Seo Services

Amanah itu Berat tetapi Pahalanya Amatlah Besar (III)

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis!

Baiklah tanpa melengahkan masa lagi, saya akan sambung bahagian terakhir topik amanah ini.

5. Amanah dalam perniagaan.

Firman Allah SWT:
"...maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah, Tuhannya..." (Surah Al-Baqarah, ayat 283)

Termasuklah para peniaga sama ada perniagaan besar, kecil atau sebagai penjaja dan sebagainya, jika mereka menjaga dan melaksanakan amanah sebaik-baiknya dalam urusan perniagaan, jujur, tidak menipu dalam timbangan dan seumpamanya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Pedagang yang jujur amanah bersama-sama para Nabi, siddiqin dan para syuhada kelak di hari kiamat". (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Juga kepada peniaga yang sentiasa menjaga amanah dalam memastikan makan, minum dan barang/bahan gunaan yang benar-benar halal, bersih dan berkhasiat. Beruntunglah mereka, selain memperolehi keberkatan dalam perniagaan, mendapat pula redha di sisi Allah SWT serta keuntungan berupa wang ringgit dan sebagainya.

6. Amanah dalam kemasyarakatan.


Firman Allah SWT:
"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya." (Surah Al-Mu'minun, ayat 8)

Yakni orang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan amanah, mereka tidak menngkhianatinya, bahkan mereka akan menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya dan apabila mereka berjanji, mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya, kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang munafik, sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Baginda Rasulullah pernah bersabda: "Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji." (HR Imam Ahmad daripada Anas bin Malik RA) Maka, hendaklah kita melaksanakan apa jua amanah dengan baik sekali, mudah-mudahan dengan sebab sifat amanah kita itu, kita akan menjadi hamba Allah yang memiliki kesempurnaan iman.

Sekian, terima kasih.



Amanah itu Berat tetapi Pahalanya Amatlah Besar (III) Amanah itu Berat tetapi Pahalanya Amatlah Besar (III) Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 23, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.