Assalamualaikum
Hai hangpa. Tenkiu sebab sudi terus follow blog cikgu ni. Ha, mai teruih baca perkongsian cikgu untuk hari kedua bercuti kat Cameron Highlands ni.
HARI KEDUA (12/10/19)
Seawal jam 7.15 pagi, cikgu minta suami cikgu hantar cikgu ke lokasi tempat berkursus iaitu Nova Hotel. Jaraknya cuma 4 km dari pekan Brinchang ni. Masa diambil awal pagi ni dalam 10 minit sahaja untuk sampai. Biasanya awal pagi, jalan di Cameron Highlands ni belum mula sesak lagi.
Cikgu bertemu agen cikgu iaitu SA Nadia yang ikut serta program ni di sana. Kami bersarapan pagi bersama-sama.
|
Sesi makan ni juga merupakan sesi beramah mesra dengan leader dari serata negeri. Cikgu pinjam baby SP Melaka, Fazlina dan bergambar dengan stokis Singapura, Kak Kamisah Sooki 😊 |
|
Dari kiri, SA Izzah Muallah dari Johor, SD Zura Bakar dari Sik Kedah, SA Gee Alias dari Bentong dan SA Kamisah dari Singapura. |
|
Bertudung merah berwajah manis SP Norhidayah dari Johor |
|
Satu-satunya lelaki dalam Team Asmak hari ni SD Farid Aspar Raja COD dari KL, bertudung kuning cantik manis SA Isma dari Melaka |
Pagi ni menu sarapan kat sini lebih kurang macam menu kat hotel lain. Makanan dia bagi cikgu biasa-biasa aje. Ada lah nasi lemak, sosej, telur, bubur nasi, mee, roti dan 'baked red beans' tu. Tempat makan pon agak sempit dan kurang selesa. Kebetulan ramai pula orang datang hotel ni hujung minggu ni.
Pakej sarapan, makan tengahari dan minum petang serta keperluan berkursus semuanya ditanggung oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.
Makan tengahari pon menu biasa sahaja ada nasi putih, ayam apa ntah nama dia tapi rasa macam ayam masak kurma cair, ulam dan sambal belacan. Sayur kat sini memang freshla. Tak dinafikan. Dah nama pon Cameron Highlands 😂
Tempat kursus yang disediakan selesa dan saiznya 'just nice' dengan bilangan peserta kursus Asmak ni. Air mineral pon disediakan secukupnya. Yang pasti sejuk sangat sebab kebetulan hujan pulak kat luar tu. 'Rate' satu malam kat hotel Nova ni dalam lingkungan rm3++ minimum untuk family. Kadang boleh dapat murah lagi kalau tempah melalui 'apps' macam Agoda tu. Kalau kat Brinchang harga yang sama dapat 2 malam dah. Hihi. Tapi yang bestnya, kat bawah hotel memang banyak 'shopping' kompleks, kedai makan (tapi yang mewah-mewah) dan boleh berjalan kaki je ke Kea Farm dan Butterfly Garden. Hotel ni tak jauh sangat dari Copthorne hotel yang berada di puncak bersama Hotel Equatorial tu.
Best sangat setiap kali berkursus bersama Asmak ni. Banyak dapat hadiah. Sepanjang kursus pon kami dijamu lagi makan kek kukus Asfa Delight, kerepek nangka dan kerepek pisang Pak Chips. Cikgu memang sentiasa ambil peluang untuk bertemu semua stokis dan pengedar Asmak dalam program-program sebegini untuk cas semula tenaga sambil bertukar-tukar fikiran. Founder yang baru habis pantang bersalin pon join sekali menambahkan semangat kami semua. Tq team Asmak 😍
|
Bersama Mamajuju yang sempoi banyak berkongsi tips pemakanan dan senaman untuk sihat |
|
Bersama SA Nadia agen cikgu dari Alor Setar. Orang Kedah nak beli minyak boleh roger dia |
|
Sesi diskusi. Cuba cari cikgu kat mana? Masa ni kami pecah ikut zon. |
|
Bersama orang kuat minyak sebelah penang SP Siti Raezah |
|
Himpunan leader Zon Utara Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis (Nadia jugak cover 😂) Dari kiri SA Azlina dari Penang(cikgu jugak ni), SA Azura dari SP Kedah, SA Siti Khadijah dari Kulim, SA Fini dari Penang, orang kuat Penang SP Noraida, cikgu Basariah yang comel, SD Ziana dari Tapah, SD Zura Bakar dari Sik, SA Hanaziah dari Ipoh, SP Siti Raezah juga orang kuat Penang dan SD Azaliza juga dari Ipoh. |
Alhamdulillah program selesai sekitar jam 6 petang. Puas hati sangat dengan program yang dianjurkan. Dapatla kami semak semula gerak kerja yang telah dilakukan sepanjang 2019 dan merangka strategi tahun 2020 nanti. Semoga segala yang dirancang dipermudahkan. Ada target yang masih perlu dicapai oleh cikgu untuk 3 bulan terakhir ini. Doakan cikgu ya semua 😘
|
Hadiah diterima daripada Mamajuju kerana menang cabutan bertuah sempena beliau live |
|
Nak jadi pelajar bijak kena dok kat depan |
|
Tq Mamajuju 😍 |
|
Bersama SD Marina dari Terengganu, yang juga merupakan wanita pertama Malaysia menakluk gunung Everest 😍 Senior cikgu masa zaman SMKAY dlu |
|
Bersama staf Asmak yang cantik manis dari kanan, Tasya, Norma dan Nina |
|
Gambar bersama otai Melaka SP Fazlina |
|
Bersama otai Nogori SD Siti Radziah yang juga tokei sambal jawa ibu meletops |
|
Bergambar bersama pengasas Asmak iaitu Puan Nor Fazilah Abd Mohd yang juga merupakan bekas guru |
|
Sempat juga bawa balik air mineral ni. Jadilah ole ole dari hotel Nova ni. Jimat dah singgit kalau nak beli 😁 |
Pada waktu malam pula cikgu gunakan masa untuk bersama keluarga. Selesai solat maghrib, kami turun berjalan kaki sekitar pekan Brinchang. Razin, Rafif dan Nurin dapatla sorang satu mainan. Tapi abah depa suruh simpan dulu dalam kereta untuk elakkan depa hilangkan mainan tu kat hotel. Kami makan pon kat restoren seberang jalan bertentangan hotel Parkland Express tempat SA Nadia menginap. Jumlah harga makan malam ni pon mencecah rm50 jugak lah untuk 5 orang.
Nurin tiba-tiba mula batuk dan kelihatan kurang sihat malam ni. Masa makan pon hanya sedikit yang dia makan dan muntah pula kemudiannya. Makanya malam ni terpaksalah cikgu bersedia dengan Minyak Herba Asmak. Sentiasa sapukan di dada, tapak kaki, labu betis dan dahi dia. Risau betul cikgu setiap kali Nurin batuk dan selesena, nafasnya akan mula laju. Cikgu pastikan sentiasa membuat tepuk percussion untuk bantu longgarkan kahak di dadanya. Semoga cepatlah Nurin sembuh.
|
Sepanjang malam, Minyak Herba Asmak ni lah peneman tidur dia. Selang sejam boleh katakan cikgu sapu ke dada, belakang dada, tapak kaki dan atas batang hidung sambil buat tepuk percussion |
Ok, belum habis tau cerita ni. Tunggu episod akhir esok ya 😘
0135819100 Cikgu Basariah
Bestnyer
BalasPadamTq dear 😍
PadamTahniah team asmak
BalasPadamTerima kasih kak 💋
PadamBest sangat 🤗
BalasPadam