Asssalamualaikum
Takde idea untuk menu bersahur?
Jom kita cuba buat rendang ni. Bahan mudah je. Sedap dimakan bersama telur goreng mata kerbau dan nasi panas-panas 😁
RENDANG PUCUK UBI
Bahan2 untuk di'blend'
1 genggam cili padi
3 sudu rempah kari daging
2 sudu serbuk cili
2 genggam ikan bilis (letak byk lagi sedap)
3 batang serai
2 cm halia
Satu sudu lada hitam
Air secukupnya janji blender boleh jalan dengan riang
Bahan lain:
3 cawan santan kelapa
1/2 cawan Gula merah
Gula pasir (saya guna stevia)
Garam kasar
3 keping asam keping
Pucuk ubi sebanyak mungkin. Masa kutip tu sy dapat 1 periuk besar. Basuh dan tos tak perlu rebus.
Cara-cara:
1. Masak santan bersama bahan yang diblend, gula merah, gula pasir, garam kasar sampai pekat dan kering. Masa ni rasa siap2 cukup tak masin, manis dia semua.
2. Dah kering, masukkan pucuk ubi.
3. Goreng sampai garing dan sebati. Lagi garing lagi tahan lama.
Resepi ni mudah je. Nak tunggu dia kering betul tu bercinta sket. Hehehe.
SELAMAT MENCUBA
0135819100 Cikgu Basariah

Resepi Rendang Pucuk Ubi
Reviewed by Teacher Basariah
on
Khamis, April 23, 2020
Rating:
Tiada ulasan: