Seo Services

Resdung BAHAYA!

HIDUNG NYARIS TERCABUT

Dulu masa kecil, cikgu pernah mengalami resdung yang kronik.

Setiap kali bangun pagi, hidung dan mata berair dan mula bersin. Cairan hingus keluar sehinggalah tengahari baru simptom tu berkurangan. Dalam seminggu boleh dikatakan hampir setiap hari cikgu mengalaminya. Siksa? Memang siksa!

Ada suatu ketika tu, kulit di sekitar hidung rasa gatal dan kering. Sampai boleh dikopek. Cikgu begitu gian mengopek kulit hidung cikgu. Seronok pula rasanya.

Anehnya, kulit yang dah dikopek akan diganti kulit baru yang mengelupas semula dan sedia dikopek lagi. Rasa ketagihan mengopek kulit hidung tu tidak berhenti jadinya. Dah umpama hobi pula. Haha.

Makin lama kulit sekitar hidung jadi sangat sensitif, pedih dan menipis. Pada masa tu, kawasan sekitar hidung menjadi hitam. Ibu cikgu pula mula menyebut-nyebut tentang hidung akan rompong(berlobang). Bertambah ngeri cikgu jadinya. Siang malam cikgu tidak lena tidur kerana risau sangat hidung akan tercabut!

Pada masa itu, pelbagai rawatan alternatif dicuba ibu cikgu termasuklah meletakkan kunyit di muka. Kunyit hidup diasah di bontot pasu kemudiannya dicampur dengan bedak sejuk dan dilumur ke wajah. Apabila bangun pagi habis baju dan bantal cikgu kekuningan. Wajah juga jadi kuning! Malunya cikgu nak ke sekolah pada masa tu. Jenuh juga cikgu sental wajah sendiri dengan pencuci muka Safi. Mujur hilang 😂

Rawatan kunyit tidak tahan lama kerana cikgu yang merasa siksa dan malu wajah menjadi kekuningan umpama hantu cina. Rawatan itu akhirnya berhenti sekerat jalan.

Tak berapa lama selepas itu, simptom resdong cikgu menjadi teruk semula. Pagi bersin, tengahari bersin, sampaila malam cikgu bersin. Bau tumisan cili terutamanya langsung tak boleh dihidu. Pasti cikgu akan bersin sampai nak tercabut hidung rasanya.

Suatu hari, ibu membuka cerita kisah resdong cikgu yang melarat ini kepada arwah nenek. Sebaik mendengar berita itu, terus nenek bawa cikgu ke rumah sahabatnya. Rupanya sahabatnya itu pembuat ubat resdung. Nenek beli sebotol ubat dari rakannya itu.

Sampai sahaja di rumah, cikgu terus makan ubat itu. Pahit dan tidak sedap! Mujurlah dalam kapsul. Cikgu gagahi juga menelan kapsul yang dirasakan sangat besar itu.

Umpama magik, belum habis sebotol ubat itu cikgu makan, segala simptom resdong yang melanda lenyap sama sekali. Kehitaman di sekitar hidung pon beransur pulih. Tiada lagi kuping-kuping yang muncul di sekitar hidung. Lama juga cikgu tidak lagi diserang resdong selepas itu.

Setelah sekian lama, akibat tidak berpantang makan, resdung muncul kembali. Cikgu tidak lagi menemui ubat yang magik seperti yang arwah nenek belikan. Namun kini, cikgu bertemu teman baru keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd iaitu Asmak Herbs dan Minyak Herba Asmak.

Kedua-dua produk ini berkelulusan KKM mendapat MAL dan selamat digunakan. Kini, cikgu berazam membantu seberapa ramai yang bermasalah resdung macam cikgu agar pulih dan dapat menikmati hidup seperti insan normal yang lain.

Untuk konsultasi berkaitan resdung atau berminat mendapatkan produk Asmak Herbs dan Minyak Herba Asmak ini, boleh wasap/call cikgu di 0135819100

Semoga anda juga bebas dari resdung selama-lamanya. Aamiiin.

Pilihan kombo yang sesuai untuk masalah resdung berdasarkan usia dan tahap resdung

Kedua-dua ni sahabat setia cikgu sekarang 💓

Resdung BAHAYA! Resdung BAHAYA! Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mac 10, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.