Seo Services

Cuti-Cuti Malaysia 2020-2021 - Perlis

Assalamualaikum

Rasa dah lebih setahun cikgu tak sampai ke negeri indera kayangan ini. Alhamdulillah direzekikan Allah jejak kaki ke negeri ni baru-baru ini.

Sebenarnya tak rancang betul pon. Abang cikgu ajak jalan-jalan ke Perlis. Nak bawak anak-anak ke Taman Ular katanya.

Maka, bertolaklah kami seawal jam 10.30 pagi (awallah sangat 🤪) mengikut jalan bawah iaitu melalui Kuala Sanglang 

Kami konvoi 3 biji kereta. Cikgu sekeluarga, abang kedua cikgu dan abang ketiga cikgu bersama keluarga masing-masing.

Destinasi pertama kami ke Taman Ular dan Reptilia.









Dah banyak perubahan Taman Ular ni. Makin banyak ular dan ada tarikan haiwan lain juga. Paling menarik ada rumah khas untuk pencinta kucing datang dan ambil kucing sebagai kucing angkat.

Seterusnya kami ke Gua Kelam. Kali terakhir cikgu datang dengan arwah mak. Mak kuat lagi masa tu.









Mengah jugak oi jalan melintasi gua ni. Kagum semakan mak kakak ipar, kuat dapat berjalan kalah kami yang muda ni. (Muda ke? 🤔)

Seterusnya, ke Padang Besar. Jauh kami parking atas bukit. Silap tak cari dekat arked  ada je parking ingatkan ramai orang. Rupanya orang tak ramai pon. Penangan Covid, peniaga pon kurang.



Tak lama selepas gambar di atas ni diambil, kaki cikgu terpeleot masuk lubang masa turun tangga. Huhu. Sampai sekarang dok sakit lagi kaki. Mujur ada Minyak Herba Asmak dan Fresh n Cool sebagai first aid kit.

Sebelum gerak balik, singgah isi perut dlu kat Dataran Ikan Bakar Kuala Perlis. Pergh sedap masakan kat sini cuma harga tu biasalah mahal sket sebab seafood segar kan. Hehe. Sediakan ongkos secukupnya ya.









Gambar bawah ni plak kat Timah Tasoh. Cikgu tak singgah sebab abang kedua cikgu kata panas. Al maklum lagi dua keta bawak kanak-kanak dan baby. Tapi jeles plak tengok gambar cantik kat sana. Takpe, masuk wish list nest time kami mai. Hihi.



Ok, sekian laporan penceritaan ringkas kembara seharu ke Perlis. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dan ada banyak aktiviti boleh dibuat. Macam kat Gua Kelam tu boleh bawak anak mandi manda tapi kami tak ready plak so amik udara segar je la kat situ. Hihi.

Mujur ada dua penyelamat ni, dapat jugak berjalan walau capik capik. Pastikan hangpa standby minyak asmak dan fresh n cool ni selalu dalam keta. Malang kan tak berbau 😁


0135819100 Cikgu Basariah
Cuti-Cuti Malaysia 2020-2021 - Perlis Cuti-Cuti Malaysia 2020-2021 - Perlis Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 22, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.