Seo Services

Siri teladan 4 : Daging dan darah

Rabu, Oktober 26, 2011
Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga hari ini lebih baik berbanding sebelum ini.. Sempena cuti Deepavali ni cikgu ada sebuah cerita baru untuk kalian..Jom layan..

Di sebuah bandar kecil terletak di benua Eropah lebih kurang 200 tahun yang lalu, ada seorang lelaki yang sangat berjaya dalam perniagaannya. Namanya Munir (bukan nama sebenar). Walaupun Munir seorang yang sangat kaya, namun dia bukanlah seorang yang kedekut dan sombong. Dia sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya.

Kehidupan Munir dilimpahi kekayaan dan keharmonian. Dia mempunyai isteri yang cantik dan anak-anak yang comel dan bijak. Walaupun ramai yang menyenangi Munir, masih ada beberapa orang yang menyimpan perasaan iri hati terhadap Munir.

Suatu ketika, Munir yang menjalankan perniagaan perkapalan telah diduga oleh Tuhan. Dia telah membuat pinjaman wang dengan salah seorang yang memusuhinya dalam diam. Tanpa Munir sedari, di dalam surat perjanjian terselit pernyataan bahawa andai Munir tidak dapat menyelesaikan hutangnya dalam masa yang tertentu daging badannya sebanyak 1 kg akan dilapah.

Apabila tiba waktu yang ditetapkan, maka Munir dikehendaki menjelaskan hutang-hutangnya. Malang menimpa apabila kapal-kapal dagangan Munir tidak tiba pada masa sepatutnya bagi membolehkan MUnir menjelaskan hutangnya. Beberapa bot nelayan yang tiba telah menyampaikan berita buruk bahawa kapal-kapal Munir terkandas di dalam ribut yang teruk di laut. Semua harta Munir telah digadai untuk membayar hutang tersebut namun tidak mencukupi. Keluarga Munir terpaksa merempat dalam keadaan sehelai sepinggang.

Munir ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk dipenjarakan. Lelaki yang memusuhi Munir tersenyum riang. Hasratnya untuk menghancurkan hidup Munir hampir menjadi nyata.

Munir yang malang tidak mampu untuk mengupah peguam yang hebat mewakilinya. Dia tiada wang untuk tujuan itu. Dia hanya merelakan dirinya untuk dibawa ke mahkamah sambil meninggalkan anak dan isterinya dalam perasaan yang hiba. Munir hanya mampu berdoa kepada tUhan untuk membantunya di saat itu.

Isteri Munir merupakan seorang wanita yang bukan sahaja cantik, namun bijak. Tanpa diketahui oleh Munir, isteri Munir mempunyai asas sebagai peguam. Dia telah menyamar sebagai lelaki dan mencari segala maklumat yang diperlukan bagi membantu suaminya. Setelah mendapatkan maklumat yang cukup, dia bertemu dengan Munir di dalam tahanan dan menawarkan diri sebagai peguam bagi mewakili MUnir. Munir yang tidak mengenali isterinya yang telah menyamar itu bersetuju sahaja.

Tiba hari perbicaraan, isteri Munir yang bertindak sebagai peguam itu telah mengutarakan perihal 'DARAH' dalam hujahnya. Menurutnya andai orang yang memberi hutang untuk Munir ingin melapah daging Munir, dia perlulah memastikan tiada walau setitik darah pun yang keluar. Andai perkara itu berlaku, dia pula perlu dikenakan hukuman yang berat.

Hujah yang diutarakan diterima baik oleh para juri dan paling penting hakim. Orang yang memberi hutang tadi terkejut dengan kepintaran peguam yang mewakili Munir lalu memutuskan untuk memberi peluang kepada MUnir sekali lagi menjelaskan hutangnya dalam masa 2 minggu. Dia takut untuk dihukum kerana mana mungkin melapah daging tanpa menitiskan darah walau sedikitpun. Perbicaraan ditangguhkan dan dengan budi bicara hakim, Munir dibebaskan dengan ikat jamin yang dibayar oleh peguamnya itu.

Beberapa hari selepas itu, kapal-kapal dagangan Munir telah selamat tiba. Munir berjaya menjelaskan segala hutangnya. Munir bebas daripada hukuman. Dia ingin berterima kasih kepada peguamnya dan menawarkan sejumlah wang yang besar. Tiba-tiba peguam tersebut menunjukkan dirinya yang sebenar. Munir segera memeluk isterinya dengan penuh rasa kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana doanya telah dimakbulkan.

****Tamat Kisah****

Pengajaran:

1. Dalam kehidupan kita ni, walau bagaimana baik pun kita terhadap orang dan kita rasa dah buat yang terbaik, pasti akan ada juga orang yang tak sukakan kita. Kita takkan mampu menyenangkan hati semua orang, Jadi, jangan rasa terlalu sedih apabila ada orang yang benci kita tanpa sebab. Mungkin mereka cemburu saja tu.

2. Sentiasalah berdoa kepada Allah tak kira semasa senang atau susah. Jangan hanya ingat berdoa masa susah sahaja!! Hanya Allah yang sentiasa mengasihi kita dan menerima diri kita setiap masa seadanya. Tapi kita perlu lakukan yang terbaik untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

3. Setialah kepada pasangan tidak kira semasa susah atau senang. Jangan hanya sanggup bersama-sama semasa senang sebaliknya meninggalkannya semasa dia sangat memerlukan kita. Contohnya, kalau isteri dah tua, tak cantik, gemuk, berpenyakit dll, suami perlu sentiasa ada di sisi untuk memberi sokongan dan menggembirakan hati isteri, bukan cari isteri baru yang lebih muda dan cantik. Begitu juga buat para isteri. Hargailah pasangan anda seadanya dan sayangilah dia. Semoga dapat menempuh hari-hari tua bersama-sama dalam keadaan gembira dan memahami satu sama lain.

4. Seperti biasa, sila fikir-fikirkan pengajaran yang anda dapat dan kongsikan di ruangan komen di bawah.

Wassalam...
Siri teladan 4 : Daging dan darah Siri teladan 4 : Daging dan darah Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 26, 2011 Rating: 5

Siri teladan 3 : Kisah budak genius..

Ahad, Oktober 23, 2011
Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat sekalian? Hari ni cikgu nak bercerita kisah yang lain pula..Kali ni kisah tentang seorang budak yang cerdik..Mungkin ada di antara sahabat blogger yang pernah baca cerita ni, jadi ni kira sebagai 'flash back' sajalah ye.. Jom layan..

Pada zaman dahulu, ada seorang budak yang sangat cerdik atau genius kata orang zaman sekarang. Usianya lebih kurang 7- 8 tahun. Dia sangat cepat mengingat sebarang ilmu yang diajarkan kepadanya.

Ketika itu, ahli sihir @ pendeta diraja telah tua dan ingin mencari pengganti untuk diajarkan ilmu-ilmunya. Maka, raja mengerahkan para pengawal istana untuk mencari seorang budak yang memenuhi kriteria yang diinginkan oleh pendeta tersebut. Maka, budak cerdik tadi telah dipilih..

Setiap hari, budak tersebut akan berulang dari rumahnya yang jauh ke istana untuk belajar ilmu daripada pendeta diraja itu sehinggalah pada suatu hari ketika dia melintasi sebuah kampung, dia terdengar syarahan agama daripada seorang alim ulama. Budak tersebut tertarik dengan ucapan alim ulama tersebut yang jauh berbeza dari apa yang dipelajarinya daripada pendeta selama ini lalu memutuskan untuk berguru dengan alim ulama tersebut. Dia akan berjumpa alim ulama tersebut setiap kali dalam perjalanan pergi dan pulang dari istana.

Pendeta berasa sangat hairan kerana sejak kebelakangan itu, budak itu sering datang lambat ke istana untuk berguru lalu budak tersebut akan didenda. Apabila pulang ke rumah, ibu budak itu pula akan memarahinya kerana lambat tiba di rumah. Perkara ini menyebabkan budak itu berasa tertekan sedangkan dia sangat suka berguru dengan alim ulama tersebut. Lalu dia mengadu masalahnya kepada alim ulama itu.

Budak
: "Guruku, aku sering dimarahi pendeta diraja kerana lewat ke istana. Manakala ibuku pula sering memukulku kerana lewat tiba di rumah. Sedangkan aku sangat meminati ajaranmu. Jadi bagaimana patut aku lakukan selepas ini?"

Alim ulama
: "Wahai anak muridku yang bijak, selepas ini andai kau dimarahi oleh pendeta itu, kau katakan bahawa keluargamu menahanmu dari datang awal ke istana. Manakala andai kau dimarahi keluargamu, kau katakan bahawa pendeta menahanmu dari pulang. Namun jangan kau ceritakan tentangku kepada mereka kerana aku khuatir akan terjadi perkara yang buruk kepada kita berdua sehinggalah keadaan mendesakmu untuk bercerita perkara yang sebenarnya."

Budak itu gembira dengan cadangan alim ulama tersebut lalu melakukan sebagaimana yang disuruh. Segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu hari, ketika dalam perjalanan ke istana, budak tersebut terserempak dengan seekor gajah yang sedang mengamuk dan memusnahkan sebuah kampung.

Budak itu berfikir: "Inilah masanya untuk aku menguji apa yang kupelajari hari ini dan menguji kebenaran ajaran di antara pendeta dan alim ulama".

Lalu budak tersebut mengambil sebiji batu dan berkata : "Wahai tuhanku, andai apa yang kupelajari daripada pendeta itu benar, kau matikan gajah ini daripada lontaran batu ini". Namun tiada apa-apa yang berlaku.

Budak tersebut mengambil sebiji batu yang lain lalu berdoa pula : "Wahai tuhanku andai apa yang kupelajari daripada alim ulama ini benar, maka kau matikanlah gajah yang mengamuk ini". Setelah dilemparkan batu tersebut kepada gajah, dengan tidak semena-mena gajah tersebut jatuh menggelepur lalu mati pada saat itu juga. Budak tersebut berasa gembira kerana selama ini dia memang merasakan ajaran alim ulama itu suatu ajaran yang benar.

Apabila tiba di istana, budak tersebut bertemu pendeta seperti biasa. Rupa-rupanya berita budak itu melawan gajah telah diketahui oleh pendeta.

Lalu pendeta bertanyakan kepada budak itu : " Adakah engkau membunuh gajah itu menggunakan ilmu yang kuajarkan kepadamu?"

Budak : "Tidak sama sekali. Yang membunuh gajah itu adalah tuhanku. Aku tidak berkuasa sama sekali ke atas apa yang berlaku."

Pendeta: "Adakah tuhan yang kau maksudkan itu raja kita?" (pada masa itu, raja dianggap tuhan dan disembah)

Budak : "Tidak. Tuhanku dan tuhan mu adalah sama iaitu Allah. Dialah tuhan sekalian alam."

Jawapan budak itu menjadikan si pendeta tersentak. Berkali-kali dia mengajukan soalan yang sama namun jawapan yang sama juga diberikan oleh budak itu. Akhirnya dia memutuskan untuk menyampaikan berita tersebut kepada raja.

Raja mengarahkan pengawal istana untuk menangkap dan mendera budak tersebut sehinggalah dia memberitahu guru yang mengajarkan ilmu yang lain daripada yang diajarkan oleh pendeta istana itu. Setelah penat disiksa, budak itu akhirnya menceritakan tentang gurunya di alim ulama.

Raja mengarahkan alim ulama itu ditangkap. Alim ulama dan budak itu dibawa ke sebuah padang untuk dihukum.

Raja : "Mengakulah bahawa aku ialah tuhanmu."

Alim ulama: " Tuhanku dan tuhanmu adalah satu iaitu Allah yang Esa."

Berkali-kali soalan yang sama ditanya namun jawapan yang sama diberikan. Lalu raja memenggal leher alim ulama tersebut. Matilah alim ulama itu sebagai seorang syahid.

Seterusnya tiba giliran budak cerdik itu. Ditanya soalan yang sama namun jawapannya sama seperti alim ulama itu. Lalu raja mengarahkan kepada pengawalnya untuk membawa budak itu ke sebuah gunung lalu menolaknya dari gunung itu andai jawapan yang diberikan olehnya masih sama.

Tiba di atas gunung itu, budak itu berdoa kepada Allah. Maka ketika itu gunung bergoyang lalu semua pengawal itu jatuh dan mati. Hanya budak itu terselamat.

Budak cerdik itu kembali ke istana. Raja sungguh marah lalu mengarahkan pula dia dibawa ke tengah laut dan dilemparkan ke dalam laut andai masih berdegil dengan jawapannya.

Tiba di tengah laut, budak itu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba datang ombak yang besar lalu menenggelamkan kapal yang membawa budak itu. Semua penumpangnya mati kecuali budak itu.

Budak cerdik itu kembali ke istana. Dia bertemu dengan raja. Raja terkejut melihat budak itu masih hidup.

Budak: "Tuanku tidak boleh membunuh saya sehinggalah tuanku melakukan perkara yang berikut."

Raja
: "Baiklah. Ceritakan kepada beta."

Budak : "Tuanku perlu mengumpulkan seluruh rakyat jelata negeri ini di suatu padang yang luas supaya mereka semua dapat menyaksikan hukuman mati yang dikenakan ke atasku. Kemudian, tuanku letakkan busur panah tuanku tepat di dadaku dan katakan : "Dengan nama Allah, tuhan budak ini.". Maka selepas itu barulah aku akan mati."

Raja bersetuju dengan cadangan budak itu kerana merasakan dia akan mendapat keuntungan dan seluruh rakyat akan lebih takut kepadanya. Maka dia mengarahkan pengawal istana mengumpulkan seluruh rakyat tanpa mengira usia di suatu kawasan yang luas.

Tiba hari yang dijanjikan, raja bersedia melakukan hukuman tersebut. Dia meletakkan busur panahnya tepat di dada budak itu sambil melaungkan : "Dengan nama Allah tuhan budak ini." Budak itu syahid pada saat itu juga.

Tanpa disangka-sangka oleh raja, seluruh rakyat bangun lalu melaungkan : Kami beriman dengan Allah tuhan budak itu!!Kami beriman dengan Allah tuhan budak itu!!"

Pengawal tergesa-gesa mencari raja lalu memaklumkan bahawa semua rakyat memberontak dan telah beriman dengan tuhan budak yang dibunuh tadi. Perkara yang paling ditakuti oleh raja telah berlaku. Lalu raja mengarahkan pengawalnya mengorek sebuah lubang bear lalu dipasangkan api didalamnya. Setiap rakyat yang tidak mahu mengakui dia sebagai tuhan akan ditolak dan dibakar hidup-hidup di dalam api itu.

Seorang demi seorang rakyat telah ditolak ke dalam api lalu dibakar hidup-hidup kerana tidak mahu menukar keimanan mereka. Tibalah giliran seorang ibu dengan anak yang masih kecil di dalam pelukannya.

Ibu tersebut teragak-agak di depan api tersebut apatah lagi memandangkan anaknya yang masih kecil. Tiba-tiba anak kecil itu bersuara:"Jangan takut wahai ibuku. Sesungguhnya kita berada di pihak yang benar."

Maka seluruh rakyat dibakar hidup-hidup. Mereka merasai sakit yang hanya sekejap sedangkan syurga yang indah menanti mereka selaku syahid di jalan Allah.

Tidak lama selepas itu, raja dan para pengikutnya dilanda bencana dan mereka semua mati dalam keadaan yang lebih mengaibkan dan bakal diazab pula oleh Allah dengan azab yang dahsyat. Subhanallah..

******Tamat kisah******

Pengajaran daripada kisah :

1. Kita haruslah berani menegakkan kebenaran.
2. Carilah ilmu yang benar (terutama ilmu agama) sebagai penyuluh hidup kita.
3. Menggunakan akal fikiran dan bukan nafsu dalam menyelesaikan masalah serta sentiasa memohon petunjuk Allah dalam menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi
4.Macam biasa, korang fikir-fikirkanlah dan jangan lupa komen kat ruangan komen kat bawah nanti...

Oklah, tu saja untuk kali ni..Tapi satu persoalan yang berada di benak cikgu (korang pun mungkin terfikir), kenapa semua cerita cikgu ni bermula dengan 'pada zaman dahulu'..macam kisah dongeng plak..huhu..cikgu pun tak tau..tapi tulah permulaan yang cikgu rasa paling sesuai untuk kisah-kisah yang cikgu tulis ni..huhu..Apa-apapun segala yang baik daripada Allah, yang buruk tu daripada cikgu sendiri..Semoga bermanfaat kepada semua..

Wassalam
Siri teladan 3 : Kisah budak genius.. Siri teladan 3 : Kisah budak genius.. Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Oktober 23, 2011 Rating: 5

Siri teladan 2 : Kisah penunggu gua..

Khamis, Oktober 20, 2011
Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dan ceria hendaknya..

Hari ni cikgu nak cerita sebuah lagi kisah yang cikgu baca zaman kecik-kecik dulu..kisahnya begini..

Pada zaman dahulu, ada tiga orang lelaki yang bersahabat baik. Mereka tinggal di kampung yang sama dan melakukan pekerjaan yang sama.

Suatu hari, salah seorang daripada lelaki-lelaki itu mengajak untuk meneroka suatu tempat. Katanya, tempat itu kelihatan menarik dan seolah-olah belum pernah dikunjungi orang.

Maka ketiga-tiga sahabat itu bersetuju dan merancang untuk pergi melihat tempat tersebut. Tempat yang dimaksudkan itu ialah sebuah gua di kaki gunung.

Keesokan harinya ketiga-tiga sahabat tersebut menuju ke tempat yang dimaksudkan. Mereka berasa sangat teruja dan tidak sabar-sabar masuk ke dalam gua yang kelihatan sangat cantik itu.

Dengan menggunakan beberapa peralatan yang dirasakan sesuai mereka memulakan ekspedisi mereka dan mula meneroka ke dalam gua. Belum sempat mereka melangkah lebih dalam tiba-tiba tanah seperti bergoyang.Broom!!! Keadaan di dalam gua menjadi gelap gelita.

Pemuda 1
: "Tanah runtuh!!!"

Ketiga- tiga pemuda itu mula panik. Mereka cuba mencari jalan keluar dari gua tersebut. Rupa-rupanya sebuah batu yang besar telah jatuh lalu menutup pintu gua itu. Hanya ada sedikit ruang untuk udara masuk.

Ketiga-tiga pemuda tersebut berusaha mengalihkan batu besar tersebut. Berkali-kali mereka mencuba namun masih gagal. Mereka akhirnya kepenatan dan memutuskan untuk berehat.

Pemuda 2 : "Apa yang perlu kita lakukan sekarang? Telah puas kita berusaha namun malangnya kita tidak mampu menggerakkan batu itu walau sedikit pun. Jeritan kita juga tidak didengari orang. Saya khuatir kita akan mati andai terus begini."

Pemuda 3 : " Marilah kita berdoa kepada Allah dengan menceritakan amalan baik yang pernah kita lakukan. Semoga amalan yang ikhlas kita lakukan kerana-Nya akan membantu kita di saat-saat kesukaran begini."

Ketiga-tiga pemuda tersebut bersetuju dengan cadangan itu. Maka mereka mula berdoa kepada Allah.

Doa Pemuda 1 : " Ya Allah, aku mempunyai dua orang ibu-bapa yang telah tua. Setiap pagi aku akan keluar rumah memerah susu lembu bagi santapan seluruh ahli keluargaku. Aku akan pastikan ibu dan bapaku akan menjadi insan pertama yang menjamah hasil perahan susu lembu tersebut. Pernah suatu hari anakku menangis kerana laparkan susu, sedangkan ibu dan bapaku belum bangun daripada tidur. Namun aku tetap bertegas dan menunggu ibu dan bapaku untuk bangun dan minum dahulu susu tersebut. Apabila selesai mereka minum, barulah aku berikan kepada anakku yang lapar tadi. Ya Allah, andai apa yang aku lakukan ini adalah perkara yang baik, maka aku memohon kepada-Mu agar batu besar yang menghalangi pintu gua ini dialihkan."

Tiba-tiba batu besar yang menutupi pintu gua itu bergerak sedikit, namun masih belum mampu untuk pemuda-pemuda tersebut meloloskan diri.
Maka pemuda kedua pula berdoa.

Doa Pemuda 2 : "Ya Allah, aku menyukai seorang wanita. Namun malangnya wanita ini telah berkahwin. Pada suatu hari, wanita ini datang berjumpaku untuk meminjam sejumlah wang. Dia dalam keadaan yang terdesak untuk membantu suaminya yang kesusahan. Aku memberinya sejumlah wang tetapi dengan syarat dia sanggup tidur denganku. Wanita tersebut bersetuju. Apabila tiba saat yang dijanjikan, aku pergi ke rumah wanita tersebut untuk mendapatkan janjinya. Aku berasa sangat gembira kerana aku akan mendapat tubuhnya. Tiba-tiba, wanita tersebut bertanyakan kepadaku : "Tidakkah engkau takut dengan Allah?". Aku tersentak lalu berlari keluar dari rumah wanita tersebut.Aku menghalalkan sahaja wang yang kupinjamkan kepadanya. Aku sangat takut dengan azab-Mu ya Allah. Wahai tuhanku, andai segala yang aku lakukan semata-mata demi mendapatkan keredhoanMu, maka aku memohon kepada Mu agar dialihkan batu besar yang menutupi pintu gua ini."

Sekali lagi batu besar itu bergerak sedikit namun masih belum mampu untuk pemuda-pemuda itu keluar dari situ. Seterusnya giliran pemuda ketiga pula untuk berdoa.

Doa pemuda 3 : "Ya Allah, suatu masa dahulu aku mengupah seorang lelaki untuk membantuku melakukan sedikit pekerjaan. Namun apabila tiba masa untuk aku membayar upahnya, lelaki tersebut menghilangkan diri dan tidak mengambil wangnya. Aku menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa ekor kambing sebagai ternakan. Dari sehari ke sehari, jumlah kambing-kambing tersebut semakin banyak sehingga memenuhi kandang. Aku tidak pernah menjual mahupun makan daging kambing tersebut. Pada suatu hari, lelaki pekerja itu datang menuntut upahnya. Aku tunjukkan dia kesemua kambing yang telah berkembang biak hasil daripada wang upahnya yang aku belanjakan. Dia berasa sangat terkejut namun gembira lalu mengambil kesemua kambing-kambing itu sebagai upahnya yang tergendala dahulu. Aku juga berasa sangat tenang sesudah itu. Ya Allah, andai segala yang aku lakukan ini ikhlas untuk mendapatkan keredhoanMu semata-mata, maka kau gerakkanlah batu besar yang menutupi gua ini agar kami dapat keluar daripadanya."

Maka dengan izin Allah batu besar itu bergerak lagi sehingga akhirnya ketiga-tiga pemuda tersebut dapat keluar dari situ.

***Tamat Kisah***


Pengajaran daripada cerita ini:

1. Kita mestilah menghormati dan berbakti kepada kedua ibu dan bapa kita seandainya mereka masih hidup dan terus mendoakan kesejahteraan mereka andai mereka telah meninggal dunia.

2. Kita haruslah sentiasa ingat kepada Allah terutama apabila melakukan berniat melakukan perkara maksiat. Jika kita takut Allah mesti kita akan jauhi maksiat dan dosa..betoi dak?

3. Hutang mesti dibayar..Tak kira cepat ke lambat ke, bayar mesti bayar..kalau dah terlalu lama tu, nilaikan semula wang yang pernah kita pinjam dengan nilai semasa..Kalau rasa nak selamat, minta halal kat orang yang kita berhutang tu kalau terkurang dan seumpamanya.

4. Cikgu pun tak tau nak tulis apa lagi..Korang komen je la kat bawah ni nanti..

P/S : Ayat cerita digubah semula 100% oleh cikgu berdasarkan ingatan yang ingat-ingat lupa ni.. Salah silap harap dimaafkan..

Wassalam..
Siri teladan 2 : Kisah penunggu gua.. Siri teladan 2 : Kisah penunggu gua.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 20, 2011 Rating: 5

Utk mengetahui mukasurat juzuk dalam al quran

Selasa, Oktober 18, 2011
Assalamualaikum..

Hari ni cikgu dapat info menarik dari seorang kawan..

Kaedah untuk mengetahui mukasurat setiap juzuk dalam al quran ( ni susunan resam usmani - yang biasa kita guna sekarang)

1. Bil juzuk tolak 1 : Cth : Juz 13 -1 = 12

2. Darab hasil dengan 2 : Cth : 12 x 2 = 24

3. Tambah dengan nombor 2 dibelakang hasil darab tadi : Cth : 242

Maka, juzuk 13 dapat dibaca di mukasurat 242...

Cubalah yer..

Sila komen bila dah cuba!!(^_^)
Utk mengetahui mukasurat juzuk dalam al quran Utk mengetahui mukasurat juzuk dalam al quran Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 18, 2011 Rating: 5

Siri teladan 1 : Kisah hutang

Isnin, Oktober 17, 2011
Assalamualaikum..

Apa khabar iman dan Islam anda hari ni?Semoga lebih baik berbanding

hari-hari yang telah berlalu..


Hari ni cikgu nak bercerita sebuah kisah yang pernah cikgu baca masa

kecik-kecik..Cikgu ingat-ingat lupa ja cerita ni..Bukunya pun dah

hilang masa keluarga cikgu berpindah dari Pulau Pinang ke Kedah..huhu..

Ceritanya begini..


Pada zaman dahulu (tak ingat zaman nabi mana..) ada seorang lelaki yang

sangat terdesak dan mahukan wang untuk membiayai perniagaannya yang

sedang bermasalah.Dia mencari-cari orang yang mahu meminjamkannya wang.

Wang yang diperlukan olehnya bukanlah sedikit tetapi sebanyak 1000

dinar.

Puas dia ke sana dan ke mari sehinggalah dia bertemu dengan seorang

lelaki yang hanya bekerja sebagai tukang kayu. Dia mencuba nasibnya

untuk meminjam wang daripada lelaki terbabit.

Peminjam : Saya dalam keadaan yang sangat terdesak untuk menyelamatkan

perniagaan saya sekarang. Bolehkah saudara meminjamkan saya sedikit

wang?

Tukang Kayu : Saya bukanlah orang kaya tetapi andai saya dapat membantu

insyaAllah saya akan membantu saudara. Tetapi berapakah wang yang

saudara perlukan?

Peminjam : Saya memerlukan 1000 dinar.

Tukang kayu diam sejenak sambil berfikir..Dia mempunyai wang tersebut

setelah bersusah payah mengumpulnya sedikit demi sedikit setiap hari.

Dia juga mempunyai perancangan dengan wang tersebut namun melihatkan

kegelisahan dan kesusahan lelaki tersebut dia merasa perlu membantu dan

mampu menangguhkan perancangannya dengan wang yang ada.

Tukang kayu : Setahu saya anda bukanlah orang dari kawasan ini

(peminjam merupakan seorang pedagang yang datang dari jauh)

Peminjam : Benar. Saya seorang pedagang. Saya memerlukan wang ini untuk

menyelesaikan masalah perniagaan saya di sini. InsyaAllah saya akan

pulangkan wang saudara apabila saya telah mendapat untung nanti.

Tukang kayu : Kalau demikian, bawakan kepada saya seorang penjamin.

Peminjam : Cukuplah Allah sebagai penjamin saya.

Tukang kayu
: Bawakan pula kepada saya seorang saksi.

Peminjam : Cukuplah Allah sebagai saksi bagi diri saya.

Tukang kayu : Kalau begitu, saya akan pinjamkan wang sebanyak 1000

dinar dan saya terima Allah selaku penjamin dan saksi dalam urusan

kita ini.

Peminjam : Alhamdulillah. Semoga Allah memudahkan urusan saya untuk

membayar semula wang saudara.

Peminjam pun berlalu dari situ dan menyelesaikan urusannya.
Masa terus berlalu namun peminjam belum melunaskan wang tukang kayu

kerana belum berjaya mendapat untung sebagaimana yang diperlukan untuk

memulangkan wang tukang kayu sehinggalah dia kembali ke tempat asalnya

yang jauh. Setelah beberapa tahun, peminjam telah berjaya dalam

perniagaannya dan mendapatkan banyak keuntungan.

Pada masa tersebut, dia telah teringat perjanjiannya dan kembali ke

tempat tukang kayu untuk menyelesaikan hutangnya. Malang nasibnya

apabila mendapati tukang kayu telah berpindah dan tidak lagi menetap di

tempat itu. Peminjam berjalan ke hulu dan ke hilir mencari mana-mana

orang yang mengetahui tempat tukang kayu berpindah namun gagal.

Akhirnya peminjam merasa penat dan tiba di kawasan pantai. Dia melihat

laut yang luas lalu menadah tangannya memohon petunjuk Allah. Tiba-tiba

dia terlihat sebatang kayu yang besar berada tidak jauh dari situ. Dia

mengambil kayu tersebut dan mendapati kayu itu berongga dan mampu

memuatkan wang yang dibawanya selama ini. Dia menulis nota di atas

sekeping kertas lalu memasukkan wang yang dihutangnya ke dalam kayu

tersebut. Seusai melakukannya dia menadah tangan dan berdoa :

" Ya Allah, aku telah menjadikan Engkau sebagai penjamin dan saksi bagi

urusan ini. Maka aku memohon kepada-Mu sampaikanlah wang ini kepada

insan yang meminjamkan wang ini kepadaku agar dapat aku melunaskan

hutangku. Amin"

Maka si peminjam pun menghanyutkan kayu tersebut ke laut.
.
.
.
.
Di suatu tempat, beratus-ratus batu daripada tempat si peminjam tadi,

kelihatan seorang lelaki sedang berjalan di tepi pantai melihat

keindahan alam ciptaan tuhan. Tiba-tiba dia terpandang sebongkah kayu

yang sangat cantik pada penglihatannya. Lelaki tersebut mengutip kayu

tersebut lalu dibawa pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, lelaki tadi membelek-belek kayu yang dibawanya

pulang sebentar tadi.Dia mendapati kayu tersebut kelihatan sangat aneh

lalu dia memutuskan untuk memebelah kayu tersebut.

Menggunakan sebilah kapak, lelaki tersebut menghayun tangannya ke arah

kayu tersebut. Pang...kayu tersebut terbelah dua dan berteraburan

wang-wang emas dari dalam kayu tersebut berserta sehelai kertas. Lelaki

tersebut lalu membaca tulisan yang tertulis di atas kertas tersebut..

" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Dia-lah yang

menjadi penjamin dan saksiku atas urusniagaku dengan seorang tukang

kayu sebanyak 1000 dinar. Maka, dengan Allah selaku penjamin dan

saksiku, aku menghantar wang ini semoga sampai ke tangan insan yang

meminjamkan wang ini kepadaku. Semoga dengan ini lunaslah segala

hutangku kepadanya."

Lelaki yang membaca nota tersebut tadi tersentak sambil berulang-ulang

kali mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana wang yang dipinjamkannya

kepada lelaki yang pernah ditemuinya beberapa tahun yang lalu telah

dilangsaikan. Rupa-rupanya lelaki tersebut ialah tukang kayu yang telah

berpindah sebelum ini kerana rumahnya rosak teruk dipukul ribut

menjadikannya pula seorang perantau. Maka dengan wang yang

diperolehinya itu dia menyudahkan urusannya yang telah tertangguh

bertahun-tahun lamanya.

....Tamat kisah...

Moral cerita di atas:
1. Kita selaku orang yang berhutang mesti menjelaskan hutang kita tak

kira dengan apa cara sekalipun
2. Orang yang memberi hutang secara ikhlas pasti akan mendapat ganjaran

baik daripada Allah samada di dunia mahupun di akhirat
3. Bandingkan diri kita dengan tukang kayu dan peminjam..mampukah kita

menjadikan Allah sebagai penjamin dan saksi kita apabila melakukan

urusniaga dan berlaku telus dan jujur sesudahnya..
4. Fikir-fikirkan sendiri dan jangan lupa tulis komen yer..

Kisah ini digarap sepenuhnya berdasarkan imaginasi cikgu yang ingat-ingat lupa cerita ni..maklumlah dah hampir 20 tahun ni kisah ni cikgu baca..Masa cikgu sekolah rendah lagi..kalau ada salah dan silap harap maaf. Semoga pengajaran yang baik sahaja diambil..yang baik daripada Allah yang buruk tu daripada khilaf cikgu sendiri..

Wassalam..
Siri teladan 1 : Kisah hutang Siri teladan 1 : Kisah hutang Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 17, 2011 Rating: 5

Rileks jap..

Rabu, Oktober 12, 2011
Assalamualaikum..

Sedang mengorek-ngorek koleksi soalan dalam laptop ni terjumpa mutiara kata berikut..

BIRTH is the start of life
BEAUTY is the art of life
MYSTERIES and RISK are parts of life

BUT


A TEACHER is the heart of life


Maka...bersabarlah diri..


Wassalam..
Rileks jap.. Rileks jap.. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 12, 2011 Rating: 5

Berdenyut-denyut kepala ni..

Isnin, Oktober 10, 2011
Assalamualaikum..

Entry sepantas kilat untuk hari ni..

Pagi-pagi masa 'drive' ke sekolah..teringat cerita kanak-kanak dulu..nak cerita tak sempat ag ni..so cikgu 'hold' dlu yer..nanti cikgu tulis bila masa mengizinkan..

Kepala tengah pening dan terasa berat sibuk memikirkan perihal soalan akhir tahun fizik budak tingkatan 4 yang tak siap ag dan pelbagai latihan yang bertubi-tubi nak bagi kat bebudak fizik dan sains tingkatan 5..huhu..yelah..sebelum pas soalan kat bebudak cikgu kena kaji dulu soalan2 dan tahap kesesuaian dengan pelajar..nak kena buat skema dulu..klu dah ada skema nak kena studi dlu baru leh 'discuss'..pening2..

