Assalamualaikum
Teringin nak buat kek punya pasal, tapi takde oven. Jadi kita buat versi kukus.
Kek kukus ni dia tak naik gebus macam kek biasa tapi serius rasa dia memang sedap. Resepi asal dari sahabat baru fb, Puan Zabedah Selamat tapi cikgu ubah sikit sukatan bahan dan masukkan Madu Kurma Merah dan Kurma Ajwa Al-Hannan ni.
Punyalah sedap sampai anak-anak ingat kurma tu coklat 😍
KEK KURMA MADU MENTEGA
Langkah 1:
Panaskan pengukus. Loyang pon dah boleh masuk siap-siap dalam tu. Kalau tak nak masuk loyang siap-siap, boleh lumur minyak/mentega kat loyang supaya kek tak melekat nanti.
Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan mentega (cairkn sekejap... Tak perlu sampai gelegak masa cairkan..takut membuak masa blend sbb panas.. Hihi) Resepi asal guna butter.
2 sudu minyak masak
2 sudu vanila
3 sudu Madu Kurma Merah Asmak
7 biji kurma Ajwa diracik (letak lagi banyak lagi sedap - simpan sket untuk tabur dalam kek masa nak kukus)
Semua bahan di atas ni masukkan je dalam blender dan putar sampai sebati. Masa ni, cikg)u minta tolong Nurin je. Dia suka tekan blender ni. Hihi.
Bahan kering:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder..
(Ayak bersama-sama)
Bahan yang telah di'blender' tuang dlm bekas lain. Kemudian masukkan bancuhan susu suam
(susu pekat 1 sudu besar + air suam dlm ukuran 1/2 cawan)
Masukkan tepung sikit-sikit dlm bancuhan tadi.
Kacau hingga semua sebati. ( Part ni cikgu masuk balik dalam blend dan putar sebati)
Tuang kat bekas yang dah sapu minyak. Kemudian ketuk-ketuk sikit bagi buang udara dalam adunan. Kukus. (Part ni cikgu, mengelat terus tuang adunan dalam loyang yang dah dipanaskan tadi. Hehe)
Pastu, bolehla letak lagi kurma yang diracik kat atas kek ni. Nanti dia cantik. Bila dipotong, macam coklat gitew.
Masa kukus tu nanti, boleh buka penutup sekejap-sekejap. Fungsinya untuk buang air kat penutup. Bahagian atas memang akan menggerutu/berkedut sikit sebab wap air. Sekali sekala buka tutup pengukus untuk keringkan.
Kukus sehingga masak.
Nak lebih mudah, boleh balut penutup kukus dengan air untuk elakkan wap air jatuh atas kek. (Ni semua tips dari Puan Zabedah 😍)
Rasa dia memang sedap. Serius tak tipu.
SELAMAT MENCUBA!
Asmak by Mhamsb
#ResepiSihatByAsmak
#ContestMasakanAsmak
0135819100 Cikgu Basariah

Resepi Kek Kukus Kurma Madu
Reviewed by Teacher Basariah
on
Rabu, April 22, 2020
Rating:
Tiada ulasan: