Assalamualaikum
Hai semua 😘
Cikgu nak sambung stori cikgu. Ni review hari terakhir. Pasni kalau nak mai maybe spuloh tahun lagi kot 😂
HARI KETIGA (13/10/19)
Pagi ni memang cikgu rasa agak ting tongla kepala. Maklumlah sepanjang malam tidur-tidur ayam je sambil sapu Minyak Herba Asmak dan buat tepuk percussion kat Nurin. Razin pon dah mula batuk tapi selepas sapu je Minyak Herba Asmak dah tak bunyi pula batuknya. Alhamdulillah.
Mulanya suami cikgu dah ajak balik terus sebab tengok Nurin macam tak larat tapi bila cikgu tanya Nurin samada dia nak petik strawberi atau tak, terus dia jadi bersemangat. Sanggup bangun mandi, sapu Minyak Herba Asmak seluruh badan dia dan pakai kasut nak jalan sendiri. Padahal sebelum tu melepek je.
Makanya, singgah jugalah kami sekeluarga ke Kok Lim Strawberry Farm ni. Sekali masuk dikira untuk satu keluarga 4 orang rm60 dapat petik 1 kg strowberi. Seronokla tiga orang budak ni.
Nurin dalan ni sat dia jalan sendiri sat berdukung. Part curam dan mendaki dia gayat memang suruh dukungla. Jadinya sangat mencabar. Sakit habis belakang badan dok dukung dia sambil pegang bekas nak letak strawberi. Mujur ada Bang Chaq teman. Abah dia dah p mengutip strawberi dengan Bang Ngah. Bang Ngah laju sungguh. Ada bakat bekerja kat sini 😂
Letih juga nak mencari buah yang besar besar sebab yang besar semuanya kat kawasan tinggi-tinggi. Last-last dah letih suruh Mat Bangla yang kerja dalam ni tolong petikkan. Tak lalu wei nak teruih memanjat sambil dukung Nurin. Gayat plak tu. Dahla ada kawasan yang macam licin sket. Seram jadinya.
Dah puas kutip strawberi dan bergambar sekeping dua dengan arnab tu, cikgu pon naik panjat tangga untuk timbang. Timbang dan bayar buah ni kat bahagian atas. Bagi setiap 100g yang lebih kena bayar rm5. Kami kutip tak sampai pon 1kg, jadinya dia tambah buah bagi cukup. Pastu siap depa offer jem yang harga asalnya rm7 jadi rm5. Cikgu pon amikla 2 bekas. Mujur ada lambang HALAL Jakim. Kalau takde, memang tak belilah.
Untuk pengetahuan semua, sebelah ladang Kok Lim ni ada time tunnel. Disebabkan cikgu dah pernah masuk dulu, maka tak rasala nak masuk lagi. Kami pon kejar masa nak balik sebab esok suami cikgu pula ada kursus di Gerik.
Perjalanan pulang biasanya kita akan rasa lebih cepat berbanding perjalanan masa datang kan? Tapi untuk Cameron ni tak pula macam tu. Cikgu masih rasa perjalanan dia lama dan menyiksakan. Huhu. Siap muntah seround juga kat tepi jalan. Padahal dah makan ubat tahan muntah. Kali ni, Razin pon join 'the group' ikut muntah sekali. 😂 Ni ikut jalan Simpang Pulai yang orang kata lebih baik dari Tapah. Kalau ikut Tapah, mau spuloh kali cikgu muntah 😅
Sampai je kat Gopeng, suami singgah RTC untuk makan tengahari. Dah pukul 3.30 petang pon makan tengahari kami ni. Perut dah masuk angin pon cikgu dah tak lalu nak makan. Cikgu minum air je dan jamah sesudu dua mee goreng pastu encik suami yang habiskan. Mujur ada Minyak Herba Asmak untuk sapu kat kepala dan leher untuk hilangkan kesan mual jalan tadi.
Alhamdulillah kami sekeluarga sampai dengan selamat kat rumah dalam jam 6.00 petang. Sampai rumah terus pengsan sat atas katil hilangkan pening 😂
Betul kata orang, kalau nak ke Cameron Highlands ni baik pergi hari bekerja. Kalau hari cuti am atau hujung minggu manusia memang akan ramai dan sangat jem jalan. Sepanjang perjalanan kami tadi pon ada 2 kemalangan. Dengarnya salah satu kemalangan tu adalah kemalangan maut.
Takziah buat keluarga yang terlibat kemalangan.
Berhati-hati ye semua tambahan di musim hujan ni. Sediakan Minyak Herba Asmak untuk menemani di sepanjang percutian hangpa juga nanti 😘
Terima kasih sebab sudi baca sampai bahagian terakhir. Sayang hangpa semua. Muah! Muah!
0135819100 Cikgu Basariah

Masa ni tunggu depan Snooze Hotel baru lepas check out. Abah p amik kereta. Parking agak jauh. Nurin tu muka masih masam lagi. |
Makanya, singgah jugalah kami sekeluarga ke Kok Lim Strawberry Farm ni. Sekali masuk dikira untuk satu keluarga 4 orang rm60 dapat petik 1 kg strowberi. Seronokla tiga orang budak ni.
Excited depa kat sini nak letak mula dalam strawberi |
Suka sangat Bang Ngah ni dengan zirafah |
Bang Chaq dengan muka ala-ala Baby Face dia 😄 |
Bang Ngah yang aktif |
Ada sayuran hidroponik juga boleh pilih untuk bayar dan petik sendiri |
Ada kandang arnab. Boleh bayar rm2 untuk bagi arnab tu makan carrot |
Nurin malu tapi mahu. Geli 😆 |
Merenung arnab dan masa depan😅 |
Poyo je dua beradik ni |
Amikla sekeping gambaq big boss |
Nurin dalan ni sat dia jalan sendiri sat berdukung. Part curam dan mendaki dia gayat memang suruh dukungla. Jadinya sangat mencabar. Sakit habis belakang badan dok dukung dia sambil pegang bekas nak letak strawberi. Mujur ada Bang Chaq teman. Abah dia dah p mengutip strawberi dengan Bang Ngah. Bang Ngah laju sungguh. Ada bakat bekerja kat sini 😂
Nuri dah nampak excited sket bila boleh pegang sendiri buah strawberi ni |
Muka masih masam 🙄 |
Eh Minyak Herba Asmak pon nak menyelit la |
Sempat lagi dia tayang hidung 😆 |
Big boss pon muka masam. Lawan gilir dukung Nurin 😂 |
Yang besar dah habis kena petik. Kecik-kecik je banyak |
Best dan segar bau dalam ladang ni. Strawberi yang masak ni kalau baru petik dan makan memang manis. Tapi tak boleh makan dalam ni. Dah siap timbang semua baru boleh makan. |
Letih juga nak mencari buah yang besar besar sebab yang besar semuanya kat kawasan tinggi-tinggi. Last-last dah letih suruh Mat Bangla yang kerja dalam ni tolong petikkan. Tak lalu wei nak teruih memanjat sambil dukung Nurin. Gayat plak tu. Dahla ada kawasan yang macam licin sket. Seram jadinya.
Setia menemani di mana sahaja |
Percubaan pertama Razin pejam mata |
Percubaan kedua Nurin pandang arah lain |
Percubaan ketiga dah makin ok 😆 |
Mujur gambar last ni semua pandang kamera. Tq akak strawberi yang tolong amikkan gambar 😍 |
Dah puas kutip strawberi dan bergambar sekeping dua dengan arnab tu, cikgu pon naik panjat tangga untuk timbang. Timbang dan bayar buah ni kat bahagian atas. Bagi setiap 100g yang lebih kena bayar rm5. Kami kutip tak sampai pon 1kg, jadinya dia tambah buah bagi cukup. Pastu siap depa offer jem yang harga asalnya rm7 jadi rm5. Cikgu pon amikla 2 bekas. Mujur ada lambang HALAL Jakim. Kalau takde, memang tak belilah.
Untuk pengetahuan semua, sebelah ladang Kok Lim ni ada time tunnel. Disebabkan cikgu dah pernah masuk dulu, maka tak rasala nak masuk lagi. Kami pon kejar masa nak balik sebab esok suami cikgu pula ada kursus di Gerik.
Perjalanan pulang biasanya kita akan rasa lebih cepat berbanding perjalanan masa datang kan? Tapi untuk Cameron ni tak pula macam tu. Cikgu masih rasa perjalanan dia lama dan menyiksakan. Huhu. Siap muntah seround juga kat tepi jalan. Padahal dah makan ubat tahan muntah. Kali ni, Razin pon join 'the group' ikut muntah sekali. 😂 Ni ikut jalan Simpang Pulai yang orang kata lebih baik dari Tapah. Kalau ikut Tapah, mau spuloh kali cikgu muntah 😅
Sampai je kat Gopeng, suami singgah RTC untuk makan tengahari. Dah pukul 3.30 petang pon makan tengahari kami ni. Perut dah masuk angin pon cikgu dah tak lalu nak makan. Cikgu minum air je dan jamah sesudu dua mee goreng pastu encik suami yang habiskan. Mujur ada Minyak Herba Asmak untuk sapu kat kepala dan leher untuk hilangkan kesan mual jalan tadi.
Alhamdulillah kami sekeluarga sampai dengan selamat kat rumah dalam jam 6.00 petang. Sampai rumah terus pengsan sat atas katil hilangkan pening 😂
Betul kata orang, kalau nak ke Cameron Highlands ni baik pergi hari bekerja. Kalau hari cuti am atau hujung minggu manusia memang akan ramai dan sangat jem jalan. Sepanjang perjalanan kami tadi pon ada 2 kemalangan. Dengarnya salah satu kemalangan tu adalah kemalangan maut.
Takziah buat keluarga mangsa kemalangan |
Takziah buat keluarga yang terlibat kemalangan.
Berhati-hati ye semua tambahan di musim hujan ni. Sediakan Minyak Herba Asmak untuk menemani di sepanjang percutian hangpa juga nanti 😘
Terima kasih sebab sudi baca sampai bahagian terakhir. Sayang hangpa semua. Muah! Muah!
0135819100 Cikgu Basariah
Review Percutian Cameron Highlands - Part 3 (Pick Your Own Strawberry)
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Oktober 14, 2019
Rating:
👍
BalasPadamTerima kasih sudi baca 😄
PadamDone follow sis. Nice story.
BalasPadamhttp://asmasuhaimi.blogspot.com/
Bestnyer.
BalasPadam