Seo Services

Kulat rumah punca anak jatuh sakit

Perhatikan keadaan persekitaran rumah selalu sekiranya ahli keluarga sering jatuh sakit


Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka  masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Bolehkah kulat ini di cegah?

✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan  terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Kredit : Public Health Malaysia

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang

#WeAreFamily

0135819100 Cikgu Basariah
Kulat rumah punca anak jatuh sakit Kulat rumah punca anak jatuh sakit Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mac 09, 2019 Rating: 5

2 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.