Seo Services
Results for corat coret

Sesi perjumpaan dengan agen

Rabu, Januari 13, 2021
Assalamualaikum

Alhamdulillah, sepanjang hujung minggu lalu cikgu berkesempatan jumpa agen dan sempat pulak balik kampung jumpa ayahanda tercinta.

Jadi cikgu abadikan foto kenangan bersama agen yang sempat cikgu jumpa untuk bantu meningkatkan prestasi bisnes masing-masing. Semoga tahun ini makin meningkat jualan masing-masing.

Bersama dengan agen Ipoh, Rizmanadia

Juga agen Ipoh, Hanaziah

Agen Pulau Pinang, Nor Liyana

Bersama agen Ipoh, Azaliza

Bersama ayahanda tercinta

Inilah kampung halaman cikgu

Hand sanitizer Asmak pon nak masuk bergambar. Hehe

Sempat menziarahi pusara bonda. Al Fatihah buat bonda cikgu, Hajah Bidah Binti Rejab


0135819100 Cikgu Basariah


Sesi perjumpaan dengan agen Sesi perjumpaan dengan agen Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Januari 13, 2021 Rating: 5

Biasakan yang betul,Betulkan yang biasa

Ahad, Ogos 09, 2020
Allah pandang pada usaha kita. Jom biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

 Usaha menutup aurat dengan sempurna 😊

 Jaga diri, hiasi peribadi. Stay safe!

0135819100 Cikgu Basariah
Biasakan yang betul,Betulkan yang biasa Biasakan yang betul,Betulkan yang biasa Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 09, 2020 Rating: 5

Salam Aidiladha 1441H

Jumaat, Julai 31, 2020
Assalamualaikum

Selamat hari raya Aidiladha buat semua.

Semoga segala pengorbanan kita mendapat ganjaran di akhirat sana jika tidak di sini.

Maaf dipinta jika ada salah dan silap dari cikgu dan seluruh team HQ Asmak.

Salam Aidiladha ♥️


Raya tu raya juga. SOP jangan dilupa ye 😊


0135819100 Cikgu Basariah
Salam Aidiladha 1441H Salam Aidiladha 1441H Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 31, 2020 Rating: 5

Perihal syukur

Khamis, Julai 30, 2020
Assalamualaikum

Sentiasalah amalkan ucapan “Alhamdulillah” untuk menzahirkan kesyukuran secara lisan di atas nikmat diberikan.

Kesan daripada kesyukuran terebut ialah bertambahnya nikmat yang akan diterima.



Orang yang sentiasa bersyukur, hatinya akan lebih tenang dan rasa cukup dengan apa yang ada.

Syukur menambah rezeki, kufur menjauhkan kita dari rezeki.

0135819100 Cikgu Basariah
Perihal syukur Perihal syukur Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 30, 2020 Rating: 5

Ok ke makan roti putih?

Selasa, Julai 21, 2020
Assalamualaikum

Jom baca perkongsian dari Dr Zubaidi ni

Saya sudah berhenti makan roti putih sudah setahun kerana glycemic indexnya tinggi. Ia sebahagian dari produk refined carbo yg selalu saya bincangkan. Gula akan diserap cepat ke dalam darah. 

Pesakit diabetis jika mahu mendapatkan gula yg normal dan stabil, tinggalkan ambil roti putih. Ambil banyak complex carbo untuk sarapan pagi. 

Boleh bersarapan  seperti ubi rebus dicicah dgn sambal (tiada gula). Walaupun ia berkanji tetapi glycemic indexnya rendah, 46. 

Atau pun kisarkan oat bersama ekstrak kopi dan stevia. Kedua2 ubi dan oat membekalkan fiber yg banyak. 

Atau dua biji telur digoreng bersama bawang, cili dan kobis (atau sawi) menggunakan satu sudu minyak zaitun atau minyak kelapa dara.

