Seo Services

Buat baik kerana apa?

Assalamualaikum

Sat je dah hari Rabu.

Pagi ni dapat poster Asmak ni. Baca kata-kata kat poster ni buat cikgu terfikir. Kita ni buat baik selama ni sebab apa ye?

Ada orang buat baik sebab nak orang nampak dia baik.
Ada orang buat baik sebab memang dah jadi tabiat dia dari kecik buat baik.
Ada orang buat baik sebab orang lain suruh dia jadi baik.

Cikgu perasan kan, kalau orang tu buat baik sebab dari kecik dia diajar untuk buat baik, dia akan terus dengan kebaikan tu. Sebab benda tu dah jadi darah daging dia. Cumanya kalau dia niat kebaikan tu dia buat sebab Allah, lagilah dia jadi orang yang sangat beruntung. Untung kat dunia dan untung kat akhirat.

Orang yang sejenis buat baik depan orang dan harapkan pujian je ni biasanya hati dia tak tenang sebab kebaikan tu jenis dibuat-buat. Biarlah buat baik tu ikhlas. Barulah kita tak menyesal atau stress bila tiada yang memuji. Betoi tak?

Ok, jom teruskan berbuat baik walau orang sibuk mengeji. Tak kurang pon nilai kita di sisi Allah dek kejian manusia tu. 😄

Nota kaki: Sentiasalah lakukan yang terbaik bagi setiap pekerjaan kita. Balasan? Biarlah Allah sahaja yang tentukan.



0135819100 Cikgu Basariah
Buat baik kerana apa? Buat baik kerana apa? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 16, 2019 Rating: 5

1 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.