Seo Services

Pokok Tasbih

Assalamualaikum

Hai semua!

Siapa kenai pokok ni?


Ha, ni lah dia pokok tasbih.

Al kisahnya, tadi cikgu p rumah pak menakan suami. Nampak anak dia pakai rantai. Cikgu dok perati je rantai tu. Mula ingat manik. Sekali pandang macam siput. Pastu sembang-sembang dia bagitau tu dari pokok bunga tasbih. Kagum betoi cikgu. Tak pernah sekali dalam 37 tahun hidup ni tengok pokok tasbih ni. Rasa ohsem sangat. Eksaited, cikgu ajak dia tunjuk pokok tu kat cikgu.

Sekali pandang, daun dia macam pokok lengkuas. Kat hujung dia ada buah. Yang muda berwarna hijau, yang dah tua berwarna putih dan ada yang kemerah-merahan. Uniknya, dia dah siap ada lubang di tengah. Teksturnya licin umpama manik.







Seronok bersantai kat luar rumah pak menakan suami ni. Tepi bendang. Sebelah lagi sungai. Angin datang memang sepoi-sepoi ja. Hihi.

Ok, akibat dari kekaguman dengan pokok tasbih ni, cikgu sempat gugel jap info pasal pokok ni. Ada jumpa satu post kat fb ni. Cikgu tepek sini ye.

Silakan baca. Hehe

MANFAAT POKOK TASBIH (Pokok Jelai) 

1. Sakit kepala dan migrain

Caranya : 
Bersih pokok dan cincang hancur. 
Rendam dalam air panas.

Bila air rendaman ni dah suam, pastu jadikan air mandian.

2. Demam kuning 

Caranya :
Rebus 15 gram akarnya dengan 2 cawan air. 
Rebus hingga air rebusan tinggal setengah. 
Kemudian tapis air rebusan ni dan minum 2 kali sehari. 

* Masa amalkan air rebusan ini, kenalah minum banyak air masak. 

3. Rawat batu karang

Caranya:
5gm daunnya direbus dan diminum (buat mcm teh) 
 Amalkan sampai masalah batu karang hilang.

4. Kalau untuk masalah jangkitan pundi kencing dan kencing kotor pulak. 

Cuma perlu rebus 10gm daun dan minum airnya. 

5. Rawat Reumatoid

Caranya:
Rebus 30 gram buah yang tua dalam 2 cawan air.
Rebus hingga airnya tinggal suku.
Tapis dan minum airnya masa sakit. 

*Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. 

** Selain dari itu minum air rebusan buahnya jugak dapat haluskan kulit dan boleh jadi penawar appendiks dan cirit-birit.

6. Dalam perubatan tradisional Cina, pokok jelai ni tumbuhan yang bersifat sejuk. Fungsinya untuk rehatkan otot, antitumor, tahan sakit, turunkan gula dalam darah dan jugak untuk rawat demam.

7. Bagi merawat masalah cacing pulak, masyarakat Cina  gunakan isi bijinya untuk di buat sup dan bubur.

*🅿⛔ Sebagai peringatan semua petua diatas tidak sesuai bagi orang hamil ye! 

Memang banyak khasiatnya, selain boleh jadikan ubat buah pokok ni juga boleh dijadikan tasbih. Sesuai lah dengan nama gelarannya 'pokok tasbih'. 

Sumber: Petuaibu.com

Menarik kan? Tak sangka banyak khasiat pokok ni. Tadi sempatla anak-anak kutip buah dia. Nanti kita try semai masa kat Teluk Intan. Mana tau dia tumbuh kat sana 😃

Ha, sebelum cikgu terlupa, promo disember ada ni untuk produk Asmak. Hangpa nak cari produk untuk batuk, kahak, selesema, resdung, dan produk baby mai roger cikgu ye.

Ni poster promo istimewa bulan ni 👇




0135819100 Cikgu Basariah
Pokok Tasbih Pokok Tasbih Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 23, 2020 Rating: 5

11 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.