Resepi Butter Cake

Assalamualaikum

Hari ni mood membaking datang lagi. Hehe. Makanya mari kita buat kek!

Resepi Kek Butter sedap, gebu, padat. Cikgu dah share sebelum ni tapi share lagi versi kek sebiji plak.

BAHAN-BAHAN:

1 ketul butter 250g

1/2 cawan gula kastor

5 biji telur

3/4 cawan susu pekat tin (resepi sebelum ni 1 cawan rasa manis sangat, cikgu kurangkan jadi 3/4 je)

1/2 cawan susu cair tin

2 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar baking powder

2 sudu serbuk coklat (optional) kalau nak buat kek pelangi, gunakan pewarna ikut suka la ye

CARA-CARA:

Pukul butter dan gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji -sebiji dan pukul lagi.

Part ni cikgu mengelat. Campur je butter, gula dan telur pastu blend sampai sebati.

Masukkan susu pekat dan susu segar sambung blend lagi sampai sebati.

Tuang adunan tadi dalam satu bekas, pastu campur tepung gandum dan baking powder. Kaup balikkan guna senduk kayu sampai sebati.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan dua sudu serbuk coklat ke salah satu bahagian.

Oleskan minyak/marjerin ke bekas kek tu. Cikgu biasa gunakan saki baki butter dari kertas dia tu lapkan ke bekas kek.

Tuang adunan tanpa warna dahulu. Kemudian adunan coklat. Ulang step sampai abis adunan kek.

Kemudian gunakan lidi untuk tarik dari tengah ke tepi untuk hasilkan corak camni. Boleh tengok video cikgu buat ni.


Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celsius selama 35 minit atau sampai masak. Nak tau masak ke tak, cucuk dgn lidi. Kalau lidi keluar licin je takde apa melekat, masakla kek tu.

Ni rupa sebelum masuk oven

Rupa bila dah siap masak. Yummy! 😋 


Selamat mencuba! 😘


0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Butter Cake Resepi Butter Cake Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 28, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.