Resepi Kek Marjerin Nestum Coklat POTONGULER

Assalamualaikum

Selagi tak abis PKPB ni nampaknya asyik masak je cikgu ni. Berat memang naikla. Sorok siap-siap penimbang. Haha.

Hari ni cikgu cuba satu resepi kek tapi cikgu ubahsuai bahan-bahan dia. Rasa memang boleh tahan sedap.

RESEPI KEK MARJERIN NESTUM COKLAT

4 biji telur
1 cawan majerin (cikgu guna marjerin Pelangi)
1 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum (cikgu guna cap bunga rose)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis POTONGULER
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu serbuk coklat
4 sudu nestum

Cara-cara:

1. Mix telur, marjerin, gula, susu pekat dan esen vanila sehingga kembang (cikgu guna blender je)

Letak semua dalam blender je senang. Hehe.

Susu pekat manis Potong Guler ni memang tiada kandungan gula. Hanya guna stevia. Rasanya sedap macam susu pekat biasa tapi lebih sihat.


2. Pindahkan bahan tadi ke satu bekas. Campur tepung dan baking powder. Kaup balik sampai sebati guna senduk kayu je.

3. Asingkan kepada 2 adunan. 1 adunan letak 1 sudu serbuk koko. 1 adunan lagi letak 4 sudu nestum. Kacau sebati.

4. Masukkan ke dalam bekas untuk dibakar secara berselang seli.

5. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga masak.

Sedap, lembut dan gebu. Kejap je abis sebekas.

Tips!

Kek yang dah nak masak biasanya akan mengeluarkan bau yang wangi. Bila dah ada bau tu, cepat ambil lidi dan cucuk. Kalau takde tepung melekat di lidi, maksudnya kek dah masak.

Selamat mencuba!


Mencari penawar asma, batuk, semput atau STEVIA pengganti gula? Hubungi👇🏾
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Kek Marjerin Nestum Coklat POTONGULER Resepi Kek Marjerin Nestum Coklat POTONGULER Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 03, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.