Seo Services
Results for Asmak

MELEGAKAN SAKIT SENDI

Khamis, Oktober 06, 2022
Assalamualaikum dan selamat hari khamis. Apa aktiviti korang hari ini?hehe. Semoga semuanya sentiasa didalam rahmatnya inshaallah. baik,hari ini cikgu nak kongsikan pengalaman cikgu sendiri apabila pinggang cikgu terasa sakit sangat sehingga tak boleh bangun sehingga dua (2) hari. Nak buat aktiviti seharian pun terganggu disebabkan pinggang terlampau sakit. Dalam keadaan sakit,sampai terlupa cikgu tentang fnc yang memang ada dirumah cikgu 😂. Cikgu sapu fnc tu dibahagian pinggang sekerap yang mungkin dengan teknik yang betul, baru cikgu boleh tidur dengan lena. Jika terjaga dari lena sahaja, cikgu akan sapu fnc. Mohon pada allah, semoga diberi kesembuhan, bila kita sakit ini memang hati tisu betul ya. Orang tanya pun, laju ja air mata berjurai bak empangan yang pecah. Selepas sapu fnc tu, pinggang cikgu sudah semakin baik dan cikgu boleh buat aktiviti seperti biasa. Alhamdulillah syukur. Terima kasih fnc asbab untuk cikgu pulih dan terima kasih allah bagi peluang untuk bernafas didunia ini lagi 😊





Kelebihan fresh and cool (fnc)

  • Melegakan sakit sendi
  • Sakit belakang
  • Melegakan bengkak
  • Melegakan sakit lutut
  • Melegakan lenguh-lenguh


MELEGAKAN SAKIT SENDI MELEGAKAN SAKIT SENDI Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 06, 2022 Rating: 5

RESEPI ICE CREAM LATTE

Selasa, Oktober 04, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih sudi singgah ke blog cikgu. Jom, hari ini cikgu nak berkongsi dengan korang tentang resepi Aiskrim Latte Madu.Makan ice cream masa cuaca panas memang asyikk. Resepi yang cikgu ingin kongsikan  ini merupakan hasil kongsian daripada Puan Siti Azima.




Sumber : Google 


RESEPI ICE CREAM LATTE

Bahan-bahan
  • 350ml susu segar atau 1 tin susu cair
  • Satu sudu besar ovellete
  • 5 madu besar madu asli asmak
  • secubit garam pink
  • 1 paket nascefa latte



Cara - Cara

  1. Kisah kesemua bahan sehingga berbuih halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas
  3. Taburkan sebarang hiasan mengikut kreativiti masing-masing
  4. Bekukan semalaman dan sedia untuk dimakan
     Mudah dan pantaskan? jom cuba !😁






http://www.wasap.my/60135819100/madu+asli+asmak
RESEPI ICE CREAM LATTE RESEPI ICE CREAM LATTE Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 04, 2022 Rating: 5

RESEPI AYAM BAKAR MADU

Isnin, Oktober 03, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih sudi singgah ke blog cikgu. Jom, hari ini cikgu nak berkongsi dengan korang tentang resepi Ayam Bakar Madu. yums sedapnya! kena pulak makan dengan keluarga yang besar. rasa semangat nak masak kan hehe. Resepi yang cikgu ingin kongsikan  ini merupakan hasil kongsian daripada Puan Nur Diana tau!


Sumber : Google 



RESEPI AYAM BAKAR MADU 

Bahan-bahan
  • Ayam
  • Bawang putih ( ditumbuk )
  • Bawang merah ( ditumbuk )
  • Kicap cair
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Madu Asli Asmak




Cara - Cara

  1. Gaulkan semua bahan di atas bersama ayam.
  2. Perap ayam selama 3-4 jam dan bakar ke dalam ketuhar.
  3. Tuang sedikit madu di atas ayam untuk penambahan rasa.

     Mudah dan pantaskan? jom cuba !😁






0135819100 Cikgu Basariah
RESEPI AYAM BAKAR MADU RESEPI AYAM BAKAR MADU Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 03, 2022 Rating: 5

SUSU KAMBING TAPI TAK BAU HAMIS LANGSUNG!!

Jumaat, Ogos 19, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Cikgu nak tanya ni. Anda semua suka minum susu kambing tak?

