Seo Services

penyakit hati

kenapa bangsa Melayu susah nak maju?kenapa bangsa melayu susah nak berjaya?kenapa bangsa melayu layu seperti namanya?adakah suatu hari nanti bangsa Melayu akan hilang di dunia dan hanya tinggal sebagai suatu lipatan sejarah?jika diteliti dan dikaji kita pasti perasan suatu sikap yang sentiasa ada dalam bangsa melayu ini..HASAD DENGKI, IRI HATI dan SUKA MELIHAT KEJATUHAN BANGSANYA SENDIRI..sikap ini bukan sahaja ada pada bangsa kita malahan mungkin dalam bangsa-bangsa lain juga..sikap yang memang ada dalam diri manusia terutama yang suka membiarkan dirinya berdamping dengan syaitan dan tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.sudah diketahui sikap syaitan yang buruk,busuk serta menjijikkan.kerjanya saban hari hanya menyesatkan anak adam dan mencari teman yang akan menemaninya di dalam neraka..jadi macam mana caranya kita hendak membuang sikap-sikap ini?berikut mungkin beberapa tips yang ringkas namun agak sukar untuk diikuti:

1. mengucap dua kalimah syahadah dan menghayati maksudnya dengan sedalam-dalamnya..kita mengaku Allah itu tuhan kita dan nabi muhammad itu pesuruhnya tetapi mengapa kita masih melanggar suruhan tuhan dan tidak mengikut tatatertib modelnya yang diturunkan kepada kita?

2. mendirikan solat lima waktu..solat yang didirikan dengan sempurna akan mencegah perbuatan yang keji lagi mungkar..kita sering dengar ayat ini tetapi sejauh mana kita menghayati maknanya dan memastikan solat yang kita lakukan mampu mencegah perbuatan yang keji lagi mungkar?

3. mengeluarkan zakat..zakat mensucikan harta..harta yang berkat mampu menenangkan jiwa kerana melalui harta kita membeli makanan yang dimakan menjadi darah daging kita..bayangkan jika harta yang diperoleh itu bukan dari sumber yang halal..justeru bagaimanakah tingkah laku kita,pertuturan kita, hati kita,jiwa kita dan seterusnya?fikir-fikirkanlah..

4. berpuasa di bulan ramadhan..berpuasa mengosongkan perut..perut yang kosong menjadikan kita lebih sihat dan aktif..perut yang terlampau penuh menjadikan kita malas, letih dan susah ingin bergerak..berpuasa juga melatih diri kita melihat kesusahan orang lain dan menginsafinya..secara tidak langsung ia menjadi tarbiah hati agar tidak sentiasa berhasad dengki semata-mata

5. menunaikan haji bagi yang berkuasa..haji merupakan krmuncak bagi setiap yang telah dinyatakan di atas..semas menunaikan haji ini, fizikal dan mental perlu benar-benar bersedia dan bebas daripada belenggu syaitan..haji yang mabrur menjanjikan syurga buat pemiliknya serta pastinya hati yang suci serta tiada rasa iri hati terhadap hamba Allah yang lain..pemilik hati yang suci pasti inginkan semua manusia menjadi sepertinya...sama-sama mendapat keberkatan dan keredhoan daripada Allah dalam meneruskan perjuangan di muka bumi ini..

Andai diteliti, kelima-lima tips yang dinyatakan di sini adalah rukun Islam yang sangat ideal dan telah digunapakai sejak zaman Rasulullah..tetapi sejauh mana kita umat Islam terutama yang lahir dalam Islam mengadaptasikan segala yang telah disyariatkan kepada kita?Islamlah satu-satunya cara hidup yang terbaik..bukan US, UK, Jepun malahan mana-mana tamadun yang telah wujud di muka bumi ini..Islam mengajar kita kembali kepada fitrah..Fitrah itu bersih, suci dan lembut..jangan kita cemarinya dengan kebiadapan-kebiadapan yang berlambak-lambak di muka bumi ini..Ya Allah..ampunilah hambaMu ini andai ada dalam coretan ini yang menyalahi syariatmu...aku cuma ingin manusia insaf dan sedar dan kembali kepada Mu dengan hati yang kudus serta ikhlas..amin....
penyakit hati penyakit hati Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 01, 2010 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.