Dr Zubaidi

Nak nikmati manis tanpa kerisauan? Berubahlah kepada stevia. Susu pekat manis bebas gula pon dah ada tau 😘






0135819100 Cikgu Basariah
Ok ke makan roti putih? Ok ke makan roti putih? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 21, 2020 Rating: 5

Kisah durian gugur

Isnin, Julai 20, 2020
Assalamualaikum

Pagi tadi masa mengajar topik graviti, ada satu gambaq tu cerita tentang sorang anak tanya kat ayah dia, pasaipa durian jatuh ke tanah?

Jawapan dalam gambaq kemain lagi, hahaha..anak ayah ni dah macam Isaac Newton pula. Kemain Fizik betoi jawapan ayah dia.

Cikgu pon tanyalah kat pelajar. Kalau anak hangpa, tanya kat hangpa lagu ni, hangpa jawab apa?

Ada sorang budak tu kata, saya jawab camni cikgu, sebab nak bagi senang kutip. Kalau dia terapung, camna kita nak kutip 😹

Betoi jugak na..tapi cikgu rasa kan.kalau hangpa tanya mesti jawapan yang hangpa dengaq lagu ni. Mujoq durian tu jatuh atas tanah. Kalau dia jatuh atas kepala hang camana? Teruih budak-budak tu gelak. Mesti jawapan mak pak hangpa lagu tu kan? 🤭

Biasala mak ayah time sibuk bukan boleh anak tanya macam-macam. Satu dua soalan tu layan lagi tapi satg dia punya soalan tu sampai naik pening nak jawab tak putus plak. So last mesti dapat jawapan killer teruih.

Zaman la ni anak-anak bijak. Mak ayah kena ubah mentaliti. Nak tak nak, mak ayah pon kena rajin membaca cari ilmu barulah tak kalah dengan anak. Ni sket sket hangpa p la tanya cikgu.  Bila kita boleh bagi jawapan yang memuaskan hati dan minda anak, biasanya depa pon akan makin bijak sel otak berhubung dan depa pon akan respek kita. Tapi cikgu tak nafikan, zaman la ni mencabar oi. Cikgu pon kena gugel setengah jawapan sebab tak tau nak kelentong lagu mana 😜

Pening kepala ja, suruh anak mai sapu Minyak Asmak dan picit sket. Syok sebenaqnya layan depa tapi kadang bila penat tu, mai soalan tahap PHD, rasa ting tong juga. Marah pon ado kadang. Semoga kita dapat jadi ibu ayah yang bersabar demi menghasilkan generasi yang lebih baik dari kita pada masa hadapan. Aamiiin😌



0135819100 Cikgu Basariah
Kisah durian gugur Kisah durian gugur Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 20, 2020 Rating: 5

Mata panda

Khamis, Julai 16, 2020
MATA LEBAM TIDUR TAK MENENTU

Ibu dan ayah yang ada anak kecil mesti pernah merasa situasi ni. Biasanya kalau anak sakit, memang tak bolehla nak tidur. Tengah malam kena bergilir-gilir berjaga sebab takut jadi apa-apa kat anak masa tengah lena tidur.

Paling seriau kalau anak batuk dan nafasnya laju. Kalau tak cukup nafas, boleh biru muka sang anak tu. Kejap-kejap, ibu bangun sapu minyak. Kejap-kejap, ayah pula bangun periksa ok ke tak.

Selesema dan batuk yang melebihi 3 hari tak boleh dipandang remeh terutama melibatkan bayi bawah 1 tahun. Kahak pekat pada leher, hidung dan rongga saluran pernafasan sangat merimaskan dan sangat berbahaya. Malahan jika dibiarkan berlarutan, bakal membawa kepada jangkitan kuman yang boleh membawa maut.

Minyak Herba Asmak mengandungi habbatussauda yang mampu membantu mencairkan kahak hanya melalui sapuan luaran sahaja. Dengan sapuan yang konsisten dan tepukan percussion yang betul, kahak yang ada dalam rongga pernafasan akan mudah dikeluarkan.

"Alhamdulillah, sesuai sangat Minyak Asmak ni dengan anak-anak. Kalau tak sebelum ni, kena bakar bawang putih atas dapur kalau anak demam dan selesema. Sekarang ni senang je ada minyak ni. Lepas mandi, sapu je kat belakang badan, dada, tapak kaki, betis dan lutut Ammar. Urut sikit-sikit. Ammar pon jarang demam dan selesema" - Puan Runiza, Perak

"Hari tu anak nampak tak selesa. Saya sapu Minyak Asmak ni, terus dia bersin keluar hingus selambak. Lega dia tidur lepas tu. Berkesan betullah minyak ni!" - Puan Fatin, Selangor

"Anak saya sekarang, kalau dia selesema ke batuk ke, dia sendiri datang bawak minyak ni suruh saya sapu. Luka pon dia cari minyak ni jugak. Memang wajibla ada kat rumah. Berbaloi beli ada banyak kegunaan dia" - Puan Suraya, Kedah

Usah bertangguh lagi dapatkan Minyak Herba Asmak untuk anak kesayangan anda. Anak sihat, hati tenang, mata tak lebam 😁

📲https://BantuSayaBuangKahak.wasap.my
📲https://BantuSayaBuangKahak.wasap.my

📲https://BantuSayaBuangKahak.wasap.my


0135819100 Cikgu Basariah
Mata panda Mata panda Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 16, 2020 Rating: 5

Setia si hitam

Khamis, Julai 09, 2020
Assalamualaikum

Dari seawal umur 2 hari lagi SiHitam ni dah ade dengan saya. Emak saya pakaikan pada saya setiap hari, setiap kali lepas mandi, setiap kali salin pampers.
.
Bukan sebab saya ada Batuk atau Selesema atau Kahak atau Asma ye. Tapi Emak memang wajib sapukan pada saya setiap hari sebab Emak kata Mencegah lebih baik dari Merawat.
.
Ohh ye. Saya pernah ada masalah susah nak Membuang @ Berak. Emak paling susah hati bila sehari atau  2 hari saya tak Membuang. Perkara yg Emak akan buat ialah Sapu Minyak Herba Asmak ni sekerap mungkin dan buat urutan ILoveU. InShaAllah saya akan membuang lepas tu. Sekarang masalah saya tu dah selesai sebab Emak tak pernah putus asa sapu setiap hari sambil berdoa biar saya boleh Membuang dengan mudah.
.
Kalau saya jatuh, pasti ada tempat yang Luka Berdarah atau Benjol sana sini. Tapi saya tak risau sebab saya tau Emak pasti capai SiHitam ni dan cepat2 sapu kat bahagian mana yang Luka atau Benjol. Perkara yang sama jugak Emak akan buat bila terjadi pada Abang2 saya.
.
Mujur ada Minyak Herba Asmak. Segala nya dapat diatasi hanya dengan sapuan Minyak Herba Asmak. Setiap Sapuan Amat Bermakna giteww 👍😍.

#MinyakHerbaAsmak


Mham 10ml : rm19
Mham 30ml : rm39
Mham 50ml : rm55


0135819100 Cikgu Basariah
Setia si hitam Setia si hitam Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 09, 2020 Rating: 5

Tangan bau kari!

Isnin, Julai 06, 2020
Assalamualaikum

TANGAN BAU KARI!

Sedapnya dapat makan nasi kandaq. Kena dengan kari kepala ikan pergh terangkat la kan.

Tapi yang tak bestnya, lepas makan, dia punya bau kari tu melekat je kat tangan. Menghantui sampai nak buat kerja pon tak tenang.

Satu lagi sambal belacan. Makan punyalah sedap tapi bau dia melekat kat tangan tu memang tak boleh blah la. Cuci pakai sabun pon kadang ada lagi bau tu.

Alhamdulillah sekarang cikgu tak perlu risau lagi. Tak malu dahla masuk kelas atau buat kerja tangan berbau kari ke bau sambal ke.

Sabun pencuci tangan keluaran Asmak ni boleh hilangkan kesan minyak dan bau akibat makanan dengan cepat. Tangan akan berbau haruman lemon segar dan lebih lembut tau. Dahla antibakteria plak tu. Ofkos la bakteria lari bila guna ni.

Sekolah dah nak mula kan? Elok juga bekalkan anak dengan sabun ni. Nanti kalau dia ke tandas ke, tak perlu nak kongsi sabun dengan orang lain. Ada versi poket juga tau uolls 😘

Handwash antibacteri dari Asmak memang terbaik!

