Assalamualaikum & salam Sabtu buat semua pembaca blog cikgu Ayu. Pada hari ini, saya akan kongsikan beberapa tips penjagaan kesihatan yang penting untuk kita ikuti. Marilah kita lihat tips-tips yang dapat membantu kita untuk mengekalkan kesihatan kita dengan baik.
1. Tukar makanan ringan kepada snek kesihatan.
Tukar sahaja makanan tinggi kandungan garam kepada snek makanan kesihatan. Jangan risau kerana memakan snek disyorkan bagi mengelakkan berasa sangat lapar sebelum waktu makan. Cara ini untuk mencegah kita makan terlalu banyak pada waktu makan kita.
2. Ganti air manis kepada air putih.
Kelebihan minum air putih tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia sangat baik melancarkan sistem penghadaman, mencegah kencing kotor, meningkatkan ketahanan badan dan sebagainya. Namun, kita perlu hati-hati dengan jumlah isipadu air yang diambil setiap hari. Tetapi jika kita teringin sangat mahukan rasa manis juga walau dalam masa yang sama tengah mengawasi kadar pengambilan gula, jangan risau. Kita boleh gantikan gula yang biasa kita gunanitu dengan stevia keluaran Asmak.
3. Sentiasa pantau berat badan.
Dalam setiap rumah perlu diletakkan penimbang berat badan untuk kita boleh memantau dan tidak lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan. Berat badan boleh dikaitkan dengan pelbagai isu kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan juga penyakit jantung. Kajian juga mendapati bahawa cara ini mampu membantu kita untuk kekal fit kerana ia boleh menjadi panduan untuk rutin harian kita seterusnya.
4. Guna bantuan haruman aromaterapi untuk tidur nyenyak.
Tidur yang tidak nyenyak antara faktor utama kualiti kesihatan menurun. Waktu tidur sangat penting dalam menyembuh serta memperbaiki pelancaran darah, degupan jantung dan pertumbuhan sel tisu yang baharu. Kini, ramai yang mendekati kaedah haruman aromaterapi yang menenangkan bagi membantu tidur yang nyenyak.
Untuk pengetahuan para pembaca, Asmak ada keluarkan diffuser dan 12 jenis essential oils.
5. Amalkan supplement tambahan.
Kini, vitamin dijual secara terbuka di farmasi atau atas talian. Namun, kita juga hendaklah berhati-hati bukan sebarang vitamin sahaja yang kita boleh ambil. Amatlah penting untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.
Asmak juga ada keluarkan vitamin C.
Cikgu Ayu akan sambung lagi beberapa tips pada entri akan datang. Boleh tekan link di bawah ya 😁 untuk apa-apa penjelasan produk Asmak. Kami sedia membantu anda.
Ada yang berminat nak mencuba-cuba tapi tidak mahu membeli lagi? Jangan risau, boleh terus datang ke Pusat Edaran Asmak kami di Teluk Intan ya 😁 untuk mencuba sampel secara percuma.
Asmak Distribution Centre Teluk Intan
Anda ada akaun Tik Tok? Jemput follow kami di sini, boleh juga jika anda ingin membeli dari Tik Tok!
Rutin Lengkap Penjagaan Kesihatan (I)
Reviewed by Teacher Basariah
on
Sabtu, Disember 24, 2022
Rating:
Tiada ulasan: