Seo Services

Kisah Aku, Dia dan Asmak

SURAHATI MRS ASMAK 😜


Ha, ni lah tulang belakang cikgu dalam bisnes Asmak ni. Tak banyak cakap tapi cikgu tau dia memang sapot cikgu dalam bisnes ni 200 persen. Hihi.

Si dia ni memang kureng minat bab bab nak promote ni tapi dia selalu ada di sisi bila cikgu perlukan. Idea bisnes pon banyak dari dia. Mana dia tak berkenan dia akan bagitau terus.

Dia jugalah penasihat utama dalam setiap keputusan bisnes cikgu. Kalau bab nak pos barang dan COD terutamanya yang jauh dan melibatkan pelanggan lelaki, memang si dia lah orangnya. Cikgu pulak sejenis yang takut nak 'drive' ke tempat yang belum pernah ditujui walau pon tempat tu dekat je 😅

Setiap kali cikgu nak langgar dinding ke, nak give up ke perlukan penasihat ke, si dia sentiasa sudi pinjamkan telinga untuk mendengar. Bila cikgu dah takde idea ke, rasa tak mampu nak capai target, si dialah tempat cikgu mengadu dan diam-diam je dia pon bantu usaha. Tup-tup dapat je sales dari kawan-kawan dia 😂 Dia jarang promote tapi sekali dia promote memang ramai member dia sapot.

Time cikgu bizi siapkan repot bisnes, siapkan blog, siapkan tugasan-tugasan lain dia akan bantu jaga anak-anak. Begitulah sebaliknya. Give n take. Alhamdulillah dengan Asmak ni kehidupan kita lebih terisi, lebih kerap boleh bawa anak jalan-jalan dan dah makin kurang berhutang.  Syukur kepada Allah.

Terima kasih my business partner a.k.a teman sebantal sebilik a.k.a teman hidup a.k.a syurgaku a.k.a. mybos a.k.a suamiku kerana terus menyokong usaha isterimu ini.

Semoga usaha kita di dunia ini membawa kita ke syurga bersama-sama.

Tahun 2019 dan tahun 2020 ni cikgu fokus nak besarkan team. Buat kalian yang masih tercari-cari bisnes yang sesuai dengan kalian, jomlah join cikgu. Bersama Asmak kita kaya, berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat in shaa Allah. 😀


0135819100 Cikgu Basariah
Kisah Aku, Dia dan Asmak Kisah Aku, Dia dan Asmak Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 17, 2019 Rating: 5

1 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.