Seo Services

Pilihan di tangan kita

Assalamualaikum

Sebenarnya orang yang kurang berusaha sebenarnya bukanlah malas sangat.

Mereka rajin.

Tapi mereka dalam zon selesa. Selagi dalam zon selesa dan berasa selesa memang susah nak pergi lebih jauh dalam bisnes terutamanya.

Sebab tu team Asmak yang makan gaji walaupun dalam zon selesa sebab gaji sampai mati orang kata memang dah tersedia, tetap berusaha keras untuk berjaya.

Sebab apa?

Sebab kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan yang dianggap terjamin tapi belum tentu tak..

Sebab ada hutang yang harus dipercepatkan bayar berbanding menunggu masa menentukan hutang itu terbayar..

Sebab dengan kejayaan mereka itu, mereka dapat membantu lebih ramai orang dan jadikan bisnes sebagai ladang pahala.

Banyak lagi sebabnya..

Sebab tu jangan pandang hina orang makan gaji tapi buat bisnes dan fokus pada bisnes utamanya.

Mereka cuma nak keluar dari zon selesa. ❤️

Malah mereka ni lebih perform di tempat kerja biasanya.

Ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap team saya sendiri.


Mencari penawar asma, batuk, semput atau stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Pilihan di tangan kita Pilihan di tangan kita Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Jun 18, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.