Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 27 kita berpuasa.
Tahun ni memang sejarah la sepanjang cikgu dah bekerja ni rasanya kali pertama dapat berada di kampung penuh sebulan. Bertenang je dapat santai dengan keluarga. Masak makanan yang digemari. Berbuka dan bersahur bersama-sama tanpa rasa tergesa-gesa nak ke mana-mana. Suatu ketenangan di bulan Ramadhan yang dah lama tak dikecapi.
Paling best, setiap malam dapat berjemaah solat isyak, dituruti dengan solat tarawikh dan witir. Begitu juga solat subuh. Hikmah disebalik musibah. Baca Al - Quran pon dalam keadaan tenang tanpa tergesa-gesa. Terima kasih Allah.
Hari ni sebenarnya tarikh lahir arwah bonda cikgu. Setiap tahun, cikgu akan call bonda dan ucapkan selamat sempena hari kelahirannya. Tahun ini hanya doa dapat dititipkan sebagai hadiah buat arwah bonda yang disayangi. Semoga bonda tenang di sana.
Ya Allah, ampunilah dosa ibuku Hajah Bidah Bt Rejab. Tempatkan ibuku dalam kalangan hamba Mu soleh. Kumpulkanlah kami dalam syurgamu kelak. Aamiiiin.
Semoga segala amalan yang kita lakukan pada hari ini, sepanjang tahun ini dan sepanjang umur kita yang berbaki entah berapa lama sahaja lagi ini diterima oleh Allah.
Ya Allah, kami tidak layak untuk syurgaMu namun tidak pula kami sanggup ke neraka Mu. Oleh itu, kurniakanlah keampunan kepada Kami. Ampunkanlah dosa kami. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.
Mencari penawar batuk, asma, semput, resdung serta stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah

Kisah Ramadhan ke 27
Reviewed by Teacher Basariah
on
Rabu, Mei 20, 2020
Rating:
Tiada ulasan: