First Aid Kit atau peti kecemasan merupakan satu keperluan dalam setiap rumah apabaila berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.
Sesetengah peti pertolongan cemas yang siap dibungkus tidaklah mahal dan mengandungi kebanyakan barang yang penting. Walau bagaimanapun, mungkin anda tidak dapat mencari segala-gala yang anda perlukan dalam satu produk. Anda boleh mula dengan peti pertolongan yang tersedia dan tambah sebarang item yang anda perlukan.
Untuk membuat peti kecemasa sendiri, antara barangan yang boleh dicadangkan ialah :
✅ Termometer Bayi
✅ Penahan sakit berbentuk cecair untuk kanak-kanak dan bayi yang mengandungi paracetamol atau ibuprofen. Anda juga perlukan sudu pengukur atau picagari tanpa jarum. Sentiasa ikut arahan dos pada label ubat.
✅ Penyepit kecil untuk mengeluarkan duri dan selumbar.
✅ Pek ais atau gel boleh disimpan dalam peti sejuk dan diletakkan pada benjol untuk melegakan kebengkakan.
✅ Cecair salin dan ubat mata. Ini berguna untuk mengeluarkan habuk daripada mata atau merawat mata merah.
✅ Tisu antiseptic. Ini adalah cara mudah untuk mencuci luka dan kekoyakan kulit.
✅ Gunting yang tajam untuk memotong plaster dan pelekat
✅ Plaster melekit dalam pelbagai saiz dan bentuk.
✅ Kain anduh pelbagai jenis termasuk yang berbentuk segi tiga, serta strip bersaiz 2.5 cm dan 5 cm untuk menstabilkan kedudukan pembalut.
✅ Pita pelekat
✅ Pembalut jari
✅ Sarung tangan steril pakai buang.
✅ Krim antihistamin untuk membantu melegakan gigitan dan sengatan serangga.
✅ Manual pertolongan cemas.
Semua yang saya sebutkan ini anda boleh letakkan dalam peti kecemasan anda sendiri. Anda boleh tambah apa yang anda ingin letak dalam peti kecemasan anda sendiri.
Semoga bermanfaat 😊
#InfoByMhamsb #InfoKesihatan #MinyakHerbaAsmak
Sediakan Minyak Herba Asmak untuk masa-masa kecemasan. Satu untuk semua 😄
0135819100 Cikgu Basariah
FIRST AID KIT : APA YANG PERLU ADA ?
Reviewed by Teacher Basariah
on
Rabu, Januari 30, 2019
Rating:
Tiada ulasan: