokok
❌ Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
❌ Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
❌ Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
❌ Tekanan (stress)
❌ Latihan (senaman)

Tinjauan yang dijalankan oleh Realise Asia mendapati sembilan daripada 10 penghidap asma percaya penyakit mereka dapat dikawal di sebalik gejala yang berterusan dan serangan asma.  Tinjauan ini juga menunjukkan bahawa 93 peratus daripada 151 responden Malaysia tidak menganggap penyakit asma mereka itu serius.

Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif, Pengarah Institut Perubatan Pernafasan juga Pakar Perunding Kanan Dada, percaya keadaan yang membimbangkan ini mungkin boleh dikaitkan dengan sikap ambil mudah rakyat Malaysia. "Walaupun sedang sakit bila kita tanya, 'pak cik apa khabar' mereka akan jawab, 'baik'," kata Dr Abdul Razak



#InfoKesihatan #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
BAHAYANYA ASMA BAHAYANYA ASMA Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 31, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.