AWAS! BAYI BARU LAHIR MUDAH DIJANGKITI BATUK DAN SELESEMA DARIPADA ORANG DEWASA. JANGAN AMBIL MUDAH!
Pernah tak kita perasan, orang dewasa di rumah cuma mengalami batuk dan selesema biasa, tetapi apabila bayi mula dijangkiti, keadaannya boleh menjadi lebih membimbangkan? Ini kerana sistem imun bayi baru lahir masih belum matang sepenuhnya. Mereka belum mempunyai pertahanan badan yang kuat untuk melawan pelbagai jenis jangkitan. Virus seperti influenza, RSV dan virus penyebab selesema boleh merebak melalui titisan pernafasan apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap. Sentuhan tangan yang tercemar dengan virus juga boleh menjadi punca jangkitan.
Sebab itulah ibu ayah perlu lebih berhati-hati apabila ada ahli keluarga yang sedang batuk atau selesema. Elakkan mencium muka dan tangan bayi, jangan berkongsi peralatan makan, dan pastikan tangan dibasuh sebelum menyentuh si kecil. Individu yang tidak sihat sebaiknya memakai pelitup muka, mengehadkan interaksi dengan bayi dan mengelakkan kunjungan sehingga pulih. Langkah kecil ini sebenarnya sangat penting untuk melindungi bayi yang masih terlalu kecil.
Mengapa batuk pada bayi baru lahir perlu diberikan perhatian serius? Antara kesannya ialah hidung tersumbat, sukar menyusu, tidur terganggu dan mengalami kesukaran bernafas. Jangkitan RSV misalnya boleh menyebabkan bronkiolitis, iaitu keradangan saluran pernafasan kecil di paru-paru. Jika bayi berumur bawah tiga bulan mengalami suhu 38°C atau lebih, segera dapatkan pemeriksaan perubatan. Begitu juga jika bayi bernafas laju, dada tertarik ke dalam, kurang menyusu atau kelihatan terlalu lemah.
Jika bayi mula batuk, jangan terus memberikan ubat batuk atau menggunakan petua tradisional. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu boleh membantu dengan meneruskan penyusuan seperti biasa, menggunakan titisan saline steril yang sesuai untuk membersihkan hidung dan memastikan persekitaran bebas asap rokok. Bayi juga perlu tidur terlentang di atas permukaan rata dan teguh.
Ada ibu ayah yang bertanya, bagaimana pula dengan Minyak Herba Asmak? Produk ini mengandungi minyak kelapa dara, minyak habbatussauda, pati eucalyptus dan gamat emas. Ia merupakan produk penjagaan luaran berasaskan herba. Gabungan empat bahan ini membantu mengurangkan simptom batuk dan memberikan keselesaan kepada bayi. Oleskan sedikit minyak di tapak tangan ibu, gosokkan dahulu kedua tapak tangan sebelum meratakan minyak ke dada, belakang dada, leher, labu betis dan tapak kaki bayi. Sapuan nipis tetapi kerap ini membantu mencairkan kahak sekaligus secara tidak langsung kahak dapat dikeluarkan secara muntah atau melalui najis bayi.
Keselesaan bayi bermula dengan persekitaran yang bersih, udara yang baik, penyusuan mencukupi dan penjagaan yang betul. Minyak Herba Asmak boleh dikenali sebagai salah satu produk penjagaan luaran dan ikhtiar untuk mambantu mengurangkan batuk dan simptomnya.
Ibu ayah, jangan tunggu sehingga bayi jatuh sakit baru kita mahu mengambil langkah berjaga-jaga. Lindungi si kecil daripada pendedahan kepada jangkitan dan sentiasa utamakan pemeriksaan kesihatan apabila terdapat tanda yang membimbangkan.
Nak dapatkan Minyak Herba Asmak?
WhatsApp Cikgu Ayu: 0135819100
Atau boleh dapatkan melalui Shopee dan TikTok Shop Cikgu Ayu Asmak.
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, November 09, 2026
Rating:

Tiada ulasan: