Seo Services
Results for Minyak kelapa dara

Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara

Khamis, Januari 26, 2023
Ramai yang salah anggap Minyak Kelapa Dara ni elok guna untuk rambut je.

Tahukah anda yang minyak ni jugak sesuai diminum begitu sahaja untuk mengekalkan kesihatan diri? Minyak kelapa dara perahan sejuk boleh dikira sebagai superfood yang boleh dijadikan amalan harian tau.

Ni cikgu kongsikan beberapa kaedah penggunaan minyak kelapa dara. Semoga memberi manfaat!


Berminat dengan produk Asmak? Jom dapatkan produk asmak dengan cikgu Ayu sekarang! 😊

Boleh whatsapp kami dengan klik link di bawah.


Nak terus datang ke centre kami? Boleh waze ya 😁

Asmak Distribution Centre Teluk Intan

Anda ada  akaun Tik Tok? Jom follow kami dan dapatkan pelbagai produk Asmak di shop Cikgu Ayu Asmak ya (^_^)

0135819100 Cikgu Basariah
Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 26, 2023 Rating: 5

MENGAPA IBU HAMIL DISARANKAN AMAL MINYAK KELAPA DARA?

Selasa, September 27, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Melalui penulisan blog sebelum ini, cikgu dah kongsikan tentang Minyak Kelapa Dara keluaran Asmak tetapi untuk penulisan kali ini suka cikgu untuk berkongsi tentangnya sekali lagi sebagai perkongsian ilmu bersama.



Untuk pengetahuan anda, minyak kelapa dara Asmak dihasilkan daripada 100% isi buah kelapa yang matang dan berkualiti. Menariknya, proses penghasilannya tidak menggunakan haba dan bahan-bahan sintetik tau. Ia sepenuhnya menggunakan proses perahan sejuk.


KHASIAT MINYAK KELAPA DARA
  • baik untuk kesihatan jantung
  • baik untuk kesihatan kulit
  • membantu mencegah jangkitan kuman
  • mengandungi asid lemak yang sihat
  • membantu mengurangkan lemak di bahagian perut
  • mengandungi antioksidan yang tinggi
  • mencegah kerosakan rambut

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU HAMIL
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • mengurangkan 'morning sickness'
  • menstabilkan hemoglobin (HB) rendah
  • meningkatkan pengeluaran susu yang berkualiti
  • memudahkan proses bersalin
  • melembutkan dan melembapkan kulit
  • mengurangkan 'stretch marks'

Wah, banyaknya manfaat yang bakal diperoleh jika mengamalkan minyak kelapa dara ni! Jika anda berminat untuk mencuba sedikit dahulu, cikgu sarankan anda untuk ambil saiz 10ml atau 100ml terlebih dahulu. Saiz sebenar kuantitinya adalah 250ml. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk dapatkan minyak kelapa dara Asmak, ayuh hubungi cikgu segera 😁





0135819100 Rabiahtun
MENGAPA IBU HAMIL DISARANKAN AMAL MINYAK KELAPA DARA? MENGAPA IBU HAMIL DISARANKAN AMAL MINYAK KELAPA DARA? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 27, 2022 Rating: 5

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

Ahad, Ogos 28, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tahu tak yang Asmak ada keluarkan minyak kelapa dara dalam saiz kecil atau senang kata 'travel-friendly'? Kuantiti sebanyak 10ml sahaja dan sangat sesuai juga untuk yang baru ingin mencuba sebelum bertukar kepada kuantiti yang lebih banyak.





Anda mesti dah selalu dengan yang orang tua-tua bercerita tentang penggunaan minyak kelapa dara. Pada zaman dahulu, tiada kajian yang dijalankan ke atas pengamalan minyak kelapa dara namun diakui bahawa orang pada zaman dahulu sangat kurang menghadapi masalah kesihatan berbanding kini. Seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan minyak kelapa dara sangat bagus diamalkan dan mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat.

Terdapat 3 kandungan utama dalam minyak kelapa dara iaitu Medium Chain Fatty Acid (MCFA), High Density Lipoprotein (HDL) dan anti-oksida yang dapat membantu memberi manfaat terhadap tubuh badan berdasarkan kajian saintifik. Apakah manfaat-manfaatnya?

1. Sumber tenaga bersih dan pantas
2. Membantu mengawal diabetes
3. Mencegah penyakit jantung, strok serta darah tinggi
4. Mesra hati dan hempedu
5. Membaiki sistem penghadaman dan sembelit
6. Mencegah dan melambatkan Alzheimer, Parkinson dan Dementia (nyanyuk)
7. Mengurangkan masalah osteoprosis dan arthritis
8. Menambahbaik fungsi buah pinggang
9. Mencegah masalah gangguan tiroid
10. Meningkatkan imuniti badan
11. Membantu mengawal berat badan
12. Mengawal stres dan depresi
13. Menguatkan rambut dan akar rambut
14. Menjaga kesihatan kulit dan awet muda
15. Mengurangkan masalah jangkitan kulit
16. Mengurangkan kesan parut
17. Superfood ibu hamil

Anda nak rawat masalah-masalah di atas? Jom ikhtiar dengan minyak kelapa dara Asmak. Boleh dapatkan dengan cikgu yaa. Jom hubungi nombor yang tertera atau klik sahaja pautan yang cikgu sediakan okey?

Semoga bermanfaat dan terima kasih sudi baca penulisan cikgu kali ini.




0135819100 Cikgu Basariah

























KHASIAT MINYAK KELAPA DARA KHASIAT MINYAK KELAPA DARA Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 28, 2022 Rating: 5

MASAK NASI LEMAK TAK GUNA SANTAN? BOLEH KE?

Rabu, Ogos 24, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar? Hari ini cikgu nak berkongsi dengan anda semua sebuah resepi yang tidak asing lagi dalam kalangan kita rakyat Malaysia. Haaaa apa tu? Sudah tentu ia adalah resepi nasi lemak! Tapi resepi ini lain sedikit yaa sebab tidak menggunakan santan. Jom baca 😆



Nasi Lemak Tanpa Santan

Bahan-bahannya:

3 pot beras (basuh bersih)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris besar)
1 batang serai, diketuk
1 sudu kecil halba (basuh bersih)
2 1/2 pot air
Garam secukup rasa
5 sudu besar minyak kelapa (atau VCO)
*minyak kelapa boleh diletak lebih sekiranya suka, minyak kelapa tiada kolestrol

Cara-caranya:

Tanakkan semua di atas, kacau sekali sekala. Bila beras hampir kembang, masukkan minyak kelapa. Kacau sekejap-sekejap.

Kalau nak tanakkan semua sekali pun boleh, kacaukan supaya minyak tak berkumpul di bahagian atas sahaja.

Dah pun siap!




Wah, menarik bukan? Kita gantikan santan dengan minyak kelapa dara untuk pilihan yang lebih sihat. Jangan lupa cuba resepi ini ya. Boleh lah kongsi dengan cikgu bagaimana rasanya nanti di ruang komen. Tak tahu nak dapatkan minyak kelapa dara di mana? Asmak kan ada hihii. Boleh klik pautan atau hubungi nombor di bawah untuk cikgu bantu anda dapatkan minyak kelapa dara yaa.




0135819100 Cikgu Basariah
MASAK NASI LEMAK TAK GUNA SANTAN? BOLEH KE? MASAK NASI LEMAK TAK GUNA SANTAN? BOLEH KE? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 24, 2022 Rating: 5

JOM ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN ADVANCE HAIR OIL WITH SERUM

Khamis, Ogos 18, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog cikgu 😊

Pagi ini cuaca agak mendung, sejuk dan memang baru lepas hujan pun. Cikgu rasa nak berkongsi dengan anda tentang satu produk penjagaan rambut keluaran Asmak iaitu ADVANCE HAIR OIL WITH SERUM! Kenapa cikgu bersemangat sangat ni? Mesti lah bersemangat sebab advance hair oil ni sangat bagus dan telah membantu ramai pengguna untuk dapatkan rambut serta kulit kepala yang lebih sihat dan selesa.





Apa kandungan Advance Hair Oil with Serum daripada Asmak ini?



Kandungan utama advance hair oil ini adalah minyak kelapa dara. Anda tahu atau tidak bahawa terdapat banyak kelebihan minyak kelapa dara untuk rambut? Jom kita tengok apakah kelebihannya?


KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAMBUT

1. Mencegah kutu : Satu kajian kecil mendapati bahawa apabila digabungkan dengan herba anise dalam bentuk semburan, minyak kelapa dara lebih efektif sebanyak 40% dalam merawat masalah kutu kepala berbanding permethrin kimia.

2. Memberi perlindungan daripada cahaya matahari : Penapis UV melindungi rambut daripada kerosakan akibat selaran matahari. Beberapa kajian mendapati bahawa minyak kelapa dara mempunyai 'sun protection factor (SPF) 8.

3. Rawatan kelemumur : Cikgu percaya ramai yang mengalami masalah kelemumur ini. Kelemumur boleh disebabkan oleh pertumbuhan kulat atau yis berlebihan pada kulit kepala. Walaupun tiada kajian yang meneliti penggunaan minyak kelapa dara secara khusus namun, minyak ini mempunyai sifat antimikroba dan berkesan untuk merawat kelemumur.

4. Mencegah keguguran rambut : Penjagaan yang berlebihan boleh merosakkan rambut yang membawa kepada keguguran rambut. Minyak kelapa dara dikatakan dapat membantu menjaga rambut agar kekal sihat dan mencegah keguguran rambut. Cikgu kongsi testimoni pengguna yang mengalami masalah keguguran rambut setelah menggunakan advance hair oil Asmak yaa.


Masalah rambut sebegini memang biasa cikgu dengar ramai yang alaminya. Jadi, cikgu sangat sarankan untuk anda semua cuba Advance Hair Oil with Serum Asmak ini dan lihat sendiri keberkesanannya. Jangan lupa kongsi pengalaman anda menggunakan minyak ini dengan cikgu ya. Cikgu pun nak rasa kegembiraan anda semua apabila dah dapat rambut yang sihat 😆 

Untuk dapatkan Advance Hair Oil with Serum ini, anda boleh hubungi cikgu melalui nombor yang tertera di bawah atau lebih mudah jika anda terus tekan pautan whatsapp yang disediakan. Jom cikgu bantu anda 💓





0135819100 Cikgu Basariah
JOM ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN ADVANCE HAIR OIL WITH SERUM JOM ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DENGAN ADVANCE HAIR OIL WITH SERUM Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 18, 2022 Rating: 5

Minyak kelapa dara ni apa ye?

Rabu, Ogos 03, 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih sudi melawat blog ini ya. Inshaa Allah hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang sejenis minyak yang mungkin anda semua sudah biasa dengar atau barangkali ada yang memang mengamalkannya iaitu minyak kelapa dara. Saya sendiri sering mendengar tentang minyak kelapa dara ni tetapi tidak tahu apa kebaikan atau khasiatnya. Jadi, alang-alang saya belajar dan ambil tahu tentang kebaikannya, bagus juga saya berkongsi dengan anda semua 😄

Antara khasiat minyak kelapa dara terhadap kesihatan tubuh badan kita ialah:

1. Kaya dengan antioksidan
Berbanding dengan minyak zaitun biasa, minyak kelapa dara kaya dengan antioksidan dan lemak yang sihat. Malah, ia juga mengandungi hampir 30 kompaun berbeza yang dapat membantu melindungi badan daripada radikal bebas. Radikal bebas merupakan molekul yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit.
Komposisi lemak di dalam minyak kelapa dara merupakan rahsia khasiatnya yang pelbagai. 75% daripadanya merupakan lemak mono tidak tepu, sejenis lemak sihat yang menjadi asas utama dalam diet Mediterranean. Kajian menunjukkan, pengambilan lemak mono tidak tepu boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok. Malah, minyak kelapa dara juga boleh mengurangkan inflamasi, tekanan darah, tahap kolesterol dan juga gula dalam darah. Wah, bagusnya!
2. Dapat menguatkan jantung
Penyakit jantung merupakan punca kematian utama di seluruh dunia. Namun, apa yang menarik, negara yang mempunyai kadar kematian akibat sakit jantung yang terendah didapati mengambil minyak kelapa dara setiap hari dalam masakan mereka.
Sebuah kajian besar-besaran mendapati individu yang banyak mengambil minyak kelapa dara mempunyai risiko sakit jantung sebanyak 9% lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Manakan tidak, minyak kelapa dara mengandungi bahan yang dapat merendahkan tekanan darah dan mencegah aterosklerosis. 
3. Mungkin dapat melindungi diri daripada strok
Selepas penyakit jantung, strok merupakan pembunuh kedua di dunia. Ia berkait rapat dengan penyakit jantung dan berkongsi banyak faktor risiko, seperti kolesterol dan tekanan darah yang tinggi.
Sebuah kajian yang dijalankan di Perancis telah membandingkan penggunaan minyak kelapa dara dan strok. Individu yang mengambil lebih banyak minyak kelapa dara mempunyai 41% risiko strok yang lebih rendah.
4. Dapat merendahkan risiko diabetes jenis 2
Kompaun fenolik di dalam minyak kelapa dara didapati dapat meningkatkan keberkesanan insulin dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2. Malah, khasiatnya juga akan bertambah jika pesakit menggabungkan minyak kelapa dara dengan diet Mediterranean. Satu kajian menunjukkan individu yang mengalamalkan diet ini mempunyai pengurangan risiko sebanyak 50%.

Dah tahu khasiat ni saya pula terasa nak mula amalkan minyak kelapa dara ni sebagai ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik. Jika anda berminat untuk mencuba, boleh cuba Minyak Kelapa Dara keluaran Asmak terlebih dahulu. Buat masa sekarang, kami ada sampel 100ml sahaja. Sangat sesuai untuk kita cuba terlebih dahulu. Bagaimana cara mengamalkan ya? Saya akan kongsikan dengan pembaca sekalian pada blog seterusnya 😊

Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk dapatkan sampel Minyak Kelapa Dara Asmak (100ml), sila hubungi nombor yang tertera di bawah atau tekan sahaja pautan yang saya sediakan. Terima kasih sudi baca dan singgah ke blog ini.










0135819100 Cikgu Basariah

Minyak kelapa dara ni apa ye? Minyak kelapa dara ni apa ye? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 03, 2022 Rating: 5

Kelebihan minyak kelapa dara

Selasa, September 28, 2021
Minyak kelape dara




0135819100 Cikgu Basariah
Kelebihan minyak kelapa dara Kelebihan minyak kelapa dara Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 28, 2021 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.