Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog cikgu. Diharapkan semua keadaan sihat sahaja ya. Hari ini, cikgu terasa nak kongsikan resepi nasi arab yang cikgu masak minggu lepas, masih tergiang-giang kesedapan nasi arab itu. Jom cikgu kongsikan resepi nasi arab dibawah. Sebelum cikgu kongsi, cikgu nak beritahu, resepi ini adalah resepi daripada pn Mathila Mansor.
Sumber : Google
RESEPI NASI ARAB
Bahan-bahan Nasi Arab
- 3 pot beras
- 1/2 ekor ayam
- Kiub pati ayam
- 5 batang cili merah
- 3 biji cili padi
- 2 ulas bawang besar
- 1 batang timun
- 4 biji tomato
- 1-2 sudu serbuk kunyit
- 4 sudu madu asli asmak
- Lemon/cuka
- Ketumbar
- Jintan manis
- Lada hitam/serbuk lada hitam
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Kulit kayu manis
- Minyak masak/mentega
CARA-CARA MASAK AYAM
- Masukkan ayam ke dalam periuk bersama kiub pati ayam,jintan manis,ketumbar,lada hitam, kult kayu mnais, 1 biji bawang besar, 1 biji tomato, dan 1 batang cili. ( 3 bahan terakhir dipotong empat)
- Letakkan air sehingga ayam tenggelam
- Tambahkan garam secukup rasa
- Rebus ayam selama 25-30 minit
- Kemudian keluarkan ayam dari air rebusan
- Perapkan ayam dengan kunyit dan madu asli asmak selama 5 minit sehingga 10 minit
CARA-CARA MASAK NASI DAN AYAM
- Rendamkan beras selama 5 minit dan toskan
- Panaskan minyak/mentega dan tumis ketumbar,jintan manis dan lada hitam sehingga naik bau
- Masukkan beras dan gaul bersama bahan tumis
- Pindahkan ke periuk nasi dan masukkan mayam yang sudah diperap ke atas beras.
- Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi
* Air tidak perlu banyak,kerana beras sudah direndam tadi.
CARA-CARA BUAT SAMBAL
- Kisarkan 2 batang cili merah, 4 biji cili padi dan 2 biji tomato
- Perasakan dengan garam bukit asmak ,madu asli asmak dan lemon
CARA-CARA MASAK NASI DAN AYAM
- Potong dadu 2 biji tomato dan 2 batang cili
- Mayamkan 1 biji bawang besar
- Masukkan ke dalam mangkuk/bekas
- Gaul dan perasakan dengan garam bukit asmak atau lemon
Madu Asli Asmak.
Jadi, diatas adalah resepi nasi arab. Rasa dia mashaallah, sedap sangat 😋 korang patut cuba tau.
boleh tekan link di bawah ya
RESEPI NASI ARAB
Reviewed by Teacher Basariah
on
Khamis, Oktober 13, 2022
Rating:
Tiada ulasan: