Assalamualaikum
Siapa kat sini suka makan makanan laut?
Ha, ni cikgu nak cerita sebuah restoren feberet cikgu dari zaman muda remaja. Ecewah.
Mai Penang memang wajibla singgah makan seafood kat Teluk Tempoyak ni.
Sebenaqnya tak ingat nama kedai makan ni. Dlu zaman belajaq pon pernah mai makan sini. Tadi tanya pendapat kak long kawasan Zy Omar dia 'suggest' sini. Kita pon 'waze' la. Sekali rupanya memang kedai feberet dulu-dlu. Masih sedap macam dulu jugak.
Tengok gambar bawah tu, big bos siap tunjuk ibu jari dia nak habaq dia 'approve' masakan ni. Kahkah!
Paling tak sangka terjejak kasih plak dengan member maktab Siti Azura Ayob . Mau rasa lebih 10 tahun tak jumpa. Nampak sangat ni memang tempat feberet kami 😂
Berubah sungguh landskap Penang ni. Pintu masuk maktab I4P pon dah tak berapa nak perasan tadi. Kalau tak guna 'waze' nak p mana-mana mau sesat manjang. Pintu masuk USM pon tak jumpa lagi hari ni. Maju sungguh! 😁
Big boss approved!
Memang tak boleh tinggai la Asmak Herbs ni bila nak makan seafood ni. Hehe
Inilah geng satu maktab dengan cikgu masa kami KPLI dlu. Cikgu Azura lama sungguh tak jumpa.
Punya sedap sampai licin! Tengok tu tangan Nurin dok kutip lagi keropok-keropok tepung sotong tu. Hihi
Demikianlah harganya. Not bad sesuai dengan kualiti makanan dan saiz dia. Puas makan.
Review Restoren D' Seafood Paradise Teluk Tempoyak
Reviewed by Teacher Basariah
on
Jumaat, Januari 08, 2021
Rating:
Tiada ulasan: