Seo Services

Jangkitan kuman dalam darah

Assalamualaikum

Selepas setahun, kembali juga Nurin ke hospital kelahiran dia ni. Jika tahun lepas akibat terkena jangkitan Influenza A, tahun ni akibat jangkitan kuman pula.

Muka letih dan nampak tak bermaya masa mula masuk hospital ni

Nurin mula batuk dan selesema dalam hari Jumaat. Mama kerap je sapu Minyak Herba Asmak kat dia. Tengok terkawal la. Batuk dan selesema pon dah berkurang.

Hari Sabtu mama hantar Nurin dan bang chaq ke pengasuh sebab mama perlu bawa pelajar untuk ke bengkel. Masa ni tengok ok je dia.

Tiga hari ni Nurin kerap main belon dengan abang-abang dia. Dia suka tiup dan lepaskan belon terbang. Kemudian dia kutip balik dan masuk ke mulut. Jenuh dah melarang tapi biasalah budak-budak.

Ahad malam tu mama perasan badan Nurin panas. Dada dia berombak dan dia kerap merengek. Mama bagi ubat demam kat dia. Mama dan abah gilir-gilir sapu Minyak Herba Asmak. Dia pon macam asyik meracau je. Lepas sapu minyak dia macam ok balik. Ada sekali tu dia muntah kahak keluar berketul-ketul. Legalah hati mama dan abah masa tu.

Tengah malam Nurin dah tak demam tapi asyik terjaga tidur tak nyenyak dan asyik gelisah. Mama minta abah panaskan Minyak Herba Asmak dan sapu ke dada, belakang badan, tapak kaki dan pelipat dia. Nurin bolehla tidur dalam 3 jam tak meracau.

Pagi Isnin tu mama hantar Nurin ke rumah pengasuh. Tengok dia macam dah ok sket. Jadual mama memang agak pack bila hari Isnin. Tapi hati rasa tak sedap je dok ingat ke Nurin.

Dalam jam 12.15 tengah hari, masa mama tengah bersiap nak ke kelas berikutnya, mama terima panggilan dari pengasuh, bagitau Nurin bernafas sangat laju dan nampak lain macam. Memang ketar tangan mama. Terus turun ke pejabat minta izin pentadbir untuk balik bawa Nurin ke hospital.

Perhatikan dada anak. Kalau nampak berombak dan nafasnya laju, terus bawak ke hospital

Mama telefon abah. Abah plak tengah sibuk dengan urusan perasmian sekolah dia. Sekolah dirasmikan oleh Sultan Perak. Mujur masa mama call tu, dah selesai acaranya.

Sampai je mama kat rumah, abah dah tunggu. Terus kami bawa Nurin ke bahagian Kecemasan Hospital Anson Bay ni. Nurin dah ada rekod kat sini jadi cepat urusannya.

Sampai je terus staf ambil bacaan nadi dan oksigen. Paras oksigen memang agak rendah dan denyutan jantung Nurin sangat laju. Mama dan abah terus request doktor pakar kanak-kanak yang attend kes Nurin.

Nurin diberi neb dahulu sementara menunggu doktor. Dalam 15 minit doktor dah sampai. Doktor saspek Nurin kena jangkitan kuman dan saluran paru-parunya sempit serta ada kahak bersarang di dada. Nurin perlu admit dalam wad untuk rawatan selanjutnya.

Alhamdulillah progress Nurin baik dalam wad. Mama pon terus je sapu Minyak Herba Asmak ni. Dalam masa yang sama ada kawan mama berikhtiar juga doakan kesembuhan Nurin. Tq cikgu Satijah dan rakan-rakan yang lain 😍

Petang selepas neb kali kedua dalam wad,  fisioterapist datang dan buat tepukan mencair kahak kat Nurin. Mama minta izin untuk rekodkan agar dapat membantu mama dan ibu-ibu lain lakukan sendiri tepukan ni kat rumah.

Teknik tepukan percussion di bahagian depan

Teknik tepukan percussion di bahagian belakang

Malamnya Nurin dah cergas. Siap boleh bergaduh dengan abang-abang dia macam biasa. Meriah dalam wad tak macam wad orang sakit jadinya. Sabaq je la.

Hari kedua, doktor pakar datang periksa Nurin dan bagitahu progress Nurin sangat positif. Cuma Nurin kena stay lagi sehari sebab nak habiskan antibiotik dia dalam 48 jam. Dari sampel darah Nurin yang diambil sebelum ni, didapati sel darah putih agak banyak menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman.

Doktor ada tanya samada Nurin pernah ambil neb sebelum ni. Memang tiada! Kali terakhir pon setahun lalu semasa dia terkena jangkitan Influenza A. Setakat demam dan selesema biasa sebelum ni, mama sapukan Minyak Herba Asmak sebagai langkah pencegahan penyakit berlarutan dan sangat berkesan.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Mama dan abah juga dapat kebenaran menggunakan Cuti Rehat Khas untuk menjaga Nurin dua hari ini. Semoga Nurin terus sembuh seperti sediakala dan tidak lagi menghadapi masalah macam ni di kemudian hari.

Minyak Herba Asmak membantu sepanjang anak-anak terkena demam dan selesema. Namun, jika simpton berlanjutan dan nafas anak jadi laju daripada biasa, usah berlengah, terus bawa anak ke hospital dan dapatkan rawatan profesional.

Nurin dah cergas masa ni. Alhamdulillah. Mama terus juga sapu Minyak Herba Asmak untuk dia rasa selesa.

Buat ibu-bapa yang suka bagi anak-anak main belon, perhatikan juga. Pastikan jika belon dah jatuh ke tanah, basuh dahulu, jangan biarkan anak terus-terusan meniup belon tersebut. Mana tahu ada kuman yang melekat pada belon itu dan terus menyerang paru-paru anak anda.

Dua item ni memang WAJIB dibawa ke mana-mana sebagai First Aid Kit. 😍


Sebarang pertanyaan dan urusan pembelian Minyak Herba Asmak, hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Jangkitan kuman dalam darah Jangkitan kuman dalam darah Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 07, 2019 Rating: 5

2 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.