Seo Services

Goodbye Thailand

Assalamualaikum

Hari kedua di Thailand.

Pagi ni kononnya nak bawak anak-anak mandi kolam kat hotel sekali punyalah dalam. Jadinya bagi anak-anak mandi kat bath tup dalam bilik hotel je la 😂

Selesai mandi, kami turun dan berjalan-jalan di kawasan sekitar hotel. Jalan jalan cari sarapan.

Merasalah pagi ni bersarapan dengan nasi kerabu Thailand. Boleh tahan sedap jugak.




Nasi kerabu Thailand. Harga 65 Bhat

Dah kenyang sarapan, konon nak pi mengurut kaki. Sekali tengok 'open' sangat kedainya. Suami cikgu je la mengurut sorang. Kami yang lain jadi penonton je la 😝



Sejam gak la urutan kaki tu. Selepas tu kami naik tut tut untuk ronda pekan dan ke pasar untuk sambung shopping.

Sebenarnya takde la shopping sangat. Lebih kepada jamu mata je.


Tut tut ni cas 100 Bhat.





Ni tut tut masa balik ke hotel plak



Dah ready nak check out


Bergambar kenangan dengan kawan baru


Tunggu ETS nak balik Perak










Nurin dah sihat. Mulut dah mula becok balik dah 😂


Minion 3ml versi roll on ni sentiasa cikgu selit dalam poket.

Naik ETS dari Padang besar jam 4.50 petang dan tiba di Kampar jam 8.15 malam. Solat dan beli barang kat Giant Kampar sebelum balik. Syukur Allah permudahkan.

Jumlah perbelanjaan sepanjang di Thailand untuk kami sekeluarga dari mula kos buat surat perjalanan keluar, tiket ets, hotel, makan, beli barang dll semuanya dalam lingkungan RM2000.

Alhamdulillah syukur bawa produk Asmak sepanjang travel ni terutama Minyak Herba Asmak. Nurin diserang ekzema yang teruk sampai kering bersisik kulit sampai tak leh jalan. Cikgu ikhtiar sapu dengan Minyak Asmak ni. Alhamdulillah dah sembuh dah dia. Perjalanan balik pon lebih tenang bila tengok dia dah sihat balik.

Minyak Herba Asmak teman sepanjang perjalanan ❤️🌹

0135819100 Cikgu Basariah
Goodbye Thailand Goodbye Thailand Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, November 17, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.