Analisis 'trial' belum siap ag..so cikgu 'out' dlu yer..nnt dah free sket cikgu nak tulis cerita teladan zaman kanak-kanak dlu..hehe..Doakan cikgu tenang sket dicelah-celah kesibukan ini yer..

Wassalam..
Berdenyut-denyut kepala ni.. Berdenyut-denyut kepala ni.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 10, 2011 Rating: 5

Budak 14 tahun..

Selasa, Oktober 04, 2011
Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Maaf sebab lama tak mengarang entry baru disebabkan kesibukan dengan hal-hal di sekolah..

Semalam cikgu masuk ke sebuah kelas untuk menggantikan guru mereka yang tidak hadir..kelas ni kelas kedua akhir dalam tingkatan dua..cikgu pernah dengar banyak guru yang komen tentang akhlak pelajar kelas ni..memang apabila masuk saja kita rasa akan mengakui kebenaran kata-kata tersebut..huhu..kesian..lama tak mengajar menengah rendah ni menjadikan cikgu rasa agak janggal dengan mereka..tapi cikgu cuba kecilkan jurang dengan cuba bersembang dengan pelajar-pelajar terbabit..

Cikgu : "Seronok ke kamu belajar dalam kelas ni?" (sambil memerhatikan persekitaran kelas yang agak muram, kusam dan penuh sampah sarap..sangat menyedihkan)

Pelajar 1 : "Tak seronok cikgu"

Cikgu : "Kenapa?"

Pelajar 1 : " Kelas ni budak-budak tak pandai..saya ni dulu kelas depan.."

Pelajar 2 : "Cikgu jangan percaya cakap dia..dia ni merapu saja tau"

Pelajar 1 : "Hehe..saya bukan pandai membaca pun cikgu.."

Cikgu : " Ye ke? Tak pandaila kena datang sekolah..kalau dah pandai buat apa datang lagi..sekolah kan tempat untuk kita menuntut ilmu..Kamu selesa ke belajar dalam kelas yang kotor ni? Ilmu tak masuk tau kalau kita belajar dalam tempat yang kotor..Syaitan sukalah kalau tempat ni kotor.."

Pelajar 2: "Bukan kami yang buat sampah tu cikgu..Budak-budak sesi petang yang buat"

Pelajar 1 : "Betul tu cikgu..Diorang tu memang pandai bagi kelas bersepah-sepah"

Cikgu : "Dah tu..kenapa kamu tak tolong kemaskan?Kamu lagi rela belajar dalam keadaan kotor ke?"

Semua pelajar terdiam seketika sebelum menyambung semula sesi menyembang dengan rakan-rakan..Pelajar perempuannya siap berjalan ke hulu ke hilir dan makan tanpa menghiraukan saya di depan..saya perhatikan sahaja telatah mereka..maklumlah..baru lepas rehat..mereka lapar agaknya..Selesai mereka makan, sampah dibiarkan sahaja di atas meja..

Cikgu : "Dah habis makan?"

Pelajar 3: (Hanya mengangguk)

Cikgu : "Sampah ni siapa nak buang?"

Pelajar 3 : " Ni bukan saya punya..ni dia yang punya..(sambil menunjuk kepada rakannya yang tak boleh duduk diam..sekejap ke hulu..sekejap ke hilir)"

Saya hanya menggelengkan kepala sambil berjalan ke hadapan..Apabila saya perhatikan sampah tadi telah lesap..Pandai pula budak-budak ni..tapi rasa-rasanya dah masuk bawah meja..huhu..

Kadang-kadang saya rasa lemah semangat melayan pelajar-pelajar yang sebegini tapi apabila dipandang dengan mata hati kesian pula rasanya..lalu saya melakar ruangan teka silang kata di depan dan berteka-teki dengan pelajar-pelajar tersebut..Mula-mula mereka seolah-olah tidak berminat namun apabila ada seorang rakan yang boleh menjawab teka-teki tersebut, pelajar lain mula menunjukkan minatnya..

Ramai orang ingat senang nak jadi cikgu tapi cabaran guru itu sangat besar..nak menarik minat pelajar..nak mendapatkan hormat pelajar..nak meningkatkan prestasi pelajar dan macam-macam lagi..letih jadi cikgu ni tapi itulah punca rezeki kami..pelajar kampung pun dah begini perangainya..dulu kalau ke kampung mesti terbayang betapa sopan santunnya pelajarnya..malu dan berbudi bahasa tetapi sekarang?hmm..sudah nak kata..masih ada yang berbudi bahasa namun semakin kurang..apa salahnya yer?hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..ye tak? Semoga kerjaya yang menjadi punca rezeki ini juga menyumbang kepada pahala yang berterusan di kemudian hari..amin..

Sebenarnya cikgu taktau tajuk entry yang sesuai..main taram je..kira ok la kot yer..salah silap harap dimaafkan..

Wassalam..
Budak 14 tahun.. Budak 14 tahun.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 04, 2011 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.