Seo Services
Results for Resipi

Resepi Rendang Pucuk Ubi

Khamis, April 23, 2020
Asssalamualaikum

Takde idea untuk menu bersahur?

Jom kita cuba buat rendang ni. Bahan mudah je. Sedap dimakan bersama telur goreng mata kerbau dan nasi panas-panas 😁

RENDANG PUCUK UBI



Bahan2 untuk di'blend'
1 genggam cili padi
3 sudu rempah kari daging
2 sudu serbuk cili
2 genggam ikan bilis (letak byk lagi sedap)
3 batang serai
2 cm halia
Satu sudu lada hitam
Air secukupnya janji blender boleh jalan dengan riang

Bahan lain:
3 cawan santan kelapa
1/2 cawan Gula merah
Gula pasir (saya guna stevia)
Garam kasar
3 keping asam keping

Pucuk ubi sebanyak mungkin. Masa kutip tu sy dapat 1 periuk besar. Basuh dan tos tak perlu rebus.

Cara-cara:

1. Masak santan bersama bahan yang diblend, gula merah, gula pasir, garam kasar sampai pekat dan kering. Masa ni rasa siap2 cukup tak masin, manis dia semua.
2. Dah kering, masukkan pucuk ubi.
3. Goreng sampai garing dan sebati. Lagi garing lagi tahan lama.

Resepi ni mudah je. Nak tunggu dia kering betul tu bercinta sket. Hehehe.

SELAMAT MENCUBA


0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Rendang Pucuk Ubi Resepi Rendang Pucuk Ubi Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 23, 2020 Rating: 5

Resepi Kek Kukus Kurma Madu

Rabu, April 22, 2020
Assalamualaikum

Teringin nak buat kek punya pasal, tapi takde oven. Jadi kita buat versi kukus.

Kek kukus ni dia tak naik gebus macam kek biasa tapi serius rasa dia memang sedap. Resepi asal dari sahabat baru fb, Puan Zabedah Selamat tapi cikgu ubah sikit sukatan bahan dan masukkan Madu Kurma Merah dan Kurma Ajwa Al-Hannan ni.

Punyalah sedap sampai anak-anak ingat kurma tu coklat 😍

KEK KURMA MADU MENTEGA

Langkah 1:

Panaskan pengukus. Loyang pon dah boleh masuk siap-siap dalam tu. Kalau tak nak masuk loyang siap-siap, boleh lumur minyak/mentega kat loyang supaya kek tak melekat nanti.

Bahan-bahan:

4 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan mentega (cairkn sekejap... Tak perlu sampai gelegak masa cairkan..takut membuak masa blend sbb panas.. Hihi) Resepi asal guna butter.
2 sudu minyak masak
2 sudu vanila
3 sudu Madu Kurma Merah Asmak
7 biji kurma Ajwa diracik (letak lagi banyak lagi sedap - simpan sket untuk tabur dalam kek masa nak kukus)
Semua bahan di atas ni masukkan je dalam blender dan putar sampai sebati. Masa ni, cikg)u minta tolong Nurin je. Dia suka tekan blender ni. Hihi.

Bahan kering:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder..
(Ayak bersama-sama)

Bahan yang telah di'blender' tuang dlm bekas lain. Kemudian masukkan bancuhan susu suam
(susu pekat 1 sudu besar + air suam dlm ukuran 1/2 cawan)

Masukkan tepung sikit-sikit dlm bancuhan tadi.

Kacau hingga semua sebati. ( Part ni cikgu masuk balik dalam blend dan putar sebati)

Tuang kat bekas yang dah sapu minyak. Kemudian ketuk-ketuk sikit bagi buang udara dalam adunan. Kukus. (Part ni cikgu, mengelat terus tuang adunan dalam loyang yang dah dipanaskan tadi. Hehe)

Pastu, bolehla letak lagi kurma yang diracik kat atas kek ni. Nanti dia cantik. Bila dipotong, macam coklat gitew.

Masa kukus tu nanti, boleh buka penutup sekejap-sekejap. Fungsinya untuk buang air kat penutup. Bahagian atas memang akan menggerutu/berkedut sikit sebab wap air. Sekali sekala buka tutup pengukus untuk keringkan.
Kukus sehingga masak.
Nak lebih mudah, boleh balut penutup kukus dengan air untuk elakkan wap air jatuh atas kek. (Ni semua tips dari Puan Zabedah 😍)

Rasa dia memang sedap. Serius tak tipu.

SELAMAT MENCUBA!

Asmak by Mhamsb

#ResepiSihatByAsmak
#ContestMasakanAsmak



0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Kek Kukus Kurma Madu Resepi Kek Kukus Kurma Madu Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 22, 2020 Rating: 5

RESEPI KEK KURMA AJWA

Ahad, April 19, 2020
Assalamualaikum

Sedap juga makan kek masa sarapan pagi. Fefeling omputih gitew.

Ada yang nak cuba?

Ni resepi dia 😄

RESEPI KEK KURMA ASMAK

Tepung kek - 1 cwn setengah (di ayak)
Serbuk koko - 2 sb
Susu UHT - 2 cwn
Gula halus - 1/2 cwn
Kurma AJWA - 12 biji (dihiris dan dilecekkan)
Ovalatte - 1sk
Soda bikarbonat - 1sk
Esen vanila - 1sk
Baking powder - 1sb

BAHAN UNTUK HIASAN
👉🏻 8biji kurma AJWA (dibuang bijinya)

CARA-CARA
💕masukkan semua bahan diatas ke dalam mixer..
💕putarkan selama 10minit
💕kemudian tuangkan bahan yang telah di mixerkan tadi ke dalam loyang
💕susun kurma  AJWA yang telah dibuang bijinye ke atas adunan tadi
💕akhir sekali masukkan ke dalam oven dengan suhu 160'c
💕bakar selama 45minit

"SELAMAT MENCUBA MOMMY"

Kredit :

Siti Masliha Zakaria




Nak beli kurma ajwa pada harga borong? Roger cikgu ye 👇🏾

0135819100 Cikgu Basariah
RESEPI KEK KURMA AJWA RESEPI KEK KURMA AJWA Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 19, 2020 Rating: 5

Resipi Susu Kurma Sedap

Sabtu, April 18, 2020
Assalamualaikum

Susu kurma lagi sedap jika dibuat sendiri. Kita boleh pilih hanya kurma terbaik untuk digunakan, betul tak?

RESEPI SUSU KURMA MADU ENERGI BOOSTER

Susu segar 500ml -apa-apa jenama
10 biji Kurma -buang biji
Madu 1-2 sudu

Cara membuat  :

1. Rendamkan kurma yang telah dibuang bijinya ke dalam air selama 15 minit

2. Kisarkan kurma tadi dengan susu segar sehingga lumat.

3. Campurkan madu 1 atau 2 sudu.Saya guna Madu Asli Asmak.Sesekali saya guna Madu Halia Bentong Asmak.

4. Sedia untuk diminum.

P/s : Untuk rasa yang lebih menyegarkan, ianya boleh dikisar dengan ais atau disimpan di dalam peti sejuk.


#ResepiSihatbyAsmak



0135819100 Cikgu Basariah
Resipi Susu Kurma Sedap Resipi Susu Kurma Sedap Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 18, 2020 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.