Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni selepas Crk dua hri demi jaga Nurin yang masuk wad, cikgu diizinkan Allah untuk hadir ke sekolah dan menjadi guru pengiring pelajar lawatan ke dua buah universiti.
Sebenarnya ada 2 bas. Satu bas ke IKM dan Kolej Niat. Satu lagi bas ke UITM dan UniKL. Cikgu naik bas yang kedua ini bersama dua lagi guru pengiring iaitu cikgu Noraishah Kedir dan Cikgu Khairul Anuar.
|
Wajah guru-guru pengiring yang sentiasa happy |
Seawal jam 7.40 pagi kami gerak dari sekolah dan tiba di UITM Seri Iskandar lebih kurang jam 8.30 disambut oleh Puan Shima yang periang dan peramah orangnya.
Seronok pelajar-pelajar sebab sampai je terus dijamu makanan yang sedap. Siap bersila lagi depa atas lantai.
|
Punyalah seronok depa dapat makan bersila dengan aman damai kat lantai fakulti seni ni 😄 |
Dah kenyang makan, kami dibawa masuk ke dalam sebuah bilih kuliah dan diberi taklimat serta tutorial tentang Seni Halus. Tergamam budak-budak ni bila pensyarah Seni halus, juga bernama Puan Shima bagitau ada karya seni menggunakan arang dijual dengan harga rm200 ribu sekeping! Dasat kan! 😍
|
Yang tengah bercakap ni Puan Shima yang peramah dan riang. Yang amik gambar tu Puan Akma. |
|
Yang duduk dengan baju hitam tu Puan Shima pensyarah Seni Halus. Memang cantik dan mudah bila tengok dia ajar lukis dan warna guna arang tu |
Selepas selesai taklimat di fakulti seni tadi, Puan Akma yang merupakan kaunselor di sini bawa kami melawat kawasan sekitar fakulti ni dan pergi pula ke perpustakaan universiti.
|
Bersama-sama pelajar kelas cikgu 5 As-Syafie |
Di perpustakaan, kami disambut staf yang peramah dan mesra. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dan dibawa melawat ke semua aras dan bahagian menarik dalam perpustakaan.
|
Bergambar beramai-ramai atas tangga perpustakaan |
|
Pelajar khusyuk mendengar penerangan pustakawan |
Selesai di perpustakaan kami menaiki bas untuk rehat dan solat zohor di AEON Manjung. Puan Akma siap bekalkan sebekas donut lagi kepada kami untuk dimakan dalam perjalanan. Baiknya hati staf UITM ni ❤️
Di AEON kami bertemu dengan pelajar dan guru dari bas 1. Bolehla makan dan sembang santai. Kami menunaikan solat jemaah di surau AEON.
|
Jumpa team cikgu bas 1 lepak makan sekali sambil bergosip 😂 |
Jam 1.45 petang, pelajar dikumpulkan semula dan bas bergerak ke destinasi seterusnya iaitu UniKL. Kat sini dipanggil UniKL Mimet (Malaysian Institute of Marine Engineering Technology). Memang kat Mimet ni, fokus kat sini lebih kepada kajian dan teknologi berkaitan marin dan perkapalan. Sesuai sangat dengan lokasi dia yang memang sebelah je dengan laut tu. Siap ada kapal parking sebelah.
Kat sini Encik Mus dan Encik x (alahai lupa plak nama) bawa kami melawati setiap bahagian. Banyak bengkel kat sini. Dah namanya bengkel opkosla panas membahang.
Dalam panas tu pon, seronok dapat lihat sendiri kerja dan kajian yang dilakukan kat sini. Ada bengkel kerja logam (perkimpalan, pembinaan kapal logam), bengkel kayu (bina kerusi, gazebo, sampan) dan paling best bengkel gentian fiber untuk bina kapal dan banyak lagi model. Kat bengkel ni ada Pak Teh yang sangat berpengalaman dalam bidang inovasi dan rekabentuk. Pak Teh siap tunjuk dan terang lagi cara pelampong keluar dari bekas apabila kapal nak karam. Pastu tunjuk bot angin lagi. Ada video lagi tu ha. Tengokla bawah ni. Haha.
|
Nilah dia Pak Teh. Sempoi ja orangnya. |
Dah puas kami melawat bengkel, mestilah nak bergambar pulak dengan kapal kan? So di tengah panas matahari tu amikla gambar sekeping dua buat kenangan. Hahaha!
Setel kat situ, Encik Mus bawak kami masuk bilik kuliah untuk dia terangkan tentang UniKL dan peluang pengajian. Memang detail dan terperincilah penerangannya. Pelajar pon seronok siap dapat gift button badge lagi.
Dah kenyang dengar penerangan tu, kami dibawa ke kafetaria untuk makan. Pertama kali cikgu makan Laksa Mee yang viral area Pangkor ni. Boleh tahan juga sedapnya. Jangan terlebih letak sambal udahla ye kalau tak tahan pedas tu. Mau berjejeran air mata 😂
|
Ni lah dia laksa Mee. Laksa dia padar bukan mee, bukan spageti. Dia macam laksa beras tapi halus. Makan dia dengan ulam kacang dan lobak masin. Kuah putih tu kuah utama dia rasa macam masak singgang ikan tongkol. Pastu boleh tambah sambal udang untuk rasa pedas |
Alhamdulillah jam 5.20 petang kami meninggalkan UniKL dengan pengalaman yang sangat bermakna. Singgah solat Asar kat masjid di Bota. Sampai di sekolah dah pukul 7.10.
Dalam sibuk jalan-jalan ni, sempat juga pomot Asmak kat staf UITM dan UniKL tadi. Manalah tau ada yang cari minyak untuk luka-luka ke kan? 😜
Nak beli Minyak Herba Asmak, kontek cikgu tau!
0135819100 Cikgu Basariah
|
Pelajar tengah eksaited dengar penerangan, cikgu sibuk bergambar 😜 |
|
Muka ceria je sepanjang lawatan |
|
Sebelah cikgu yang tudung coklat tu Puan Akma (kaunselor UITM) |
|
Yang kat depan tengah bersedia bagi taklimat tu Encik Mus (pegawai komunikasi UniKL) |
Tiada ulasan: