Seo Services

TIPS DIMURAHKAN REZEKI DENGAN MENDOAKAN ORANG LAIN

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Cikgu doakan kepada yang membaca blog cikgu ini dikurniakan kesihatan yang baik ya. Minum air kosong banyak ya. Hari ini cikgu nak kongsikan tentang satu tips untuk menjemput rezeki iaitu dengan mendoakan orang lain.

Daripada Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

" Bukanlah orang gagah itu,orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) "

Anda mungkin tertanya, eh, apa pula kaitan mendoakan orang lain dengan hadis di atas?

 Mendoakan orang lain memanglah mudah, apabila diri kita berada dalam keadaan aman tenteram. cuba kita doakan orang yang pernah membuat hati kita luka, bagaimana? Nah, di sinilah kuncinya. Kita memang tidak dapat lari daripada silap dan salah. Bagaimana pula jika orang yang membuat salah kepada kita itu adalah darah daging kita sendiri? kakak atau abang kita misalnya. Ataupun isteri atau suami kita, atau mungkin ibu atau bapa, yabng berbuat salah itu anak-anak kita. Hubungan kekeluargaan boleh sahaja putus pada bila-bila masa sahaja apabila kita adalah orang yang cepat marah.

 Masih mahu berdendam? Sila baca hadis di bawah:

 Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abdullah bin Amr bin al-'ash r.a berkata: 
" seorang datang kepada Baginda  S.A.W dan berkata: ' Ya Rasulullah,aku mempuyai keluarga yang aku hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan denganku. Aku baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan aku tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku,apakah boleh aku membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?' Jawab Baginda s.a.w : 'Tidak,sebab jika kmau membalas meeka, makan kamu sama dengan mereka, tetapi hendaknya kamu tetap mengambil cara lebih baik dan tetap menghungi mereka, maka selalu kamu akan mendapat bantuan dari Allah s.w.t selama engkau beruat demikian'. "

Inilah rahsia yang tertutup rapat dan hanya diketahui oleh orang-orang yang yakin dengan janji-janji Allah. Orang yang boleh mengawal marahnya, itulah sebenarnya orang yang kuat. Apabila dapat pula memaafkan kesalahan orang lain, lebih hebat lagi

Justeru, masih mau marah-marah dan berdendam? saran saya, baik kita lupakan sahaja,malah kita doakan sejahteraan dia. Pejam mata dan doakan setiap orang yang terlintas di fikiran anda sesaat. Sesungguhnya mendoakan kebaikan untuk orang juga merupakan sedekah. Malah keajaibannya juga sudah terbukti.


TIPS DIMURAHKAN REZEKI DENGAN MENDOAKAN ORANG LAIN TIPS DIMURAHKAN REZEKI DENGAN MENDOAKAN ORANG LAIN Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 12, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.