Seo Services

Resepi Kek Coklat Tanpa Gula

Assalamualaikum

Sempena sambut raya puasa 6 hari ni, cikgu buat ketupat dan kek coklat. Kedua-duanya bebas gula putih tau!

Untuk ketupat, cikgu gunakan stevia RCC untuk ganti gula manakala untuk kek coklat cikgu guna susu pekat Potonguler.

Mai sini cikgu kongsikan resepi kek coklat gebu gebas bebas gula putih ni.

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin (cikgu guna cap Pelangi)
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis potonguler
1/2 cawan krimer coklat potonguler
1 sudu serbuk coklat
2 cawan tepung gandum (cikgu guna Cap Ros)
1/2 sudu makan serbuk penaik (baking powder)

Cara-cara:

1. Marjerin, telur, susu pekat, krimer coklat dan serbuk coklat disatukan dan diblend atau mix sehingga kembang. Cikgu guna blender je senang.

Kedua-dua ni bebas gula putih tau. Susu yang digunakan pon susu lembu sebenar.

2. Ayak tepung gandum dengan serbuk penaik.

3. Kaupbalikkan campuran yang diblend dengan tepung dalam satu bekas. Cikgu guna sudip kayu lebih selesa dan mudah. Tak perlu blend pon.

4. Masukkan dalam bekas untuk dibakar. Tabur 'chocolate rice' sebagai hiasan (pilihan).

Sebelum dibakar

Dah masak 😍

5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 45 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi untuk pastikan.

Alhamdulillah gebu dan sedap. Manis secukup rasa. Kalau nak lebih manis, tambah je susu pekat atau krimer coklat lebih. Tak perlu risau sebab bebas gula putih 😄

Siap 😋

Selamat mencuba!

Berminat nak dapatkan susu Potonguler? Hubungi 👇🏾
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Kek Coklat Tanpa Gula Resepi Kek Coklat Tanpa Gula Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Jun 13, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.