Assalamualaikum
Cikgu tiba di rumah jam 3.40 pagi tadi. Kedengaran alunan bacaan Al Quran oleh kekanda cikgu.
Kekanda cikgu maklumkan jenazah bonda telah ada dan tiba di rumah sejak jam 2 pagi tadi.
Tergamam, tak terucap kata-kata. Hanya air mata yang mencurah-curah saat melihat sekujur jasad kaku diselimuti kain putih.
Cikgu selak selendang yang menutupi wajah bonda. Kelihatan amat tenang sekali wajah bonda. Umpama lenyaplah kesakitan yang ditanggung bonda selama ini.
Sepanjang pagi itu, kami adik beradik bergilir-gilir membaca Al Quran untuk menemani bonda.
Semakin tinggi matahari naik, semakin ramai yang datang menziarahi jenazah bonda. Dalam jam 11 pagi, datanglah beberapa petugas wanita untuk memandikan jenazah. Kami, anak perempuan dan menantu berganding bahu bersama-sama memandikan jenazah bonda.
Cikgu tahan perasaan sedih dan sebak dalam masa yang sama hati terus-terusan berdoa agar segala urusan bonda di dunia dan di alam seterusnya dipermudahkan.
Semasa sesi mengafankan itu, selesai sahaja cikgu berikan kucupan terakhir buat bonda, suami cikgu maklumkan pula yang neneknya meninggal dunia jam 12 tengah hari tadi. Allahuakbar! Tak tertahan rasany masa itu. Hanya tangisan mengiringi.
Pagi tadi, ayah mertua cikgu ada datang menziarahi jenazah bonda cikgu bersama adik ipar. Ada dimaklumkan kondisi nenek yang nazak. Cikgu berkira-kira akan menziarahi nenek selepas selesai urusan pengebumian bonda zohor nanti. Tidak kesampaian hajat cikgu. Allahhhhh...
Cikgu redho dengan ketentuan Allah ini. Kehilangan 2 orang yang disayangi pada tarikh yang hampir sama.
Alhamdulillah selesai urusan memandikan, mengafankan jenazah bonda sebelum solat zohor iaitu dalam linkungan jam 1.15 petang.
Jenazah bonda dibawa ke Masjid Al Hadi, Bukit Besar dan disolatkan selepas zohor. Syukur ramai yang ada di masjid untuk solat jenazah bonda. Selesai solat, jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan di kawasan Bukit Besar.
Urusan pengebumian jenazah bonda lancar. Selesai dalam jam 2.30 petang. Kekanda cikgu, Ustaz Firdaus menjadi orang terakhir meninggalkan tanah perkuburan. Cikgu dan suami pulang ke rumah untuk bersiap ke kampung suami pula. Mujur jaraknya hanya lebih kurang 1 jam perjalanan.
Kami tiba di Kampung Alor Ganu, Kepala Batas pada saat yang tepat. Cikgu sempat melihat wajah nenek dan memberi kucupan terakhir buat nenek.
Jenazah nenek selamat disolatkan dan dikebumikan selesai solat Asar hari ini.
Ya Allah, permudahkan urusan Bondaku dan Nenek di alam Barzakh. Selamatkan mereka dari siksa kubur dan masukkan mereka ke dalam syurgaMu tanpa dihisab. Aamiiiin.
0135819100 Cikgu Basariah

Damailah bonda
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Mac 09, 2020
Rating:
Tiada ulasan: