Seo Services

Kehilangan Tanpa Duga

Assalamualaikum

Hari ni rupanya hari terakhir cikgu jumpa bonda cikgu dalam keadaan masih bernyawa.

Dalam jam 2.30 petang camtu, cikgu masuk ke wad untuk salam tangan bonda selepas semalaman bersama bonda di wad. Bonda tak tunjukkan sebarang tanda yang pelik.

Sepanjang malam cikgu jaga bonda cikgu, kelihatan semuanya stabil dan seperti biasa. Memang bonda dah tak sedar lebih seminggu namun malam tadi oksigennya semua elok sahaja. Dua kali susu yang diberi lambat dihadam oleh bonda. Rupanya itu petanda yang bonda nak pergi namun cikgu tak dapat baca.

Perjalanan pulang kali ni agak lama pula. Dengan keadaan mengatuk dan letih, beberapa kali juga kami singgah berhenti. Siap perhentian terakhir sebelum ke rumah adalah makan malam ni sebuah restoren di Bandar Agacia, Kampar. Ada rezeki nanti cikgu buat review ya.


Lebih kurang jam 9 malam cikgu sampai ke Teluk Intan. Akibat terlalu letih, cikgu hanya salin baju dan terus tidur. Jam 11 malam, suami cikgu terima panggilan dari abang sulung cikgu maklumkan bonda cikgu telah meninggal dunia. Dalam keadaan lalok cikgu bertanya kepada suami cikgu. Nampak macam dia mamai je.

Tak puas hati cikgu telefon semula abang cikgu. Benar, bonda cikgu baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.04 malam tadi. Allahu. Terkedu cikgu.

Terus kami kemaskan barang yang baru sahaja dibawa masuk tadi dan bertolak semula ke Kedah.

Bersambung

0135819100 Cikgu Basariah
Kehilangan Tanpa Duga Kehilangan Tanpa Duga Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mac 08, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.