Assalamualaikum
Buat apa tu korang?
Mai cikgu nak share resepi cup cake oren yang sedap. Boleh buat untuk makan raya nanti. Dia tahan lama tau. Cuma tak tahan kalau dah makan tu asyik nak makan je la. Hehehehe.
Bahan A:
250g marjerin (kalau guna marjerin pelangi tu bahagi empat bahagian je)
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 penutup esen vanila (anggaran lebih kurang 1 sudu besar)
2 sudu makan oren sunquick
Ok bahan-bahan kat atas ni boleh mix sebati guna mixer atau blender. Cikgu blend je.
Bahan B:
1 biji oren (kulitnya disagat) - amik kulit je
4 camca jus oren (perah sket dari buah tadi)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder
Campur semua bahan A dengan bahan B dalam satu bekas. Sebatikan guna senduk kayu je. Kemudian guna sudu masukkan dalam cup cake. Cikgu saja tabur coklat rice atas tu suka tengok kalerful.
Bersama-sama pembantu meletakkan coklat rice atas kek |
Bakar guna api atas bawah pada suhu 170 darjah celsius selama 15-20 minit atau sehingga masak. Boleh test cucuk dengan lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu.
Pastikan ada jarak antara cup cake kalau guna bekas lembut camni. Kalau tak, dia susah nak kembang |
Cikgu suka yang atas dia rapuh sket camni. |
Siap. Selamat mencuba! 😘
Mencari penawar asma, resdung dan stevia pengganti gula? Hubungi 👇🏾 0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Cup Cake Oren Sedap
Reviewed by Teacher Basariah
on
Ahad, Mei 17, 2020
Rating:
Tiada ulasan: