Seo Services

SAKIT PINGGANG DAN PUNGGUNG


Apa itu sakit pinggang belakang?

Semakin meningkat usia, sakit pinggang tiba-tiba bukan lagi satu simptom luar biasa. Tapi tahukah anda apakah punca sakit pinggang belakang ini terjadi dan bagaimana anda boleh merawatnya? 

Terdapat serangkai otot dan ligamen di bahagian belakang badan yang berfungsi untuk “memegang” tulang belakang supaya ia berada dalam keadaan yang betul 1 . Tanpa penjagaan yang tepat, anda boleh mencederakan otot-otot ini apabila regangan secara berlebihan dilakukan, lalu menyebabkan koyakan pada tisu otot.

Akibatnya, otot akan mula melemah dan tidak lagi dapat memegang tulang belakang dalam keadaan yang betul. Tulang belakang kemudiannya akan menjadi kurang stabil, dan akan menyebabkan sakit belakang mahupun sakit pinggang.

Terdapat dua jenis ketegangan belakang dan pinggang yang boleh terjadi, iaitu:

  • Kecederaan apabila otot ditegangkan secara berlebihan, atau terkoyak: Ini menyebabkan kerosakan pada tisu otot (juga dikenali sebagai otot tertarik)
  • Terseliuh di bahagian lumbar 1 : Apabila ligamen ditegangkan terlalu jauh atau terkoyak. Ligamen adalah tisu penyambung antara tulang

Siapa lebih cenderung sakit pinggang tiba-tiba?  

Sakit pinggang tiba-tiba adalah perkara biasa yang boleh menyerang individu pada usia berapa sekalipun. Tapi, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kecenderungan anda mendapat sakit belakang atau sakit pinggang. Secara umumnya, pesakit yang sudah lanjut usia (berusia 40 tahun ke atas) akan lebih cenderung menghidap masalah ini.

Namun begitu, ia tidak bermaksud individu muda tidak berisiko! Jika kesakitan itu tidak dapat dikawal dan ditahan lagi, anda boleh mengambil ubat tahan sakit (NSAID) yang boleh merawat kesakitan sendi. Malah, anda digalakkan untuk mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor. Jangan merana dalam diam.

Simptom

Antara simptom biasa bagi sakit pinggang adalah:

  • Kesakitan yang melarat hingga ke punggung, namun tidak menjejaskan kaki 1 
  • Kekakuan sendi pinggang dan kedua-dua kaki, ataupun salah satu kaki 2 hingga menyebabkan kadar pergerakan terbatas/terhalang
  • Tidak mampu mengekalkan postur badan normal akibat kekakuan sendi/kesakitan melampau 1 
  • Kekejangan otot sama ada ketika melakukan aktiviti ataupun ketika berehat 2 
  • Sakit yang berterusan selama 10-14 hari1 

Bila saya harus berjumpa doktor?

  • Oleh sebab sesetengah tanda atau simptom sakit pinggang tiba-tiba serupa dengan keadaan penyakit lain yang lebih serius, penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan doktor. Sebarang rasa kebas dan kelemahan pada kaki, atau masalah usus dan pundi kencing boleh menjadi tanda kerosakan saraf, dan anda memerlukan pemerhatian perubatan dengan segera.

    Anda juga mungkin boleh mengalami simptom yang tidak disenaraikan di atas. Dapatkan bantuan dengan mengambil ubat tahan sakit yang boleh merawat sakit sendi jika ia menjejaskan aktiviti harian. Jika ia berterusan, sila berjumpa doktor.

Punca

Penyebab masalah sakit pinggang belakang

  • Sakit pinggang tiba-tiba boleh disebabkan oleh:

    • Aktiviti fizikal yang melampau
    • Terjatuh
    • Membengkok atau merangkak secara berulang kali
    • Mengangkat objek berat dalam keadaan postur yang tidak betul

Risiko

Apa yang meningkatkan risiko sakit pinggang belakang?

  • Terdapat banyak faktor risiko penyebab sakit pinggang belakang tengah, contohnya seperti:

    • Umur 2 : Bermula apabila usia meningkat 30 atau 40 tahun
    • SenamanKurang senaman dan pergerakan melemahkan otot
    • Berat berlebihan: Bebanan yang dibawa memberi kesan kepada sakit belakang
    • Sakit sendiSakit sendi yang tidak dirawat boleh juga menyumbang kepada penyebab sakit pinggang belakang tengah, malah juga kanser
    • Mengangkat barang dengan postur yang tidak betul 2

    Psikologi: Individu yang terdedah dengan kemurungan dan rasa cemas mempunyai risiko sakit belakang yang lebih besar. Ini menyebabkan kekurangan nutrien yang mencukupi sampai ke cakera di belakang anda.

 

0135819100 Cikgu Basariah
SAKIT PINGGANG DAN PUNGGUNG SAKIT PINGGANG DAN PUNGGUNG Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 03, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.