Seo Services

Bayi Bawah 1 Tahun Berisiko Alami Batuk Kokol, Elak Dengan Vaksin 6 Serangkai Ini

Bayi Bawah 1 Tahun Berisiko Alami Batuk Kokol, Elak Dengan Vaksin 6 Serangkai Ini

Batuk kokol atau pertussis merupakan sejenis jangkitan pada sistem pernafasan. Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja namun lebih serius dalam kalangan kanak-kanak yang berusia kurang daripada 6 bulan. Punca batuk kokol ialah bakteria yang dikenali sebagai Bordetella pertussis.

Cara yang terbaik untuk menghalang jangkitan batuk kokol adalah dengan mengambil vaksin. Disebabkan penyakit ini boleh membawa maut jika menjangkiti bayi, wanita mengandung juga perlu mendapatkan vaksinasi terhadap batuk kokol.

Punca batuk kokol

punca batuk kokol

Punca batuk kokol ialah jangkitan bakteria Bordetella pertussis. Bakteria ini berupaya untuk melekat pada silia (bulu-bulu kecil) yang melapisi bahagian atas sistem pernafasan.

Kemudian, bakteria ini akan melepaskan toksin yang boleh merosakkan silia tersebut dan menyebabkan saluran pernafasan membengkak.

Punca batuk kokol bukan seperti batuk biasa. Pesakit akan batuk secara berpanjangan dan jangkitan tidak akan sembuh dalam masa seminggu dua.

Batuk yang dialami bayi juga boleh menjadi sangat teruk sehingga menyebabkan bayi pengsan atau termuntah.

Selepas 1 atau 2 minggu mengalami batuk kokol, bayi atau kanak-kanak tersebut akan mengalami batuk teruk yang berterusan hingga 1 minit.

Kondisi ini turut dikenali sebagai ‘coughing spell’. Bayi boleh bertukar merah atau biru selepas batuk.

Selain itu, batuk kokol juga kadangkala akan menghasilkan bunyi ‘whoop’. Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah selalunya tidak akan menghasilkan bunyi ini, tapi mereka akan kerap tercekik atau alami sesak nafas.

Batuk kokol amat mudah berjangkit. Bakteria yang menjadi punca batuk kokol berupaya untuk merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui titisan cecair daripada mulut atau hidung pesakit.

Simptom batuk kokol atau pertussis  Jika anda atau anak anda menghidap batuk kokol, simptom akan muncul selepas 7 hingga 10 hari. Selalunya, pesakit akan rasa seperti sedang mengalami demam biasa. Antara simptomnya ialah  
  1. Hidung berair.
  2. Hidung tersumbat.
  3. Mata merah.
  4. Demam.
  5. Batuk.

Namun, selepas 2 minggu, simptom akan menjadi semakin teruk. Pesakit akan mula mengalami batuk yang lebih teruk dan berpanjangan. Malah, batuk ini juga akan menyebabkan pesakit:

  1. Muntah.
  2. Muka menjadi merah atau biru.
  3. Letih yang amat sangat.
  4. Batuk dengan bunyi ‘whoop’.

Namun, bukan semua pesakit batuk kokol akan mempunyai batuk yang berbunyi ‘whoop’.

Kanak-kanak paling berisiko

Kadangkala, batuk yang teruk dan berpanjangan merupakan satu-satunya tanda yang ada pada remaja atau orang dewasa yang mengalami batuk kokol.

Perkataan batuk kokol dalam Bahasa Inggeris iaitu whooping cough mendapat nama daripada bunyi ‘whoop’ yang pesakit hasilkan ketika batuk.

punca batuk kokol

Sebelum vaksin pertussis dihasilkan pada tahun 1950, batuk kokol merupakan salah satu punca kematian yang lazim dalam kalangan kanak-kanak.

Namun, sejak vaksin diperkenalkan, kes batuk kokol menjadi semakin rendah, namun tidak hilang sepenuhnya.

Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti batuk kokol akan selamat walaupun mereka tidak mengambil vaksinasi.

Walau bagaimanapun, untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke bawah, batuk kokol boleh menjadi sesuatu yang amat serius:

  1. Hampir separuh akan dihospitalkan.
  2. Separuh daripada bayi yang mengalami batuk kokol akan berhenti bernafas.
  3. 1 daripada 8 akan mengalami pneumonia.
  4. 1% akan diserang sawan.

Oleh sebab itu, bayi perlu mendapatkan vaksin untuk melindungi diri mereka daripada batuk kokol. Di Malaysia, vaksin batuk kokol disertakan di dalam vaksin kombinasi 6 serangkai.

Pada tahun 2020, vaksin kombinasi 5 serangkai telah ditukar kepada 6 serangkai untuk mencegah difteria, tetanus, batuk kokol, polio, Hepatitis B dan jangkitan Haemophilus influenzae type b.

4 dos vaksin 6 serangkai akan diberikan kepada kanak-kanak pada usia dua bulan, tiga bulan, lima bulan dan 18 bulan.

Pemberian antibiotik untuk mencegah batuk kokol

Kesimpulan

punca batuk kokol

Disebabkan punca batuk kokol ialah bakteria, doktor mungkin akan memberikan antibiotik untuk mengelakkan penyebaran penyakit tersebut jika ada di antara ahli keluarga anda yang didiagnosis dengan penyakit ini.

Contohnya, bayi yang berusia 1 tahun ke bawah atau wanita yang sedang hamil dan berada di dalam trimester ketiga akan dibekalkan dengan antibiotik untuk mencegah batuk kokol.

Bayi amat berisiko untuk mengalami komplikasi yang serius disebabkan batuk kokol. Namun, wanita mengandung tidak mengalami peningkatan risiko.

Walau bagaimanapun, mereka boleh mendedahkan bayi mereka kepada batuk kokol secara tidak sengaja.

Oleh sebab itu, wanita yang mengandung perlu berbincang dengan doktor jika ingin mendapatkan antibiotik untuk mencegah batuk kokol.

Pengambilan antibiotik ini amat penting jika ibu atau bayi pernah menjadi kontak rapat kepada seseorang yang sedang mengalami batuk kokol.

Batuk kokol atau pertussis merupakan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut kepada bayi. Punca batuk kokol ialah bakteria yang boleh memasuki saluran pernafasan. Bakteria ini boleh menyebabkan pesakit batuk dengan teruk.

Jika anda ataupun ahli keluarga anda mengalami batuk yang berpanjangan,

  

http://www.wasap.my/60105369100/blog
0135819100 Cikgu Basariah
Sumber :HelloDoktor

Bayi Bawah 1 Tahun Berisiko Alami Batuk Kokol, Elak Dengan Vaksin 6 Serangkai Ini Bayi Bawah 1 Tahun Berisiko Alami Batuk Kokol, Elak Dengan Vaksin 6 Serangkai Ini Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 12, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.