Seo Services

Nasi Ayam Madu Kurma Merah

Assalamualaikum

Siapa kat sini suka makan nasi ayam?

Cikgu antara peminat nasi ayam tapi malas betul nak buat.

Tapi sebab suami cikgu nak, maka buat jugakla untuk cinta hati. Haha.

Ni resepi nasi ayam ekspres versi cikgu.

Bahan nasi:

1 cawan beras basmati
3 cawan beras biasa
Sedikit pewarna kuning
2 sudu susu pekat
Garam secukup rasa
Minyak sapi untuk menumis

Sup:

1 pek rempah sup
1 sup bunjut
Seekor ayat dipotong-potong
Kentang
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari

Bahan perapan ayam:

Kicap
Madu kurma merah
Cili yang telah dikisar
3 ulas bawang putih yang diketuk


Cara-cara:

1. Tumis bawang putih menggunakan minyak sapi dan tambah sedikit minyak masak.

2. Masukkan rempah sup. Biarkan pecah minyak sekejap. Masukkan sup bunjut, ayam dan kentang. Biar sebati sekejap.

3. Masukkan air.  Air dan mendidih, perasakan gula dan garam. Ambil air sup masukkan dalam beras yang dah siap dibasuh dan ditos.

4. Campurkan dengan dua sudu susu pekat dan pewarna kuning (kalau takde, serbuk kunyit pon boleh). Agak-agak air untuk masak nasi ni. Dah setel, cikgu terus biar dia masak dalam periuk elektrik.

5. Seterusnya, tambah air semula utk sup tu. Perasakan. Ni akan jadi sup untuk makan dengan nasi ayam nanti.

6. Pilih ayam daripada sup, keluarkan dan perap dengan bahan perapan iaitu kicap, madu kurma merah dan cili blender. Perap dalam 10 minit pon ok. Cikgu suka tabur habbatussauda dalam perapan ni. Tambah khasiat 😋



7. Goreng ayam perapan tadi dengan api sederhana besar sehingga garing.

8. Baki kicap perapan tadi, masak atas dapur sehingga mendidih. Dah setel kuah kicap + sambal dia. Bila buat camni, cikgi dah tak buat kuah sambal asing tu. Hehe. Dah kata versi ekspres kan?

Tadaa..siap. Bon Appetite ☺️




0135819100 Cikgu Basariah
Nasi Ayam Madu Kurma Merah Nasi Ayam Madu Kurma Merah Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 11, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.