Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih sudi melawat blog ini ya. Inshaa Allah hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang sejenis minyak yang mungkin anda semua sudah biasa dengar atau barangkali ada yang memang mengamalkannya iaitu minyak kelapa dara. Saya sendiri sering mendengar tentang minyak kelapa dara ni tetapi tidak tahu apa kebaikan atau khasiatnya. Jadi, alang-alang saya belajar dan ambil tahu tentang kebaikannya, bagus juga saya berkongsi dengan anda semua 😄
Antara khasiat minyak kelapa dara terhadap kesihatan tubuh badan kita ialah:
1. Kaya dengan antioksidan
Berbanding dengan minyak zaitun biasa, minyak kelapa dara kaya dengan antioksidan dan lemak yang sihat. Malah, ia juga mengandungi hampir 30 kompaun berbeza yang dapat membantu melindungi badan daripada radikal bebas. Radikal bebas merupakan molekul yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit.
Komposisi lemak di dalam minyak kelapa dara merupakan rahsia khasiatnya yang pelbagai. 75% daripadanya merupakan lemak mono tidak tepu, sejenis lemak sihat yang menjadi asas utama dalam diet Mediterranean. Kajian menunjukkan, pengambilan lemak mono tidak tepu boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok. Malah, minyak kelapa dara juga boleh mengurangkan inflamasi, tekanan darah, tahap kolesterol dan juga gula dalam darah. Wah, bagusnya!
2. Dapat menguatkan jantung
Penyakit jantung merupakan punca kematian utama di seluruh dunia. Namun, apa yang menarik, negara yang mempunyai kadar kematian akibat sakit jantung yang terendah didapati mengambil minyak kelapa dara setiap hari dalam masakan mereka.
Sebuah kajian besar-besaran mendapati individu yang banyak mengambil minyak kelapa dara mempunyai risiko sakit jantung sebanyak 9% lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Manakan tidak, minyak kelapa dara mengandungi bahan yang dapat merendahkan tekanan darah dan mencegah aterosklerosis.
3. Mungkin dapat melindungi diri daripada strok
Selepas penyakit jantung, strok merupakan pembunuh kedua di dunia. Ia berkait rapat dengan penyakit jantung dan berkongsi banyak faktor risiko, seperti kolesterol dan tekanan darah yang tinggi.
Sebuah kajian yang dijalankan di Perancis telah membandingkan penggunaan minyak kelapa dara dan strok. Individu yang mengambil lebih banyak minyak kelapa dara mempunyai 41% risiko strok yang lebih rendah.
Sebuah kajian yang dijalankan di Perancis telah membandingkan penggunaan minyak kelapa dara dan strok. Individu yang mengambil lebih banyak minyak kelapa dara mempunyai 41% risiko strok yang lebih rendah.
4. Dapat merendahkan risiko diabetes jenis 2
Kompaun fenolik di dalam minyak kelapa dara didapati dapat meningkatkan keberkesanan insulin dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2. Malah, khasiatnya juga akan bertambah jika pesakit menggabungkan minyak kelapa dara dengan diet Mediterranean. Satu kajian menunjukkan individu yang mengalamalkan diet ini mempunyai pengurangan risiko sebanyak 50%.
Dah tahu khasiat ni saya pula terasa nak mula amalkan minyak kelapa dara ni sebagai ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik. Jika anda berminat untuk mencuba, boleh cuba Minyak Kelapa Dara keluaran Asmak terlebih dahulu. Buat masa sekarang, kami ada sampel 100ml sahaja. Sangat sesuai untuk kita cuba terlebih dahulu. Bagaimana cara mengamalkan ya? Saya akan kongsikan dengan pembaca sekalian pada blog seterusnya 😊
Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk dapatkan sampel Minyak Kelapa Dara Asmak (100ml), sila hubungi nombor yang tertera di bawah atau tekan sahaja pautan yang saya sediakan. Terima kasih sudi baca dan singgah ke blog ini.
0135819100 Cikgu Basariah
Minyak kelapa dara ni apa ye?
Reviewed by Teacher Basariah
on
Rabu, Ogos 03, 2022
Rating:
Tiada ulasan: