Seo Services
Results for Resepi

RESEPI KAMBING PERAP SEMPOI TAPI SEDAP

Sabtu, Februari 13, 2021
Assalamualaikum

Hari ni, cikgu nak share satu resepi mudah untuk perap kambing. Yang penting sedap dan cepat je nak buat dia.

Jom cekidout!

RESEPI KAMBING PERAP KURMA MERAH

Bahan:
Kambing 1.5kg
3 sudu sos tiram
3 sudu sos lada hitam
2 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk oregano
3 sudu madu kurma merah

Cara²:

Campur dan perap selama 2 jam. Lebih lama lebih sedap.

Bakar sehingga masak. Ikut kesesuaian selera nak garing macamana.

Selamat mencuba!


Alhamdulillah bila dah siap harum baunya satu rumah



Berminat dapatkan madu kurma merah? Hubungi no di bawah ye 👇

0135819100 Cikgu Basariah
RESEPI KAMBING PERAP SEMPOI TAPI SEDAP RESEPI KAMBING PERAP SEMPOI TAPI SEDAP Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Februari 13, 2021 Rating: 5

Resepi KEK OREN STEVIA

Ahad, Julai 19, 2020
Assalamualaikum

Buat pe tu?

Siapa suka kek oren? Meh cikgu kongsi resepi kek oren sedap, ringkas dan mudah.

KEK OREN STEVIA

Bahan:

1 biji oren sunkist (parut kulit)
2 sudu perahan air oren
1 sudu oren sunquick
5-6 titis stevia
1/2 cawan gula castor
4 biji telur
1 1/4 cawan marjerin cap pelangi

Semua bahan di atas blend je sekali sehingga kembang kemudian kaub balik dengan adunan tepung di bawah ni 👇🏾

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan baking powder
(Ayak sekali)

Oles loyang dengan marjerin dan bakar pada suhu 180 darjah celsiun selama 50 minit atau sehingga masak. Cucuk je dengan lidi untuk pastikan dah masak. Kalau tak melekat apa-apa di lidi, maknanya kek dah masak esok.


Selamat mencuba!

Asmak pon dah keluarkan stevia pada harga yang mampu milik tau. Berminat roger cikgu ye 😘


0135819100 Cikgu Basariah
Resepi KEK OREN STEVIA Resepi KEK OREN STEVIA Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 19, 2020 Rating: 5

Resepi Avocado Smoothie Bebas Gula

Ahad, Jun 28, 2020
Assalamualaikum

Hai! Buat apa tu hangpa?

Dah ada ke menu untuk lunch hari ni?

Mai cikgu nak kongsi satu resepi elegan yang boleh korang padankan dengan menu makan tengahari korang nanti. Pekena ni masa sarapan pon sedap jugak 😁

RESEPI AVOCADO SMOOTHIE POTONGULER

Bahan-bahan
1 biji buah avocado masak
1 gelas air ais
5 sudu susu pekat manis potonguler
Sedikit krimer coklat - pilihan
Sedikit krimer peyrang - pilihan

Cara-cara

1. Potong dua buah avocado dan keluarkan bijinya



2. Korek isi buah avocado masukkan dalam pengisar

3. Masukkan 1 gelas air ais


4. Masukkan 5 sudu susu pekat manis. Kalau suka manis boleh letak lebih. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan. Tak perlu risau kemanisan susu ni bebas dari gula putih kerana dari Stevia dan produk ni guna susu lembu asli.



5. Blend sehingga hancur.

6. Masukkan dalam gelas dan hiasi dengan topping krimer coklat dn krimer Peyrang.

Makan macam ni pon dah sedap

Letakkan krimer coklat untuk rasa lebih sedap

Ni lagi elegan bila tambah dengan Peyrang. 

Pergh kebabom uolls!
Selamat mencuba!

Berminat dapatkan susu Potonguler atau nak jadi agen jualan? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Avocado Smoothie Bebas Gula Resepi Avocado Smoothie Bebas Gula Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Jun 28, 2020 Rating: 5

Resepi Kek Coklat Tanpa Gula

Sabtu, Jun 13, 2020
Assalamualaikum

Sempena sambut raya puasa 6 hari ni, cikgu buat ketupat dan kek coklat. Kedua-duanya bebas gula putih tau!

Untuk ketupat, cikgu gunakan stevia RCC untuk ganti gula manakala untuk kek coklat cikgu guna susu pekat Potonguler.

Mai sini cikgu kongsikan resepi kek coklat gebu gebas bebas gula putih ni.

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin (cikgu guna cap Pelangi)
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis potonguler
1/2 cawan krimer coklat potonguler
1 sudu serbuk coklat
2 cawan tepung gandum (cikgu guna Cap Ros)
1/2 sudu makan serbuk penaik (baking powder)

Cara-cara:

1. Marjerin, telur, susu pekat, krimer coklat dan serbuk coklat disatukan dan diblend atau mix sehingga kembang. Cikgu guna blender je senang.

Kedua-dua ni bebas gula putih tau. Susu yang digunakan pon susu lembu sebenar.

2. Ayak tepung gandum dengan serbuk penaik.

3. Kaupbalikkan campuran yang diblend dengan tepung dalam satu bekas. Cikgu guna sudip kayu lebih selesa dan mudah. Tak perlu blend pon.

4. Masukkan dalam bekas untuk dibakar. Tabur 'chocolate rice' sebagai hiasan (pilihan).

Sebelum dibakar

Dah masak 😍

5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 45 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi untuk pastikan.

Alhamdulillah gebu dan sedap. Manis secukup rasa. Kalau nak lebih manis, tambah je susu pekat atau krimer coklat lebih. Tak perlu risau sebab bebas gula putih 😄

Siap 😋

Selamat mencuba!

Berminat nak dapatkan susu Potonguler? Hubungi 👇🏾
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Kek Coklat Tanpa Gula Resepi Kek Coklat Tanpa Gula Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Jun 13, 2020 Rating: 5

Resepi Kek Marjerin Nestum Coklat POTONGULER

Rabu, Jun 03, 2020
Assalamualaikum

Selagi tak abis PKPB ni nampaknya asyik masak je cikgu ni. Berat memang naikla. Sorok siap-siap penimbang. Haha.

Hari ni cikgu cuba satu resepi kek tapi cikgu ubahsuai bahan-bahan dia. Rasa memang boleh tahan sedap.

RESEPI KEK MARJERIN NESTUM COKLAT

4 biji telur
1 cawan majerin (cikgu guna marjerin Pelangi)
1 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum (cikgu guna cap bunga rose)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis POTONGULER
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu serbuk coklat
4 sudu nestum

Cara-cara:

1. Mix telur, marjerin, gula, susu pekat dan esen vanila sehingga kembang (cikgu guna blender je)

Letak semua dalam blender je senang. Hehe.

Susu pekat manis Potong Guler ni memang tiada kandungan gula. Hanya guna stevia. Rasanya sedap macam susu pekat biasa tapi lebih sihat.


2. Pindahkan bahan tadi ke satu bekas. Campur tepung dan baking powder. Kaup balik sampai sebati guna senduk kayu je.

3. Asingkan kepada 2 adunan. 1 adunan letak 1 sudu serbuk koko. 1 adunan lagi letak 4 sudu nestum. Kacau sebati.

4. Masukkan ke dalam bekas untuk dibakar secara berselang seli.

5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga masak.

Sedap, lembut dan gebu. Kejap je abis sebekas.

Tips!

Kek yang dah nak masak biasanya akan mengeluarkan bau yang wangi. Bila dah ada bau tu, cepat ambil lidi dan cucuk. Kalau takde tepung melekat di lidi, maksudnya kek dah masak.

Selamat mencuba!


Mencari penawar asma, batuk, semput atau STEVIA pengganti gula? Hubungi👇🏾
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Kek Marjerin Nestum Coklat POTONGULER Resepi Kek Marjerin Nestum Coklat POTONGULER Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 03, 2020 Rating: 5

Resepi Acar Limau

Jumaat, Mei 29, 2020
Assalamualaikum

Hari ni kali kedua cikgu buat acar limau. Kebetulan ada limau yang dah lama dijeruk oleh arwah mak. Sayang tengok tak disentuh dan dimakan, maka cikgu buatla acar ni.

Acar Limau ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas dan ikan masin. Pergh terangkat baq hang!

Resepi ni cikgu jumpa kat group fb Masak Apa Hari Ni dan cikgu olah ikut suka hati cikgu la ye. Alhamdulillah rasanya sedap. Walaupon bukan peminat acar limau, tapi boleh pulak makan ni.

Jom cekidout resepi acar limau ni.

RESEPI ACAR LIMAU

Bahan A

3 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 sudu halba campur
2 sudu biji sawi
Daun kari secukupnya
3 senduk minyak masak
3 sudu besar serbuk cili
1 botol cuka (anggaran 1 1/2 cawan)

Bahan B

Segenggam cili padi
Halia dihiris (lebih kurang 4 sudu makan)
15 biji kurma (lebih pon takpe)
2 genggam kismis 
1 genggam lobak masin dihiris
Limau yang telah direbus lembut(pastikan buang biji dan isi dalam dia selepas dah rebus lembut tu)
3 sudu bijan disangai
4 senduk gula pasir
2 sudu garam halus
10 ulas bawang merah dibelah dua (letak banyak pon boleh)
10 ulang bawang putih (kalau peminat bawang putih boleh letak lebih)

Langkah-langkah:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halba, biji sawi serta daun kari.
2. Dah naik bau, masukkan serbuk cili.
3. Seterusnya masukkan cuka.
4. Masukkan pula gula dan garam.
5. Masukkan kurma dan kismis.
6. Masukkan kulit limau. Biarkan mereneh 10 minit.
7. Masukkan halia, lobak masin, cili padi, bawang merah dan bawang putih yang sebiji-sebiji ni. Biarkan merenih lagi dalam 10 minit.
8. Akhir sekali masukkan bijan yang dah disangai. Kacau sebati. Biarkan seketika dan tutup api.

Siap. Selamat mencuba!



Mencari penawar batuk, asma, semput atau stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Acar Limau Resepi Acar Limau Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 29, 2020 Rating: 5

Resepi Butter Cake

Khamis, Mei 28, 2020
Assalamualaikum

Hari ni mood membaking datang lagi. Hehe. Makanya mari kita buat kek!

Resepi Kek Butter sedap, gebu, padat. Cikgu dah share sebelum ni tapi share lagi versi kek sebiji plak.

BAHAN-BAHAN:

1 ketul butter 250g

1/2 cawan gula kastor

5 biji telur

3/4 cawan susu pekat tin (resepi sebelum ni 1 cawan rasa manis sangat, cikgu kurangkan jadi 3/4 je)

1/2 cawan susu cair tin

2 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar baking powder

2 sudu serbuk coklat (optional) kalau nak buat kek pelangi, gunakan pewarna ikut suka la ye

CARA-CARA:

Pukul butter dan gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji -sebiji dan pukul lagi.

Part ni cikgu mengelat. Campur je butter, gula dan telur pastu blend sampai sebati.

Masukkan susu pekat dan susu segar sambung blend lagi sampai sebati.

Tuang adunan tadi dalam satu bekas, pastu campur tepung gandum dan baking powder. Kaup balikkan guna senduk kayu sampai sebati.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan dua sudu serbuk coklat ke salah satu bahagian.

Oleskan minyak/marjerin ke bekas kek tu. Cikgu biasa gunakan saki baki butter dari kertas dia tu lapkan ke bekas kek.

Tuang adunan tanpa warna dahulu. Kemudian adunan coklat. Ulang step sampai abis adunan kek.

Kemudian gunakan lidi untuk tarik dari tengah ke tepi untuk hasilkan corak camni. Boleh tengok video cikgu buat ni.


Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celsius selama 35 minit atau sampai masak. Nak tau masak ke tak, cucuk dgn lidi. Kalau lidi keluar licin je takde apa melekat, masakla kek tu.

Ni rupa sebelum masuk oven

Rupa bila dah siap masak. Yummy! 😋 


Selamat mencuba! 😘


0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Butter Cake Resepi Butter Cake Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 28, 2020 Rating: 5

Resepi Cup Cake Butter Sedap dan Padat

Selasa, Mei 19, 2020
Assalamualaikum

Dah lama cikgu cari resepi kek butter PADAT GEBU camni. Sekarang baru jumpa. Terima kasih Puan Sakinah Sabariah kongsi resepi ni. Cikgu jumpa masa godek-godek web dari dahtauker.com.

Resepi asal untuk buat kek jadi sebiji. Tapi cikgu olah jadikan dalam bentuk cupcake cara cikgu la ye.

RESEPI KEK BUTTER LEMBAP PADAT GEBU

BAHAN-BAHAN:

1 ketul butter 250g

1/2 cawan gula kastor

5 biji telur

1 cawan susu pekat tin

1/2 cawan susu cair tin

2 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar baking powder

CARA-CARA:

Pukul butter dan gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji -sebiji dan pukul lagi.

Part ni cikgu mengelat. Campur je butter, gula dan telur pastu blend sampai sebati.

Masukkan susu pekat dan susu segar sambung blend lagi sampai sebati.

Tuang adunan tadi dalam satu bekas, pastu campur tepung gandum dan baking powder. Kaup balikkan guna senduk kayu sampai sebati.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan satu sudu serbuk coklat ke salah satu bahagian.

Untuk masukkan ke dalam cup, cikgu guna sudu je. Masukkan 1 sudu adunan tanpa coklat. Kemudian masuk pula 1 sudu adunan coklat. Buat selang seli. 1 cup kecik ni cikgu masukkan 4 sudu. 2 biasa, 2 coklat. Agak-agakla ye. Masukkan dalam 3/4 cup sebab nanti dia akan kembang sket. Jangan penuh sangat nanti melimpah ruah plak jadinya.

Bakar dengan suhu 150c selama 20-30 minit, bergantung pada oven masing-masing.

Ni dalam 10 minit selepas masuk oven

Dah nak masak. Seronok tengok dia naik cantik camtu

Untuk pastikan dah masak, cucuk dengan lidi. Kalau tak melekat di lidi tu, dah masakla tu.

Tada..dah siap!



Nurin rasmi dulu.

Selamat mencuba!

Mencari penawar batuk, asma, semput, lelah, resdung dan pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Cup Cake Butter Sedap dan Padat Resepi Cup Cake Butter Sedap dan Padat Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 19, 2020 Rating: 5

Tart Bunga Klasik

Isnin, Mei 18, 2020
Assalamualaikum

Hai hangpa! Dah siap kuih raya ke tu?

Siapa kat sini suka tart nenas? Siapa suka, dia geng la dengan cikgu.

Pertama kali nak buat tart nenas ni. Godek sana godek sini jumpa resepi tart nenas yang macam sedap je dari Puan Azlina Ina Bakers yang hebat tu.

Resepi dia ni dapat dalam 80 bijik camtula. Ni sebab cikgu buat tebal. Hikhik. Resepi asal guna butter. Adunan pertama cikgu guna butter. Adunan kedua cikgu guna marjerin. Sedap jugak.

Ok, jom cekidout cara buat tart nenas klasik ni.

Bahan A

Butter 250 g (kalau guna marjerin Pelangi 1kg tu, bahagi kepada empat bahagian, amik 1 bahagian je)
1 kuning telur
2 sudu minyak sapi
3 sudu susu pekat
1 sudu besar esen vanila
Pewarna kuning

Semua bahan A ni kacau sebati guna senduk kayu pon dah ok.

Bahan B

3 1/4 cawan tepung gandum (kalau nak buat tart gulung guna sukatan ni. Kalau nak tekap, tambah lagi 1/4 cawan tepung)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung

Campur semua bahan B dengan bahan A tadi. Uli guna tangan sampai jadi doh yang lembut dan cantik.

Tekap guna acuan. Boleh tengok video cikgu tunjuk ni.


Untuk jem, cikgu beli je yang dah siap kat kedai bakeri.

Dah siap letak jem, bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit guna api atas bawah. Jangan lupa letak sikit marjerin kat dulang supaya mudah nak keluarkan biskut nanti.

Dah siap susun cantik atas dulang ni

Tara..dah siap 😍

Selamat mencuba!


Mencari penawar asma, resdung atau pengganti gula? Sila hubungi nombor berikut:
0135819100 Cikgu Basariah
Tart Bunga Klasik Tart Bunga Klasik Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 18, 2020 Rating: 5

Resepi Cup Cake Oren Sedap

Ahad, Mei 17, 2020
Assalamualaikum

Buat apa tu korang?

Mai cikgu nak share resepi cup cake oren yang sedap. Boleh buat untuk makan raya nanti. Dia tahan lama tau. Cuma tak tahan kalau dah makan tu asyik nak makan je la. Hehehehe.

Bahan A:

250g marjerin (kalau guna marjerin pelangi tu bahagi empat bahagian je)
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 penutup esen vanila (anggaran lebih kurang 1 sudu besar)
2 sudu makan oren sunquick

Ok bahan-bahan kat atas ni boleh mix sebati guna mixer atau blender. Cikgu blend je.

Bahan B:

1 biji oren (kulitnya disagat) - amik kulit je
4 camca jus oren (perah sket dari buah tadi)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder

Campur semua bahan A dengan bahan B dalam satu bekas. Sebatikan guna senduk kayu je. Kemudian guna sudu masukkan dalam cup cake. Cikgu saja tabur coklat rice atas tu suka tengok kalerful.

Bersama-sama pembantu meletakkan coklat rice atas kek

Bakar guna api atas bawah pada suhu 170 darjah celsius selama 15-20 minit atau sehingga masak. Boleh test cucuk dengan lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu.

Pastikan ada jarak antara cup cake kalau guna bekas lembut camni. Kalau tak, dia susah nak kembang

Cikgu suka yang atas dia rapuh sket camni.

Siap. Selamat mencuba! 😘

Mencari penawar asma, resdung dan stevia pengganti gula? Hubungi 👇🏾 0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Cup Cake Oren Sedap Resepi Cup Cake Oren Sedap Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mei 17, 2020 Rating: 5

Resepi biskut Cornflakes Coklat cepat dan mudah

Jumaat, Mei 15, 2020
Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak kongsi resepi kuih raya yang memang budak-budak biasa suka sangat. Kalau ada kuih ni, sat je licin.

RESEPI BISKUT CORNFLAKES COKLAT

Bahan

1 bar coklat masakan
2 sudu merjerin
2 cawan cornflakes
Coklat rice secukupnya utk hiasan
Paper cup

Cara-cara:

Satukan coklat masakan dengan 2 sudu marjerin. Masak guna kaedah double boil sampai cair. Pastikan air langsung tak masuk dalam coklat. Kalau masuk air, coklat akan berketul dan rosak.

Bila semua coklat dah cair. Tutup api.  Bagu suam sket dan curah dalam cornflakes. Kalau nampak banyak coklat, tambah lagi cornflakes. Kacau sebati sampai semua cornflakes bersalut.

Seterusnya masukkan dalam paper cup dan tabur dengan manik urai. Sejukkan sebentar sebelum susun dalam bekas kedap udara.

Siap. Selamat mencuba! 😁



0135819100 Cikgu Basariah
Resepi biskut Cornflakes Coklat cepat dan mudah Resepi biskut Cornflakes Coklat cepat dan mudah Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 15, 2020 Rating: 5

Resepi Biskut Famos Amos

Rabu, Mei 13, 2020
Assalamualaikum

Cikgu sebenarnya tak berapa gemar buat biskut sebab dulu selalu tak menjadi. Tapi tahun ni tergerak hati nak cari resepu mudah untuk isi masa lapang cikgu dan anak-anak.

Disebebkan cikgu suka biskut coklat chip so google dan jumpa resepi ni. Cikgu dah try memang mudah dan sedap. Tapi cikgu edit sket masukkan bahan lain dah kebetulan ada lebihan dari biskut sebelum ini.

RESEPI BISKUT FAMOS AMOS VERSI DERHAKA TAPI SEDAP

Bahan-bahan

250g butter (cikgu guna buttercup)
1 1/4 cawan gula perang
1 penutup esen vanila
1 biji telur
(Kacau sebati bahan-bahan ni)

Dah sebati, masukkan:

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
6 sudu besar minyak

Dah sebati semua bahan, masukkan:

2 cawan coklat chip (lagi banyak lagi sedap)
1 cawan nestum
1 cawan cornflakes diramas

Kemudian bulat-bulatkan dan susun atas tray. Pastikan buat jarak sket antara mereka. Jangan lupa oles dlu sikit marjerin kat tray tu.

Bakar guna api atas bawah 150 darjah selama 20 minit.

Siap. Selamat mencuba!




0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Biskut Famos Amos Resepi Biskut Famos Amos Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 13, 2020 Rating: 5

Resepi Ayam Golek Mudah dan Sedap

Rabu, Mei 06, 2020
Assalamualaikum

Pertama kali dalam hidup berjaya buat ayam golek ni. Rasa bahagia sekali tengok hasilnya sangat anggun. Rasa pon boleh tahan. Cuma silap terkurang garam jek. Al maklum puaseeee..hehe.

Ok, ni cikgu kongsikan resepi ayam golek ala-ala Kenny Rogers ni. Modififikasi sket resepi asal yang ditemui dari beberapa group masakan dan mingguan wanita.

AYAM PANGGANG MADU ALA KR


Bahan-bahan

1 ekor ayam
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 senduk Madu Halia Bentong
2 sudu makan oren sunquick
2 senduk sos blackpaper
1 kuib pati ayam
3 sudu makan marjerin (cairkan kejap atas api)
1 biji kentang (rebus empuk, nak cepat empuk, potong kecik sket br rebus)
1 sudu garam(ikut saiz ayam)

Cara-cara:

Blend semua bahan dan lumur kat ayam luar dan dalam. Perap selama 3-4 jam.



Bakar pada suhu 220°C selama 60 minit (bergantung pada saiz ayam masing-masing). Cucuk sket untuk tentukan ayam dah masak.

SELAMAT MENCUBA!

#ResepiSihatByAsmak
#ContestMasakanAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Ayam Golek Mudah dan Sedap Resepi Ayam Golek Mudah dan Sedap Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 06, 2020 Rating: 5

Resepi Kambing Perap Mudah Tapi Sedap Giler

Isnin, Mei 04, 2020
Assalamualaikum

Hari ni perap kambing dengan madu halia bentong ni. Senang kojo den.

Yang pasti sedap dan lembut je daging kambing ni.

Ada la simpan beberapa ketul untuk bersahur nanti.

Mudah je bahan perapannya:

1. 2 sudu serbuk jintan manis
2. 3 sudu serbuk ketumbar
3. 1 sudu serbuk jintan putih
4. 3 sudu sos tiram
5. 3 sudu sos lada hitam
6. 4 sudu madu halia bentong
7. Sesudu cili boh
8. Sedikit minyak zaitun/minyak masak
9. 5 keping hirisan daging kambing

Gaul sebati. Perap dalam 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap. Bakar 45 minit suhu 200°C atau sehingga masak.

Kalau ada habbatussauda tu tabur sekali lagi umpph. Beli madu ni, habbatussauda dapat free je uolls.




Selamat mencuba! 😋

#resepiSihatByAsmak
#contestMasakanAsmak
#maduHaliaBentong

0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Kambing Perap Mudah Tapi Sedap Giler Resepi Kambing Perap Mudah Tapi Sedap Giler Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 04, 2020 Rating: 5

Resepi Tepung Pelita Mudah dan Kompom Jadi

Ahad, Mei 03, 2020
Assalamualaikum

Hai semua!

Hari ni cikgu nak kongsi resepi kuih tepung pelita ni. Cikgu jumpa kat fb dan cuba buat. Memang menjadi dan sedap ❤️

Terima kasih buat empunya resepi asal. Semoga beroleh pahala berpanjangan asbab ilmu yang bermanfaat.

RESEPI TEPUNG PELITA MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahannya 👇🏾

Bahagian atas:
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna hijau (cikgu guna daun pandan. Kisar dan tapis airnya secawan. Jadi cikgu kurangkan air yang kat atas tadi jadi 3 cawan sahaja)

Masak semua bahan di atas api sampai pekat dan likat. Nak tahu dia masak bila dah nampak macam berkilat dan ada letupan letupan gelembung. Tutup api dan terus masuk dalam acuan. Cikgu guna bekas lutsinar empat segi saiz sederhana. Utk resepi ni dapat ngam 3 bekas.

Bahagian bawah:

1 cawan santan pekat
3 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Masak semua bahan sampai pekat macam tadi dan tuang dalam acuan.

Siap!

Selamat mencuba 😘



0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Tepung Pelita Mudah dan Kompom Jadi Resepi Tepung Pelita Mudah dan Kompom Jadi Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mei 03, 2020 Rating: 5

Agar-agar milo oreo viral

Ahad, April 12, 2020
Assalamualaikum

Udah terjebak pulak dengan menu ni. Baca sekali imbas dalam fb pastu cikgu modifikais guna bahan yang ada.

Jomla try. Memang sedap. Tadi dapat 3 bekas saiz boleh tahan la besar. Esok boleh sambung makan.

Sejenis cikgu ni, kalau masak agar-agar akan buat banyak sebab suka ulang makan. Sejuk-sejuk lagilah sedap wei.

Nah resepi 😄

AGAR-AGAR MILO OREO

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
2 sudu susu pekat
1 pek oreo
2 pek agar2 tali
Gula pasir dalam 11 sudu
Stevia 5 titis
Secubit garam
3 sudu penuh milo
Air (cikgu main agak je. Tadi dapat 3 bekas besar gak. Rasa cikgu dalam 1.5 liter)

Cara:

1. Masak agar-agar dengan air sampai dah hancur. Biasa cikgi biar mendidih.
2. Masukkan gula, susu pejat, susu cair, stevia dan garam.
3. Patah-patahkan kan oreo dan susun dalam bekas.
4. Bila dah mendidih tutup api. Pastu perlahan-lahan tuang dalam bekas yang ada oreo tadi. Letak separuh je.
5. Baki tu campur dengan milo (milo dilarutkan dlu dgn air panas).
6. Bila bahagian yang putih tu mengeras sket, tuang yang agar-agar milo tu. Buat perlahan-lahan. Cikgu guna senduk. Kalau kasar nanti bercampur kaler tak jadi berlapis macam dalam gambar ni.
7. Tunggu keras sket masuk dalam peti sejuk.

Makan sejuk-sejuk sedap 😄

Selamat mencuba!



Nak beli kurma? Meh roger cikgu ye.
0135819100 Cikgu Basariah
Agar-agar milo oreo viral Agar-agar milo oreo viral Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 12, 2020 Rating: 5

Nasi Ayam Madu Kurma Merah

Sabtu, April 11, 2020
Assalamualaikum

Siapa kat sini suka makan nasi ayam?

Cikgu antara peminat nasi ayam tapi malas betul nak buat.

Tapi sebab suami cikgu nak, maka buat jugakla untuk cinta hati. Haha.

Ni resepi nasi ayam ekspres versi cikgu.

Bahan nasi:

1 cawan beras basmati
3 cawan beras biasa
Sedikit pewarna kuning
2 sudu susu pekat
Garam secukup rasa
Minyak sapi untuk menumis

Sup:

1 pek rempah sup
1 sup bunjut
Seekor ayat dipotong-potong
Kentang
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari

Bahan perapan ayam:

Kicap
Madu kurma merah
Cili yang telah dikisar
3 ulas bawang putih yang diketuk


Cara-cara:

1. Tumis bawang putih menggunakan minyak sapi dan tambah sedikit minyak masak.

2. Masukkan rempah sup. Biarkan pecah minyak sekejap. Masukkan sup bunjut, ayam dan kentang. Biar sebati sekejap.

3. Masukkan air.  Air dan mendidih, perasakan gula dan garam. Ambil air sup masukkan dalam beras yang dah siap dibasuh dan ditos.

4. Campurkan dengan dua sudu susu pekat dan pewarna kuning (kalau takde, serbuk kunyit pon boleh). Agak-agak air untuk masak nasi ni. Dah setel, cikgu terus biar dia masak dalam periuk elektrik.

5. Seterusnya, tambah air semula utk sup tu. Perasakan. Ni akan jadi sup untuk makan dengan nasi ayam nanti.

6. Pilih ayam daripada sup, keluarkan dan perap dengan bahan perapan iaitu kicap, madu kurma merah dan cili blender. Perap dalam 10 minit pon ok. Cikgu suka tabur habbatussauda dalam perapan ni. Tambah khasiat 😋



7. Goreng ayam perapan tadi dengan api sederhana besar sehingga garing.

8. Baki kicap perapan tadi, masak atas dapur sehingga mendidih. Dah setel kuah kicap + sambal dia. Bila buat camni, cikgi dah tak buat kuah sambal asing tu. Hehe. Dah kata versi ekspres kan?

Tadaa..siap. Bon Appetite ☺️




0135819100 Cikgu Basariah
Nasi Ayam Madu Kurma Merah Nasi Ayam Madu Kurma Merah Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 11, 2020 Rating: 5

Resepi roti puri kompom sedap

Rabu, April 08, 2020
Assalamualaikum

Dah terlajak bosan kat rumah ni, jomla kira cuba resepi-resepi yang dah lama dok terperap kat henpon. Kikiki.

Sebelum ni bukannya cikgu tak pernah buat roti ni. Cuma, selalunya cikgu hanya jadi pembantu je. Percaya dak, abang cikgu yang biasa dok jadi chef buat ni.

Dah dua tiga hari ni asyik lalu lalang je gambar roti ni kat wall fb cikgu, teringin gakla nak try. Kikiki.

Ok ni resepi yang cikgu amik dari fb. Terima kasih kepada yang berkongsi resepi. Cuma dalam tu dia suruh perap 30minit. Cikgu tak perap pon. Alhamdulillah naik gemuk dan montel juga roti puri cikgu ni 😹


Cantik kan kejadian diak? Gumuks je. Haha. Bentuk dia herot petot. Biasalah sukati je mencanai. Kikiki. Yang penting memang sedap la resepi ni.

Selepas cikgu kongsikan gambar macam kat atas tu di group wasap famili, abang cikgu respon resepi dia pulak. Lagi mudah sebab tak payah guna yis. So hangpa yang takde yis boleh try resepi ni. Bahan semua yang biasa ada kat rumah. Cuna resepi ni dia rasa plain sket tak macam yang cikgu buat tu. Makan saja pon sedap apatah lagi bila dicicah dengan kari atau sardin. Terangkat wei! 😋

Ok, ni resepi versi abang cikgu plak. Bolehla try nanti.

ROTI PURI

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
Garam
Gula
Air 3/4 cawan (masuk sikit2)

Gaul rata semua bahan
Masukkan air sikit2 dan adun sampai jadi doh
Rehatkan doh dalam 10 mnt
Ambil saiz besar mana nak buat
Gelek bagi nipis (jangan nipis sgt nnt x kembung)
Goreng minyak banyak n panas
Siram2 minyak atas doh sampai naik

SELAMAT MENCUBA!

0135819100 Cikgu Basariah
Resepi roti puri kompom sedap Resepi roti puri kompom sedap Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 08, 2020 Rating: 5

Resepi apam gula hangus kompom jadi!

Selasa, April 07, 2020
Assalamualaikum

Selaku seorang yang selalu gagal buat kuih apam, cikgu memang trauma.

Tapi, selepas setahun, cikgu try balik buat. Ni pon sebab dah terlajak cemuih dok kat rumah sepanjang PKP ni dan asyik lapaq ja. Haha.

Macam biasala, try search tengok kat fb. Jumpa resepi siapa ntah share kat group MAHN (Masak Apa Hari Ni). Tengok macam senang je bahan dia.

Apa lagi, jom kita try!

Bahan dia semua main blend je. Senang giler rupanya

Done masukkan dalam pengukus yang dah dipanaskan terlebih dahulu. Sekarang, menanti penuh debaran 😹

Berdebor wei masa tunggu apam tu nak masak.

Dah sejuk pon rupa dia masih cantik. Tak turun balik

Ni rupa masa baru je angkat tutup pengukus. Rasa nak lompat bintang doploh kali!

Bila buka je periuk pengukus, tadaaa! Yeay! Berjaya!

Rupa bula dipotong. Memang gebus dan lembut. Macam kek span pon ada rasa dia.

Ok, so ni cikgu kongsikan resepi dia untuk tatapan hangpa.

Ni resepi dia. Mudah sangat dan kompom jadi. Tak letak ovelet pon jadi. Cikgu skip part ovelet tu sebab takdak😍

Sedap sampai sekali hadap je habis sebekas nj anak-anak pulun makan. Alhamdulillah. Panas-panas lagi la terangkat rasa dia. 😍

0135819100 Cikgu Basariah
Resepi apam gula hangus kompom jadi! Resepi apam gula hangus kompom jadi! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 07, 2020 Rating: 5

Resepi Ubat Jantung

Khamis, Mac 28, 2019
Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu.
Cuba amalkan resepi ini, nafas akan lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga juga bertambah, tak adalah letih sangat.

Ustaz yang sarankan amalan ini. Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang. ☺

================================

*RESEPI UBAT JANTUNG*

Resepi ringkas yang boleh dicuba. Janji rajin 😄


BAHAN-BAHAN

3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu.

CARA-CARA

3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.

Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7.  Menambahkan daya ketahanan badan

8.  Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis

9.  Mencegah penyakit kanser

10.  Mengurangkan sakit arthritis

11.  Boleh menurunkan berat badan

Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

P/s Guna sudu plastik

Kredit: Nur Zahirah

#KakAyuAsmak #Asmak4u057 #057gempur

#AnakSihatHatiTenang #MaduAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Ubat Jantung Resepi Ubat Jantung Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mac 28, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.