Ish tak nak lah minum susu kambing ni. Mesti bau dia hamis!! Macam mana nak telan nanti??






Haaa siapa yang tak pernah minum susu kambing, mesti akan berfikiran macam ni. Cikgu dulu pun macam tu. Tapi bila dah rasa sendiri susu kambing segar dari ladang, eh...takde langsung bau hamis tu. Rasa susu kambing tu pun sedap dan manis.

Bagi yang teringin nak cuba susu kambing tapi takut tak boleh nak telan perasa yang asli, Asmak ada mengeluarkan susu kambing berperisa koko dan kopi yang dimaniskan dengan stevia dan diperkayakan dengan bahan premium. Jadi ianya sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak, wanita mengandung dan warga emas.






Antara kelebihan susu kambing ialah:

✅Susu kambing diperkaya dengan kandungan asid lemak dan trigliserida, yang membuatkan ia bagus untuk kulit.
✅ Ia boleh menurunkan tahap kolesterol
✅ Susu ini dapat meneutralkan pH dalam darah dan membantu sistem penghadaman.
✅Menyihatkan jantung
✅Boleh menguatkan tulang.
✅Meningkatkan kesihatan otak
✅Boleh menghalang keradangan

Jika anda ingin mencuba, anda boleh dapatkan dari cikgu sendiri atau Pengedar Sah yang berhampiran dengan anda 🥰 Cikgu sediakan pautan whatsapp dan nombor telefon cikgu di bawah ya. Jom dapatkan susu kambing yang sedap!




0135819100 Rabiahtun
SUSU KAMBING TAPI TAK BAU HAMIS LANGSUNG!! SUSU KAMBING TAPI TAK BAU HAMIS LANGSUNG!! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 19, 2022 Rating: 5

JOM ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN ADVANCE HAIR OIL WITH SERUM

Khamis, Ogos 18, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog cikgu 😊

Pagi ini cuaca agak mendung, sejuk dan memang baru lepas hujan pun. Cikgu rasa nak berkongsi dengan anda tentang satu produk penjagaan rambut keluaran Asmak iaitu ADVANCE HAIR OIL WITH SERUM! Kenapa cikgu bersemangat sangat ni? Mesti lah bersemangat sebab advance hair oil ni sangat bagus dan telah membantu ramai pengguna untuk dapatkan rambut serta kulit kepala yang lebih sihat dan selesa.





Apa kandungan Advance Hair Oil with Serum daripada Asmak ini?



Kandungan utama advance hair oil ini adalah minyak kelapa dara. Anda tahu atau tidak bahawa terdapat banyak kelebihan minyak kelapa dara untuk rambut? Jom kita tengok apakah kelebihannya?


KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAMBUT

1. Mencegah kutu : Satu kajian kecil mendapati bahawa apabila digabungkan dengan herba anise dalam bentuk semburan, minyak kelapa dara lebih efektif sebanyak 40% dalam merawat masalah kutu kepala berbanding permethrin kimia.

2. Memberi perlindungan daripada cahaya matahari : Penapis UV melindungi rambut daripada kerosakan akibat selaran matahari. Beberapa kajian mendapati bahawa minyak kelapa dara mempunyai 'sun protection factor (SPF) 8.

3. Rawatan kelemumur : Cikgu percaya ramai yang mengalami masalah kelemumur ini. Kelemumur boleh disebabkan oleh pertumbuhan kulat atau yis berlebihan pada kulit kepala. Walaupun tiada kajian yang meneliti penggunaan minyak kelapa dara secara khusus namun, minyak ini mempunyai sifat antimikroba dan berkesan untuk merawat kelemumur.

4. Mencegah keguguran rambut : Penjagaan yang berlebihan boleh merosakkan rambut yang membawa kepada keguguran rambut. Minyak kelapa dara dikatakan dapat membantu menjaga rambut agar kekal sihat dan mencegah keguguran rambut. Cikgu kongsi testimoni pengguna yang mengalami masalah keguguran rambut setelah menggunakan advance hair oil Asmak yaa.


Masalah rambut sebegini memang biasa cikgu dengar ramai yang alaminya. Jadi, cikgu sangat sarankan untuk anda semua cuba Advance Hair Oil with Serum Asmak ini dan lihat sendiri keberkesanannya. Jangan lupa kongsi pengalaman anda menggunakan minyak ini dengan cikgu ya. Cikgu pun nak rasa kegembiraan anda semua apabila dah dapat rambut yang sihat 😆 

Untuk dapatkan Advance Hair Oil with Serum ini, anda boleh hubungi cikgu melalui nombor yang tertera di bawah atau lebih mudah jika anda terus tekan pautan whatsapp yang disediakan. Jom cikgu bantu anda 💓





0135819100 Cikgu Basariah
JOM ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN ADVANCE HAIR OIL WITH SERUM JOM ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN ADVANCE HAIR OIL WITH SERUM Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 18, 2022 Rating: 5

ASMAK HERBS BANTU PULIHKAN RESDUNG

Selasa, Ogos 16, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Hari ini cikgu ada belek-belek maklumat tentang Asmak Herbs kemudian, cikgu terfikir nak berkongsi dengan anda semua tentang satu penyakit yang dialami oleh sesetengah orang iaitu resdung. Cikgu dapat tahu yang rupanya resdung juga ada resdung kronik 😱 Sedangkan resdung biasa pun dah rasa terseksa apatah lagi yang kronik. Jadi, jom kita tengok apakah simptom-simptom resdung kronik?





SIMPTOM-SIMPTOM RESDUNG KRONIK

Kita sedia maklum bahawa penyakit resdung yang teruk boleh mengakibatkan hidung tersumbat. Malah, resdung juga membuatkan seseorang hilang deria bau serta mengganggu fungsi hidung yang lain.

Sebagai contoh, hidung manusia berfungsi menapis partikel kecil sebelum udara masuk ke dalam paru-paru. Namun, jika anda mempunyai alahan terhadap partikel kecil yang terperangkap di dalam rongga hidung, ia boleh menyebabkan sensitiviti. Disebabkan alahan tersebut, tisu pada kawasan hidung akan mula mengalami inflamasi dan menyebabkan hidung mula berair dan gatal-gatal. 

Hidung berair dan gatal-gatal merupakan salah satu ciri resdung yang teruk. Walau bagaimanapun, resdung merupakan sesuatu yang biasa terjadi dan boleh dirawat dengan baik.

Perkara lain yang boleh menyebabkan resdung semakin teruk ialah penyakit asma yang berlaku kepada 20% hingga 40% pesakit. Malah, ada juga pesakit yang mungkin mengalami ekzema.

Cikgu ada juga baca perkongsian melalui laman web hellodoktor yang menyatakan bahawa jika anda mempunyai penyakit resdung, simptom akan muncul selepas beberapa jam terdedah dengan sebarang alergen. 

Antaranya adalah:

  • Rasa gatal pada kawasan mulut, tekak atau kulit.
  • Tidak dapat menghidu dengan baik.
  • Hidung berair.
  • Mata berair.
  • Kerap bersin.
Namun, tidak lama kemudian pesakit mungkin akan mengalami simptom yang lebih teruk. Antara ciri-ciri resdung yang teruk ialah:

  • Hidung tersumbat dan tidak dapat menghidu dengan baik
  • Batuk
  • Telinga tersumbat
  • Sakit tekak
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Mata sembap
  • Rasa letih dan cepat marah
  • Pening kepala

Untuk pengetahuan anda semua, kami di Asmak mempunyai satu jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah resdung dan Alhamdulillah produk berkenaan telah berjaya membantu ramai pesakit resdung di luar sana untuk pulih dari penderitaan dan kesakitan yang dialami. Produk tersebut diberi nama Asmak Herbs 😍 Ia berbentuk kapsul dan mudah ditelan. Bagi yang sedang berikhtiar menyembuhkan penyakit resdung, boleh hubungi cikgu untuk cikgu bantu anda dapatkan rawatan ya.

Bagaimana pengalaman anda memgalami resdung? Jom kongsikan dengan cikgu dan para pembaca di sini.

Jangan lupa klik pautan yang cikgu sediakan untuk dapatkan Asmak Herbs. Semoga kesakitan yang dialami dikurniakan kesembuhan oleh Allah S.W.T..







0135819100 Cikgu Basariah
ASMAK HERBS BANTU PULIHKAN RESDUNG ASMAK HERBS BANTU PULIHKAN RESDUNG Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 16, 2022 Rating: 5

Asmak Grand Award 2020

Sabtu, Februari 29, 2020
Assalamualaikum

Hari ni 29hb Februari. Tarikh yang hanya akan dilalui 4 tahun sekali.

Pada tarikh keramat inilah, cikgu dijadualkan berada di Genting Highlands untuk diraikan dalam Asmak Grand Award bagi tahun 2020 ni. Tiket hotel, bayaran makanan dan pakaian semua dah ready.

2 hari lepas, cikgu terima panggilan menyatakan ibu cikgu yang sekarang sedang dirawat di hospital dalam keadaan nazak.

Masa dapat berita tu, cikgu dah sampai di sekolah. Cuma belum sempat punch card je lagi.

Cikgu terus patah balik ke rumah. Kelam kabut amik je mana-mana baju yang sempat dicapai. Terus kami anak beranak gerak balik ke Kedah.

Keadaan ibu cikgu dah stabil sikit masa kami sampai tapi doktor maklumkan pada bila-bila masa sahaja ibu cikgu boleh alami keadaan yang sama. Kami kena sentiasa bersedia.

Demi ibu, cikgu lepaskan peluang untuk ke AGA dan putuskan untuk kekal di samping ibu. Alhamdulillah agen cikgu dapat pergi dan terima hadiah bagi pihak cikgu. Terima kasih buat SD Nadia Shukri dan tahniah atas kejayaan yang dikecapi.

Ni antara hadiah yang cikgu terima. Tak sangka banyak betul penghargaan yang diperoleh kali ini termasuklah diiktiraf sebagai top Blogger Asmak. Syukur ya Allah atas anugerah ini.






Ya Allah, permudahkan segala urusan mak. Ringankanlah kesakitan yang mak tanggung. Aamiiin.

0135819100 Cikgu Basariah
Asmak Grand Award 2020 Asmak Grand Award 2020 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Februari 29, 2020 Rating: 5

Kenapa memilih untuk setia?

Sabtu, Februari 08, 2020
Assalamualaikum

Nak tahu tak,kenapa cikgu masih bertahan dengan bisnes Asmak ni dari 2015 sampai sekarang?

Teruskan membaca ye
.
.
.
.
.
.
.

Bermula dengan hanya produk minyak je, dah lebih 20 produk meliputi barangan kesihatan, kecantikan dan pemakanan di bawah jenama Asmak cikgu jual. Berani plak tu pegang stok ribu ribu. Kenapa ye? Setianya cikgu dengan Asmak ni!

Ha ini jawapannya:

1. Produk ni membantu menyelesaikan masalah yang cikgu dan keluarga sendiri hadapi. Semua produk ni kami seisi keluarga guna. Contoh Asmak Herbs, Kak Ayu sendiri makan sebab Kak Ayu juga penghidap resdung.

2. Produk berdaftar dengan KKM dan terjamin selamat, halal dan suci. Tak percaya, semak MAL KKM pada produk kami dan nilaikan.

3. Founder dan HQ sentiasa beri ilmu jualan, ilmu leadership dan ilmu dalam bisnes. Tak dibiarkan agen terkontang kanting seorang diri. Janji ko rajinla. Dah masuk kelas tu, jangan plak tak buat tugasan yang diberi.

4. Agen Asmak memang baik baik. Selamber je boleh pass customer jika sendiri tak dapat COD terutama kes customer nak produk dengan segera. Sesuai sangat tagline 'We Are Family'. Tak lokek ilmu plak tu. Sudi berkongsi walau dalam team yang lain.

5. Kalau produk tak terjual pon boleh return balik produk ke HQ (adalah Tnc dia). Jarang sangat kes ni berlaku. Lagi tak cukup stok adalah.

Dan banyak lagila. Kalau nak tau, wajibla try sendiri jadi agen Asmak ni. Eh, ada pengambilan agen tanpa modal tau sekarang ni. Nak tau, roger cikgu eh 😘

Alhamdulillah masih tersenarai sebagai Top 10 stokis seluruh Malaysia 😍


0135819100 Cikgu Basariah
Kenapa memilih untuk setia? Kenapa memilih untuk setia? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Februari 08, 2020 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.