Seo Services

Doa satu senjata yang disembunyikan


Imam Thawus bin Kaisan, apabila anaknya selesai solat akan bertanya: Adakah beliau sudah membaca doa ini. Jika dijawabnya tidak, nescaya diminta mengulangi solat dan membaca doa ini. Perkara ini menunjukkan betapa besarnya perhatian kaum salaf untuk mengajar putera mereka dengan doa yang agung ini.

Imam As-Safarini pula berkata, "Sepatutnya setiap orang alim menyampaikan hadis dajal kepada anak perempuan dan lelaki. Dan disebutkan dalam riwayat bahawa di antara tanda kemunculan dajal ialah telah lupanya orang menyebut di mimbar-mimbar"

Selanjutnya beliau mengatakan, "Apatah lagi pada zaman kita ini yang banyak fitnah dan ujian, sunah dianggap bidaah dan bidaah dianggap sebagai syariat yang harus diikuti." Lawami'ul-Anwaril Bahiyyah

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa mendengar ada dajal maka hendaklah dia bersembunyi daripadanya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman kemudian dia mengikutinya kerana banyak subahat serta kesamaran yang menyertainya." Hadis Riwayat Ahmad

Oleh itu, berlari dan menjauhi dajal adalah perkara yang perlu dimulakan dari sekarang dan bukan menunggu dajal keluar terlebih dahulu. Apabila dajal muncul, setiap Muslim mesti menjauhinya kerana pelbagai kesamaran dan kejadian luar biasa yang dikurniakan kepadanya menyebabkan ramai manusia akan mengikutinya. Maka kita perlu sentiasa memohon perlindungan Allah semoga dilindungi daripada fitnah dajal.

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir 
Penulis Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

*************************

Allah swt baru uji sikit je, ramai dah yang tertewas. Fitnah dunia akhir zaman itu sedang kita lalui dan dajjal ni bukan yang dalam bentuk fizikal yang kita nampak, tapi benda yang didatangkan secara halus untuk merosakkan manusia, yang dibuat secara halus sampai ramai jadi buta hati, tak nampak atau buat-buat tak nampak (in denial).

Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk berhadapan dengan dajjal yang lebih besar.  Amin



0135819100 Cikgu Basariah
Doa satu senjata yang disembunyikan Doa satu senjata yang disembunyikan Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 01, 2021 Rating: 5

1 ulasan:

  1. takutnya. kadang-kadang rasa Covid ni macam ujian melihat sejauh mana iman kita masih teguh walau diuji. semoga Allah lindungi

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.