Apakah Punca Pitam
Penyebab pitam adalah seperti berikut:
- Labyrinthitis - Jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan badan, dan boleh menyebabkan pitam dan pening kepala yang teruk yang dipanggil vertigo.
- Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala mahupun tanpa kesakitan kepala.
- Tekanan perasaan atau kerisauan - terutamanya jika anda cenderung untuk ‘hyperventilate’ (bernafas dengan cepat dan pendek).
- Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada pesakit kencing manis yang mengambil ubat insulin.
- Hipotensi postural - Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba apabila anda menukar posisi duduk atau berdiri tetapi akan kembali seperti biasa selepas berbaring. Keadaan ini lebih biasa berlaku kepada golongan orang tua atau kesan sampingan ubat-ubatan.
- Dehidrasi atau ‘heat exhaustion’- dehidrasi mungkin disebabkan kekurangan air semasa bersenam, atau penyakit yang menyebabkan muntah, cirit-birit atau demam.
- ‘Vertebrobasilar insufficiency’- Keadaan ini dikaitkan dengan aliran darah yang berkurangan di belakang otak, yang mungkin disebabkan oleh saluran darah yang menghala ke otak telah tersumbat (dikenali sebagai aterosklerosis).
Penyebab pitam yang jarang terjadi termasuklah:
- Penyakit atau patologi yang menjejaskan badan secara keseluruhan.
- Penyalahgunaan dadah atau alkohol yang berlebihan.
- Kesan sampingan ubat-ubatan yang tertentu misalnya ubat antidepresi atau ubat tekanan darah.
- Masalah degupan jantung - seperti fibrilasi atrium / ‘atrial fibillation’ (denyutan bahagian jantung yang laju dan tidak sekata).
- Keracunan karbon monoksida
- Penyakit Meniere - Gangguan progresif bahagian dalam telinga di mana puncanya tidak diketahui. Penyakit ini menyebabkan episod vertigo berulang, kehilangan pendengaran, bunyi berdengung, dan rasa tekanan dalam telinga (’aural fullness’).
- Serangan strok dan serangan iskemia sementara (‘temporary ischemic attack’).
- Tumor cerebellar
- Neuroma akustik
- ’Multiple sclerosis’
APAKAH GEJALA PITAM
Gejala yang dialami bergantung kepada penyebab pitam. Antara gejala tambahan ialah:
- Rasa mual dan pening : Ia sering disebabkan oleh masalah bahagian dalam telinga, otak, jantung, atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
- Vertigo atau persepsi keadaan sekeliling berpusing-pusing tapi hakikatnya ia tidak bergerak boleh menyebabkan perasaan seperti terapung, bergoyang, atau berpusing.
- Sakit kepala
- Bagi penghidap kencing manis, terdapat gejala yang lain apabila paras gula dalam darah berkurang seperti pening, kepenatan, penglihatan kabur dan kesukaran untuk bertutur.dalam darah seperti pening, kepenatan, penglihatan semakin kabur dan kesukaran untuk bertutur.
- Rasa kebas di anggota tangan atau kaki.
Apakah rawatan Pitam
Pitam yang tidak berpunca daripada kehilangan darah yang teruk, serangan jantung, atau strok kebiasaannya akan sembuh dengan beransur-ansur. Rawatan lain bergantung kepada penyebab pitam tersebut.Rawatan untuk punca pitam yang tidak serius termasuklah:
- Pengambilan air kosong yang banyak.
- Menerima cecair penghidratan intravena.
- Makan atau minum bahan yang bergula.
- Pengambilan cecair elektrolit.
- Berbaring atau duduk untuk berehat.
Untuk kes pitam yang lebih serius rawatan termasuklah:
- Diet yang mengandungi kandungan garam yang rendah.
- Ubat anti loya
- Ubat anti keresahan seperti Diazepam (Valium) atau Alprazolam (Xanax).
- Ubat migrain
- Terapi keseimbangan atau pemulihan vestibular (latihan untuk mengurangkan sistem keseimbangan agar kurang sensitif terhadap pergerakan.)
- Psikoterapi untuk mengurangkan kebimbangan.
- Suntikan antibiotik kepada bahagian dalam telinga
- Pembedahan untuk mengeluarkan organ deria dari bahagian dalam telinga yang dikenali sebagai ‘labyrinthectomy’.
Bilakah anda harus jumpa doktor
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda kehilangan banyak darah. Selain itu, pitam yang disertai dengan serangan jantung atau gejala strok. Gejala-gejala lain termasuklah:- Bibir atau mulut senget ketika senyum yang hanya melibatkan sebelah bahagian muka sahaja
- Loya
- Tekanan atau kesakitan di dada
- Sesak nafas
- Peluh yang berlebihan
- Muntah- muntah
Jangan cuba memandu sendiri ke hospital jika anda mengalami gejala-gejala di atasi. Sebaliknya, panggil ambulans sebagai pengangkutan ke hospital. Sekiranya episod pitam masih berulangan selepas seminggu atau lebih segera berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan perubatan. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital berdekatan. Jika tiada kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.
http://www.wasap.my/60105369100/blog
0135819100 Cikgu Basariah
Sumber :HelloDoktor
PITAM???
Reviewed by Teacher Basariah
on
Jumaat, Jun 14, 2024
Rating:
Tiada ulasan: