Seo Services

Rutin Lengkap Penjagaan Kesihatan (II)

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua! Hari ini, saya akan sambung lagi 5 tips penjagaan kesihatan yang dibincangkan semalam.

6. Buat jadual harian supaya lebih teratur

Penjagaan kesihatan bukan sahaja melibatkan fizikal malah mental juga penting. Oleh itu, jika boleh, sediakannlah sebuah buku untuk kita catatkan aktiviti harian kita. Catatan diari dikatakan boleh merangsang kekuatan memori sekaligus membantu and menyiapkan segala tugasan dengan teratur. Apabila anda mempunyai aturan kerja atau aktivti, fizikal dan mental sudah bersedia untuk menghadapi hari tersebut. 

7. Pakai krim pelindung matahari

Kulit yang merupakan lapisan luar tubuh badan kita, tanpa kita sedar boleh terjejas akibat kurang penjagaan. Antara tips yang mudah untuk menyelamatkan kulit kita ialah dengan pemakaian krim pelindung matahari. Kena beringat juga bukan wajah sahaja yang perlu pakai krim ini, kulit lengan, leher dan kaki juga mestilah dipakaikan. Selain itu, hadkan aktiviti di bawah cahaya matahari namun jika perlu pakailah topi atau berbaju lengan panjang.

Untuk pengetahuan semua, Asmak ada keluarkan CC Cream 3 in 1 (SPF 30, Oil Control, Glowing).



8. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng atau berminyak.

Pengambilan makanan bergoreng boleh menganggu mengganggu kestabilan kesihatan. Makanan berminyak turut memperlahankan sistem penghadaman, menyebabkan pertumbuhan jerawat dan paling menakutkan boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan diabetes. Oleh itu, kita bolehlah menggantikan teknik masakan kita dengan teknik membakar atau mengukus.

9. Sentiasa kekal bersenam setiap hari

Kiraan tepat untuk mendapatkan kesihatan yang ideal ialah 80% dari pemakanan dan 20% pula senaman. Tidak perlu secara drastik, mulai senaman ringan dan terus konsisten lakukannya. Tambahan lagi, senaman yang konsisten dan betul mampu membantu melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan dan mengawal kadar gula dalam darah serta memperbaiki keseimbangan badan, kesan awet muda dan ketumpatan tulang lebih padu.

10. Sentiasa periksa keadaan tekanan darah

Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengesan serangan sembunyi penyakit darah tinggi. Serangan darah tinggi atau hypertension ini boleh dihidapi tidak kira tua atau muda usianya kerana ia tiada simptom. Oleh sebab itu, wajarlah kita untuk memeriksa tekanan darah secara berkala supaya kita dapat rujukan kesihatan kita untuk akan datang.

Sekian sahaja dari saya, bertemu lagi kita pada esok hari. Boleh tekan link di bawah ya 😁 untuk apa-apa penjelasan produk Asmak. Kami sedia membantu anda.    
  

Ada yang berminat nak mencuba-cuba tapi tidak mahu membeli lagi? Jangan risau, boleh terus datang ke Pusat Edaran Asmak kami di Teluk Intan ya 😁 untuk mencuba sampel secara percuma.   
  
Asmak Distribution Centre Teluk Intan  
  
Anda ada  akaun Tik Tok? Jemput follow kami di sini, boleh juga jika anda ingin membeli dari Tik Tok!  




Rutin Lengkap Penjagaan Kesihatan (II) Rutin Lengkap Penjagaan Kesihatan (II) Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 25, 2022 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.