Untuk pertanyaan, pembelian dan info lengkap produk sila hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Tangan bau kari! Tangan bau kari! Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 06, 2020 Rating: 5

Sakit gigi?

Jumaat, Jun 26, 2020
Hampir seminggu dah rasanya alami sakit gigi. Sakit sangat rasa berdenyut-denyut dekat gigi yang sakit tu. Dia punya sakit denyut- denyut tu naik sampai ke kepala. Dah la kene time tengah nak final exam, memang nak fokus pun tak boleh.
.
Rasa down sangat tak tahu nak buat apa. Dok tengah stress dengan final exam lepas tu tambah pulak dengan sakit gigi. Memang tak nak pergi ke klinik sebab takut. Kalau bawa ke klinik mesti doktor akan suruh cabut gigi.
.
Keesokkan harinya classmate tanya ada apa-apa masalah ke sebab dia tengok muka saya macam resah dan pucat. Cerita la pada dia yang saya tengah alami sakit gigi. Kemudian, dia cadangkan pada saya ikhtiar dengan Minyak Herba Asmak. Saya pun cuba la sapu pada tempat gigi yang sakit tu.
.
Alhamdulillah hari demi hari sakit makin berkurang. Syukur sekarang dah tak sakit gigi lagi dah. Terima kasih Minyak Herba Asmak!


.




0135819100 Cikgu Basariah
Sakit gigi? Sakit gigi? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Jun 26, 2020 Rating: 5

Rezeki tak datang bergolek

Khamis, Jun 25, 2020
Assalamualaikum

Kadang bukan tak ada rezeki, tapi kita yang malas berusaha.

Rezeki depan mata sekalipun jika tidak berusaha, tak dapat.

Marilah kita terus berusaha dan jangan lupa berdoa. Rezeki Allah itu luas.

Jadi agen Asmak pun salah satu pintu rezeki juga. ❤️

Tengok orang dalam gambar ni. Apa yang kalian nampak? 😁



#KomikAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
Rezeki tak datang bergolek Rezeki tak datang bergolek Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Jun 25, 2020 Rating: 5

Masalah angin dalam badan

Rabu, Jun 24, 2020
Assalamualaikum

Dah 3 hari menahan sakit, sampai dah tak tertahan sakitnya ni. Pernah tak sesiapa rasa sakit yang teramat sangat badan disebabkan oleh angin dalam badan? Saya tengah mengalami sekarang ni.
.
Sebelum ni jarang kene sakit-sakit badan disebabkan angin ni tapi sejak melahirkan anak yang sulung ni, badan cepat sakit masuk angin. Nak bawa pergi berurut tak jumpa lagi mana-mana tukang urut yang pandai urut badan jadi saya pun ikhtiar dengan Minyak Herba Asmak.
.
Alhamdulillah seminggu saya konsisten sapu Minyak Herba Asmak tiap pagi dan tiap malam sebelum tidur, lepastu urut-urut sikit bahagian yang rasa sakit tu alhamdulillah bersyukur sangat makin hari makin berkurang rasa sakit.
.
Sekarang Minyak Herba Asmak ni wajib ada dekat rumah, saya akan sentiasa restock kalau habis. Bila Minyak Herba Asmak takde, haru dibuatnya.
.



0135819100 Cikgu Basariah
Masalah angin dalam badan Masalah angin dalam badan Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 24, 2020 Rating: 5

Kesan pengambilan gula berlebihan

Ahad, Jun 21, 2020
Assalamualaikum

Sejak 5 tahun yang lalu, cikgu sekeluarga dah mula menggunakan stevia. Antara sebab kami bertukar kerana melihatkan ibu, ayah serta orang rapat di sekeliling kami ramai yang telah mendapat pelbagai penyakit akibat pengambilan gula berlebihan.

Jadi, hari ni cikgu nak kongsikan artikel yang cikgu temui. Semoga bermanfaat ☺️

KESAN PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

Tahukah anda ?

