Assalamualaikum
Alhamdulillah cikgu sekeluarga diberi peluang bercuti di Pulau Pinang kali ni. Kebetulan cikgu ada meeting KG1 di Hotel Bayview Batu Feringgi. Jadi, cikgu memilih untuk tidur di hotel yang sama. Dapatla anak-anak dan suami cikgu bertenang masa cikgu hadiri mesyuarat kali ni. Hehe.
Cikgu booking secara online sahaja untuk hotel ni. Bila banding dengan rate dalam booking.com dan agoda nampak lebih murah direct sahaja ke web hotel. Alhamdulillah dipermudahkan urusan untuk booking. Harga bilik yang cikgu booking ni satu malam rm270. Ada 1 katil king dan 1 sofa bed. Cikgu bawak toto untuk keselesaan anak-anak juga.
Ni emel yang dihantar oleh hotel selepas kita buat booking dan bayaran terus ke hotel secara dalam talian
Kami dapat pemandangan bukit
Ni pulak video pemandangan dari lif
Belakang hotel ni ada kolam renang dan ada pulak pintu akses ke pantai. So bagila peluang anak-anak main air laut jap.
Ni pada hari sampai. Cikgu meeting pada keesokan harinya iaitu 9hb. Hari ni la kisahnya.
So, sepanjang cikgu meeting, suami cikgu layan anak-anak main kolam dan bawak depa sekali lagi ke pantai. Siap bagi Rafif naik kuda lagi. Sekali naik rm40. Suami cikgu kata dalam 10-15 minit camtula.
Ni pon belakang hotel Bayview. Sini siap ada tempat nak tempah makanan dan minuman.
Nampak dak pintu tu? Tulah pintu akses dr hotel ke pantai. Dia macam kawasan private untuk pengunjung hotel la jugak situ.
Ni kat lobi hotel
Mural kat luar bilik
Pemandangan dari tengah. Seriau dan gayat sekali tengok. Kami dapat bilik di tingkat 7.
Inilah antara sebab kenapa cikgu ke Pulau Pinang. Dua dalam satu. Sambil mesyuarat sambil bawak keluarga makan angin. Hehe
Terima sijil tamat kursus khas KG1
Bersama founder Asmak yang sangat 'humble' orangnya.
Inilah kami KG1 Utara - Kedah, Perak, Pulau Pinang
Bersama staf HQ yang membantu menguruskan order
Alhamdulillah boleh tahan sedap jugakla makanan kat hotel ni
Review Hotel Bayview Batu Feringgi
Reviewed by Teacher Basariah
on
Sabtu, Januari 09, 2021
Rating:
Tiada ulasan: