Seo Services

Visit Thailand 2019

Assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki dapat ikuti rombongan sekolah suami cikgu ke Thailand. Merasalah anak-anak semuanya berjalan keluar negara. Hehe.

Kami konvoi dari sekolah jam 11 malam. Sampai ke stesyen keretapi Kampar jam 12 tengah malam. Jam 1.05 pagi kami naik ETS menuju ke Padang Besar.

Tiba di Padang Besar jam 4.30 pagi, kena tunggu dahulu imigresen buka. Solat dahulu di stesyen.

Lebih kurang jam 6 pagi dapat masuk ke sempadan dan jalan kaki je melewati post kawalan imigresen untuk semakan pasport dan barang-barang.

Di Thailand, van putih Hi Ace yang besar tu dah menanti. Best van ni dalamnya siap ada wifi, lampu-lampu dan TV.
Satu van muat 10 orang.

Dalam ETS. Nurin dah start tak berapa sihat. Macam nak demam je



Sarapan di Thailand. Sarapan pon dah makan berat. Diorang siap letak ulam atas meja. Sedap betul sambal belacan dia.


Selepas sarapan, kami dibawa ke Hotel Regency Hatyai tempat kami akan menginap malam ni. Hotel ni terletak tengah pekan. Jadi mudah nak jalan jalan cari makan dan shopping.

Selepas cek in dan mandi kami keluar semula. Kami dibawa ke kedai barangan kulit dan kedai menjual aneka makanan proses macam keropok dan kacang. Apa lagi, shopping sakan sampai tak ingat nak tangkap gambar 😂

Selesai tu, kami dibawa pula ke Bee Garden. Nurin dah start mengamuk masa ni. Memang merap la. Tak mau masuk dah dengar penerangan. Jadi, cikgu bawakla dia jalan-jalan tangkap gambar amik angin kat luar.

Destinasi jalan-jalan ketiga selepas cek in hotel.



Big Bee Garden. Kat sini depa process banyak madu.


Selesai tu kami dibawak ke muzium 3D. Kat sini famili cikgu je yang beria masuk bergambar. Tapi dalam hp suami la pulak gambar gambarnya.

Ada animasi 5D yang diorang hantar ke emel pula selepas selesai. Memang menarik.

Selesai tu, kami ke zoo. Kat sini ada air kelapa fresh. Cikgu pon bagi Nurin minum. Dia dah makin merap dah. Spoil betoi jalan-jalan dan demam ni 🙄

Kat mini zoo ni ada pertunjukan gajah, bolehla nak naik gajah dengan bayaran 500 bhat. Masa cikgu datang ni kadar tukaran matawang rm100 = 721 bhat. Duit kita agak jatuh. Barang boleh tahan mahal gakla kat sini.







Selesai di mini zoo tu kami datang solat di masjid ni. Cantik sangat masjidnya. Ada kolam yang besar. Masjid 3 tingkat. Tempat solat di tingkat ketiga. Bayangkan berapa banyak anak tangga cikgu kena panjat sambil dukung Nurin yang merap tu? Pergh..naik otot lengan 😂

Selesai solat kami ke Songkhla. Merasalah naik feri dan tengok kawasan yang ada tugu naga ni.

Selepas tu kami dibawa ke pantai. Kat pantai ni banyak orang jual cenderamata. Harga lebih murah berbanding kedai kulit yang kami pergi awal tadi. Jadi kat sini kami beli baju untuk kenangan dan sedikit rantai kunci dan cenderamata lain.


Selepas dari tu, kami dibawa ke 'floating market' yang terkenal di sini.

Seronok tengok aneka makanan dijual dan ada persembahan tarian siam lagi.

Tapi hati-hati membeli makanan kat sini. Gerai halal dan tak halal sebelah menyebelah je. So cikgu sekeluarga lebih kepada jalan-jalan bergambar, minum air dan makan sejenis dua je makanan. Risau juga. Anjing pon banyak 😅






Letih berjalan, kami pulang semula ke hotel untuk solat. Malam ni patutnya bolehla nak jalan-jalan pasar malam area sini tapi anak-anak semua dah tidur. Makanya makan megi je lah malam ni. 😂

Minyak Herba Asmak setia menemani ke mana sahaja ❤️

0135819100 Cikgu Basariah
Visit Thailand 2019 Visit Thailand 2019 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, November 16, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.