Seo Services

Normalkah Bunyi Kahak Semasa Bayi Bernafas? Apa Cara Atasi Bunyi Kahak Ini?

Nafas bayi berbunyi biasanya tidak perlu dirisaukan, tapi ada kalanya memang harus dikhawatirkan. Ketahui penyebab nafas bayi berbunyi dan tindakan yang perlu dilakukan jika ibu memahami gejalanya.

Pada bayi yang baru lahir, nafas bayi berbunyi itu normal. Hal ini kerana, hidung dan paru-paru bayi baru sahaja diperkenalkan dengan konsep menghidup udara. Nafas bayi berbunyi ini kemungkinan akan berlaku selama beberapa minggu dan tidak perlu dirisaukan.

Tetapi jika ia masih membimbangkan ibu juga, perlu minta doktor untuk memeriksa pernafasan si kecil anda ketika membawanya pergi checkup.

Corak Pernafasan Bayi Yang Berbahaya

1. Bunyi berdehit

Masalah ini disebabkan oleh saluran bronkus tersumbat. Jika keadaan ini tidak diubati, bayi ibu mungkin akan membesar dengan penyakit asma.

2. Batuk yang serak

Masalah ini berlaku kerana kotak suara atau larinks bayi tersumbat. Mungkin kerana hingus yang berlebihan dalam salur udara. Corak pernafasan ini berbahaya, kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi lain.

3. Batuk yang dalam

Apabila sebahagian besar bronkus (cabang trakea ke paru-paru) tersumbat, bayi boleh mengalami gelaja batuk yang dalam ketika mereka tidur.

4. Bunyi berdesing/bersiul

Jika pernafasan bayi kedengaran seperti berdesing atau bersiul, ia kerana hidungnya telah tersumbat, sama ada kerana hingus atau susu. Biasanya, doktor akan melakukan proses penyedutan untuk masalah ini.

5. Pernafasan yang sukar dan kelihatan tercungap-cungap

Keadaan ini berlaku kerana kehadiran hingus atau mukus dalam paru-paru. Ia mengakibatkan bayi anda sukar untuk bernafas. Akan tetapi, radang paru-paru (pneumonia) dan jangkitan paru-paru juga boleh mengakibatkan masalah ini.

6. Bunyi “high-pitched” dan nyaring

Corak pernafasan ini juga dikenali sebagai stridor atau laryngomalacia. Bunyi ini sering berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Ia berpunca daripada pengumpulan tisu berlebihan di larinks bayi, lalu mengakibatkan bunyi nyaring yang berbahaya.

Cara atasi kahak bayi dengan Minyak Herba Asmak

Jika pemeriksaan doktor telah dibuat dan tiada perkara serius berlaku pada bayi, tetapi ibu masih susah hati dengar bunyi kahak semasa bayi bernafas, ibu bolehikhtihar dengan sapukan minyak herba asmak pada bayi

Minyak herba asmak amat bagus mengurangkan keradangan dan melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan selsema.





Kesimpulan

Moga perkongsian ini membantu ibu-ibu yang risau akan kesihatan bayi. Cuma diingatkan pantau keadaan bayi dari semasa ke semasa. Jangan lupa bawa bayi berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum iktihar cara diatas.

Ibu perlu tahu dahulu keadaan sebenar anak. Jika tidak serius, bolehlah buat pantauan di rumah sambil iktihar dengan cara lain.

Di doakan anak-anak ibu diberi kesihatan yang baik inshaAllah


http://www.wasap.my/60105369100/blog
0135819100 Cikgu Basariah
Sumber :MomQhaliff

Normalkah Bunyi Kahak Semasa Bayi Bernafas? Apa Cara Atasi Bunyi Kahak Ini? Normalkah Bunyi Kahak Semasa Bayi Bernafas? Apa Cara Atasi Bunyi Kahak Ini? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Jun 13, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.