Seo Services

Usah SOMBONG!

Masya Allah..

Takut sekali membaca 25 tanda
*SOMBONG*

Takut lagi kpd peringatan Hadis Nabi berkaitan akibat *SOMBONG*

Utk semakan:

1. Orang *sombong* payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang *sombong* mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang *sombong* memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Orang *sombong* hanya  mahu kata-katanya sahaja dipakai

5. Orang *sombong* memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang *sombong* ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang *sombong* sukar mendengar pendapat orang lain.

8. Orang *sombong* suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang *sombong* kalau menjadi pemimpin, dia kasar dan keras terhadap orang lain

10. Orang *sombong* sukar memaafkan kesilapan orang.

11. Orang *sombong* kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang *sombong* mahu  dihormati atau dipuji

13. Orang *sombong* suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang *sombong* kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang *sombong* suka memperkatakan keburukan,  memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang *sombong* kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang *sombong* suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang *sombong* suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang *sombong* kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang *sombong* kalau berdiri  suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang *sombong* kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang *sombong* tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang *sombong* tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang *sombong* suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang *sombong* tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang *sombong* sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Sabda Rasulullah SAW,
*"Tidak akan masuk  syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi."*

(Hadis Riwayat Muslim)



0135819100 Cikgu Basariah
Usah SOMBONG! Usah SOMBONG! Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mei 26, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.