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasikan gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika di aplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasikan gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Di Malaysia, makanan yang tinggi dengan gula bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Minuman manis mudah didapati dan diambil dengan hampir semua hidangan. Minuman seperti teh ais, kopi, milo dan sebagainya menjadi kegemaran buat si kecil mahupun orang dewasa.

Apa yang lebih merisaukan adalah minuman manis yang kaya dengan gula ini lazimnya diambil dengan hidangan yang turut kaya dengan kalori daripada gula dalam bentuk berbeza -nasi. Nasi adalah polimer kompleks bagi gula atau lebih tepat lagi, karbohidrat. Ianya merupakan makanan ruji di Malaysia, mendominasi sebahagian besar pinggan-pinggan hidangan di negara ini. Dalam satu hidangan bersertakan satu minuman sahaja, sebahagian besar keperluan kalori harian seseorang itu telahpun dipenuhi.

 Akibat daripada tabiat mengambil makanan yang tinggi dengan kalori daripada gula atau karbohidrat, ianya menyebabkan badan seseorang itu terus menerus membawa dan mengumpul kalori yang berlebihan dan juga simpanan gula (glukosa) yang tinggi dalam badan.

Apabila gula dimakan dan dihadam, 4 kilo kalori tenaga dihasilkan untuk setiap satu gram gula mudah. Penghadaman karbohidrat bermula di mulut – di peringkat mulut, enzim amylase akan dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar air liur di sekitar bahagian dalaman mulut manusia. Proses pemecahan gula kompleks kepada gula yang lebih pendek dan asas ini berlaku melalui penguraian ikatan glikosida antara unit-unit gula. Penghadaman gula ini berlaku dengan tidak lengkap dan akan disambung semula apabila bahan makanan sampai ke bahagian usus kecil. Di dalam bahagian awal usus kecil, turut dikenali lebih tepat lagi sebagai Duodenum, enzim amylase dikeluarkan oleh struktur pankreas dan bertemu dengan bahan makanan, menghadam dengan lebih lanjut gula yang terdapat di dalamnya.

Pengambilan karbohidrat yang banyak mampu membekalkan tenaga yang banyak, dengan syarat, ianya digunakan. Oleh sebab itu, atlet profesional mengambil karbohidrat yang banyak bagi membekalkan badan mereka dengan jumlah tenaga yang tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga harian mereka. Namun yang demikian, rakyat Malaysia rata-ratanya mengamalkan gaya hidup sedentar walaupun mereka mengambil jumlah karbohidrat dan gula yang tinggi. Apabila kandungan gula berlebihan dalam badan berlaku, terdapat beberapa proses yang akan berlaku bagi mengawal paras gula dalam darah. Antaranya ialah proses glikogenesis (penghasilan glikogen). Glikogen ini adalah gula dalam bentuk simpanan. Organ yang banyak bertanggungjawab dalam melaksanakan proses ini adalah organ hati. Glikogenesis hati menyumbang kepada penurunan paras glukosa dalam darah. Hormon yang paling penting dalam pengawalan kepekatan glukosa dalam plasma darah adalah insulin. Insulin yang terikat pada reseptor spesifik pada permukaan sel dalam tisu adipos dan otot, meningkatkan kadar kemasukan glukosa ke dalam sel-sel ini.

Proses seterusnya dalam membantu mengawal kandungan gula berlebihan dalam darah adalah pembentukan lemak. Seperti yang dinyatakan di atas, reseptor untuk insulin boleh didapati pada permukaan tisu adipos (tisu lemak). Ini bermakna ianya juga boleh mengambil gula lebihan untuk disimpan. Dalam usaha untuk menurunkan paras gula dalam darah, gula lebihan akan diproses menjadi suatu struktur yang dikenali sebagai asetil coA. Asetil coA adalah bahan binaan asas yang digunakan untuk membina tisu lemak sekali gus menambah bilangan lemak pada badan seseorang.

Pertambahan glukosa susulan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi dan dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah di dalam saraf dan juga salur darah kecil. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan rintangan insulin. Susulan daripada pengambilan gula berlebihan dan rintangan insulin ini adalah penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2). Tambahan lagi, pengumpulan lemak berlebihan akan menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit obesiti. Kecederaan salur darah akibat daripada produk akhir metabolisma gula berlebihan ini juga dapat menyebabkan penyakit salur darah koronari, yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit jantung seperti serangan jantung akut dan juga kegagalan jantung.

Sebagai konklusi, trend kesihatan belum tentu mempunyai asas saintifik yang kukuh. Oleh yang demikian, berhati-hati apabila anda mendengar dakwaan kesihatan tertentu tentang sesuatu dan lakukan bacaan daripada sumber ilmiah yang sahih.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Artikel Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Kredit : Hello Doktor




Berminat mengetahui lebih lanjut berkaitan stevia atau produk susu pekat manis bebas gula putih? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Kesan pengambilan gula berlebihan Kesan pengambilan gula berlebihan Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Jun 21, 2020 Rating: 5

Ubat hati di hari Jumaat

Jumaat, Jun 19, 2020
Assalamualaikum

Menerima kiriman whatapps dari seorang teman. Sangat tersentuh maka cikgu kongsikan di sini ya.

BERILAH AKU SEGELAS BERAS

Suatu ketika lori pengangkut BERAS tiba di sebuah kedai. Orang2 datang berebut untuk membelinya.

Maka pembeli beratur panjang giliran di kedai pedagang beras itu.

Tibalah giliran seorang WANITA TUA miskin, dengan tangan gementar ia menghulurkan gelas yang dibawanya kepada penjual beras.

WANITA TUA berkata : "Aku tidak mampu membeli beras mu, sudikah engkau bersedekah untukku dengan segelas beras saja.?"

PENJUAL BERAS :"Tidak, aku tidak boleh memberimu segelas BERAS!"

Tetapi kemudian penjual beras itu menyuruh pembantunya untuk membawa sekarung beras dan mengantarkannya ke rumah wanita tua itu.

WANITA TUA tersebut menerimanya dengan mata berkaca-kaca kerana tidak percaya apa yang telah terjadi.

Air mata bahagia mengalir deras di pipi keriputnya.

Seorang lelaki pembeli yang tadinya berdiri di belakang WANITA TUA bertanya pada si PENJUAL BERAS, "Tuan...bukankah yang diminta wanita tua itu hanya SEGELAS beras, mengapa tuanmemberinya SEKARUNG beras..?"

PENJUAL BERAS : "Itu kerana dia meminta sesuai dengan KEPERLUANNYA, sedangkan aku memberi sesuai KEMAMPUANKU."

"Aku melakukan itu kerana begitu pula yang ALLAH lakukan kepadaku selama ini."

"Setiap kali aku MEMINTA kepada-NYA apa yang kuinginkan, Ia selalu MEMBERIKU berdasarkan KUASA-NYA."

"Dan pemberian-NYA bukan hanya sekadar cukup, melainkan SELALU LEBIH dari cukup."

"ALLAH memberi apa yang aku PERLUKAN, LEBIH dari sekadar apa yang aku INGINKAN."

"Maka ALLAH akan mencurahkan Karunia-Nya dan keberkahan-Nya sesuai dengan Kuasa-Nya"

Semoga kita semua diberi rezeki yg barakah...



Mencari penawar asma, batuk, semput atau stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Ubat hati di hari Jumaat Ubat hati di hari Jumaat Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Jun 19, 2020 Rating: 5

Pilihan di tangan kita

Khamis, Jun 18, 2020
Assalamualaikum

Sebenarnya orang yang kurang berusaha sebenarnya bukanlah malas sangat.

Mereka rajin.

Tapi mereka dalam zon selesa. Selagi dalam zon selesa dan berasa selesa memang susah nak pergi lebih jauh dalam bisnes terutamanya.

Sebab tu team Asmak yang makan gaji walaupun dalam zon selesa sebab gaji sampai mati orang kata memang dah tersedia, tetap berusaha keras untuk berjaya.

Sebab apa?

Sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan yang dianggap terjamin tapi belum tentu tak..

Sebab ada hutang yang harus dipercepatkan bayar berbanding menunggu masa menentukan hutang itu terbayar..

Sebab dengan kejayaan mereka itu, mereka dapat membantu lebih ramai orang dan jadikan bisnes sebagai ladang pahala.

Banyak lagi sebabnya..

Sebab tu jangan pandang hina orang makan gaji tapi buat bisnes dan fokus pada bisnes utamanya.

Mereka cuma nak keluar dari zon selesa. ❤️

Malah mereka ni lebih perform di tempat kerja biasanya.

Ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap team saya sendiri.


Mencari penawar asma, batuk, semput atau stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Pilihan di tangan kita Pilihan di tangan kita Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Jun 18, 2020 Rating: 5

Sinar baru pesakit diabetes

Ahad, Jun 14, 2020
Assalamualaikum

Susahnya nak cari makanan dan minuman yang manis tapi sihat. Kan seronok kalau dapat nikmati kemanisan tanpa risau terlebih gula dalam badan?

Cikgu faham derita yang ditanggung pesakit kencing manis. Anda pening kepala fikir macamana nak 'avoid' gula sampaikan terpaksa makan makanan yang tawar dan membosankan. Akhirnya sampai suatu masa tu, anda tak tertahan lagi dan 'give up'. Main bedal je apa yang melintas depan mata. Lepas jumpa doktor, kena ceramah, balik rumah insaf berpantang balik kejap, tapi tak lama lepas tu ke laut balik.

Bayangkan kalau anda terus-terusan menipu diri anda? Anda makan je tanpa hirau berapa banyak pengambilan gula putih dalam diet harian anda. Akhirnya badan anda tak mampu nak proses gula berlebihan tu. Buah pinggang anda mula rosak. Bahagian badan anda ada yang mula tak terima lagi ubat. Kalau ada luka, luka tu melarat sehingga ada bahagian rosak dan perlu dibuang. Ngeri kan?

Menyedari hakikat ini, cikgu 'decide' jual stevia sejak 2014 dan kini terbaru ada susu pekat manis #Potonguler. Susu ni dapat bantu anda hilangkan ketagihan terhadap kemanisan gula putih ni. Anda dapat nikmati kemanisan tanpa perlu risau lagi.

Apa kata pengguna?

'Dah lama saya cari susu pekat manis tanpa gula ni. Boleh je buat sendiri guna stevia tapi renyah. Mujur jumpa susu #Potonguler ni. Bolehla saya hadiah kat ayah yang ada kencing manis di kampung. Dah tak risau ayah nak makan susu pekat lepas ni'
-Puan Azura, Perak-

'Susu pekat manis ni cicah dengan roti pon sedap. Baru-baru ni saya hidangkan krimer coklat dengan nenas kat anak saya. Pulun dia makan. Sedap betul'
-Puan Zue, Selangor-

'Dah lama teringin kopi susu. Sebab saya tengah diet, mampu tengok je la. Tapi sejak ada susu pekat ni, tercapai hasrat saya minum kopi susu ni. Memang sedap!'
-Puan Syarifah, Perak-

Usah tunggu lagi untuk berubah ke arah gaya hidup lebih sihat. Tak perlu tunggu sakit baru nak mula. Buat pembelian sekarang untuk dapatkan tawaran hebat. Beli lebih, jimat lebih.

Bertindak segera. Hubungi 0135819100 atau klik sahaja link www.wasap.my/60135819100/nak+potonguler untuk tempahan

Susu pekat manis tanpa gula pertama di dunia

0135819100 Cikgu Basariah
Sinar baru pesakit diabetes Sinar baru pesakit diabetes Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Jun 14, 2020 Rating: 5

Arah mana yang kita pilih?

Selasa, Jun 09, 2020
Assalamualaikum

Jadikan bisnes sebagai medan dakwah dan medan ibadah. Insyaallah hati tenang, hidup bahagia.

Walaupun untung kecil tetaplah bayar zakat dan bersedekah serta berbuat baik.

Jangan asal boleh.

Berapa ramai hari ni berjaya buat sales banyak tapi :

1. Sendiri tak menutup aurat
2. Asyik post muka sendiri je kerap
3. Guna testimoni menipu
4. Guna gambar tak menutup aurat dengan sempurna
5. Jual produk yang tak memberi manfaat malah merosakkan lagi kesihatan orang lain dan tak berguna.

Sepatutnya kita, sebelum berbisnes tanya diri kita,

Apa manfaat bisnes aku ini pada hidup orang lain?

Ada kelulusan ke tidak? Berdaftar dengan KKM atau KPDNKK atau tidak?
Owner ikut law ke tak?

Berapa ramai ambil mudah benda macam ni?
Pernah tak semak setiap 1 sen yang kita dapat tu dari jualan yang macam mana?

Jangan asal barang jadi duit kalau tak menepati undang - undang negara.

Di dunia jual produk tak berdaftar boleh dikenakan denda minimum RM25k, di akhirat pun boleh kena ye sebab kewajipan kita adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Ada orang selalu pertikaikan undang - undang dunia, dia tak tahu banyak undang - undang dunia hampir selari dengan undang - undang akhirat.

Please, jangan ambil mudah.

Atau hidup tersiksa di sini atau di sana.

Pilihan di tangan anda.

Kredit:
Norfazilah Abd Mohd

Nota kaki 👇🏾

Bisnes boleh jadi sebab untuk anda masuk ke syurga dan juga boleh jadi sebab anda masuk ke neraka.

Buatlah bisnes berlandaskan agama supaya mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Yang mana satukah pilihan anda ?



#KomikAsmak

Mencari penawar asma, batuk, semput atau stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Arah mana yang kita pilih? Arah mana yang kita pilih? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Jun 09, 2020 Rating: 5

Jom masuk kelas!

Sabtu, Jun 06, 2020
Assalamualaikum dan selamat pagi 😘

Buat pe tu?

Hari ni cikgu masuk kelas tuntut ilmu. Pagi sampai ke petang. Online je. Semuanya di hujung jari kan sekarang. Hehehe.

Alhamdulillah banyak ilmu baru dapat ni. Dalam masa yang sama refresh ilmu lama. Ilmu kalau tak diamalkan macam pohon tak berbuah ye tak?

Tak rugi melabut menuntut ilmu janji ilmu yang betul tak bertentangan syarak dan dapat mendekatkan diri kita dengan tuhan.

Salam Sabtu😘

Selpie gaya baru 😹

Mencari penawar asma, batuk, semput dan pengganti gula? Hubungi 👇🏾
0135819100 Cikgu Basariah
Jom masuk kelas! Jom masuk kelas! Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Jun 06, 2020 Rating: 5

Kisah anak perempuan

Rabu, Mei 27, 2020
Assalamualaikum

Susah jaga anak perempuan. Baik didikan, baiklah jadinya. Tapi bestnya anak perempuan ni, manja dia lain. Dia lebih empati dari simpati. Kalau kita sakit ke, dia paling laju datang bantu. Beruntunglah ibu ayah yang ada anak perempuan 😄

DARIPADA Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.”

[HR Ahmad dan Al-Hakim]



Mencari penawar asma, batuk, selesema, semput atau stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Kisah anak perempuan Kisah anak perempuan Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 27, 2020 Rating: 5

Dont Rush Challenge Raya 2020

Isnin, Mei 25, 2020
Assalamualaikum.

Selamat Hari Isnin dan selamat hari raya semua.

Ada yang dah mula puasa ke di Hari Raya Kedua ni?

Untung siapa berpuasa 6 di bulan Syawal ni. Pahala umpama puasa setahun.



Cikgu pon dok cadang nak mula puasa. Doakan dipermudahkan ye. Esok la kot. Hehe.

Ok, nak share video Dont Rush Challenge ni. Anak-anak murid batch 2017 ajak cikgu join. Maka terjebak la jugak. Pandai depa mengedit 😹

Layazzzzz..



Semoga dipermudahkan segala urusan kita harini.
Aamiin.


Mencari penawar asma, batuk dan semput? Hubungi 👇🏾 0135819100 Cikgu Basariah
Dont Rush Challenge Raya 2020 Dont Rush Challenge Raya 2020 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 25, 2020 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.