Seo Services

Kelas tambahan malam..apa pendapat anda?

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger hari ni?Semoga sihat walafiat..Hari ni cikgu saja nak tanya pendapat rakan2 tentang isu kat atas tu..

Ok ke kelas tambahan di sekolah pada waktu malam? Dijalankan pada setiap hari sepanjang pelajar-pelajar menghadapi percubaan sehinggalah peperiksaan sebenar?

Kalau cikgu dulu, tak suka diganggu malam2 tambah2 kalau esok tu dah nak peksa..berserabut otak rasanya..anda semua macamana plak? Cer bagi pendapat sket sebagai pelajar, guru, ibu bapa ataupun pandangan sendirila..tak kisahla..komen positif atau negatif diterima..cuma nak tahu pendapat je..(^_^)

Wassalam..


Kelas tambahan malam..apa pendapat anda? Kelas tambahan malam..apa pendapat anda? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 29, 2012 Rating: 5

18 ulasan:

  1. Tak kisah malam atau siang, asalkan semangat nak belajar memang ada. :)

    BalasPadam
  2. Kalau buat tiap-tiap hari, ade kemungkinan prestasi menurun. sebab budaknye letih sangat. pagi peang siang malam belajar aje haha..
    Pengalaman ajar tuisyen area KL, bila malam budak-budak nampak letih lesu. mengantuk saje. Siang sekolah, balik pukul 1 ade yang kokurikulum, ade yang mengaji, ade yang sekolah agame. petang ade yang dah mule tuisyen sampai malam pukul 10...

    BalasPadam
  3. masih tak sesuai dengan suasana malaysia yg hura hara .. :)

    BalasPadam
  4. Malam Atau Siang Yang Penting Niat Mahu Belajar..

    BalasPadam
  5. Salam Aidil Fitri

    ulangkaji secara bersantai ok la...

    BalasPadam
  6. dah musim depa nak trial,,petang jelah kan

    BalasPadam
  7. kalau esoknya percubaan, sy rasa x perlu la kot...setiap pelajar ada subjek atau bab yg dorang nak cover sendiri masa tu. bgtau kalau sape2 nak tanya, jumpa cikgu di lokasi tertentu. mcm cikgu standby kat library atau dewan makan ke...itu pun kalau rajin dan cikgu mengajar kat sekolah berasrama...

    kalau kat sekolah harian x tau la tu. entah mcm mna la dorang study kat rumah. sy xde pengalaman study kat rumah sngt. sebab dok hostel semuanya...

    tp kalau nak buat kls mlm lps percubaan tu ok la. tu je la kot

    BalasPadam
  8. komen naim tu pun perlu dipertimbangkan...masa ni menggedik la mlm2...utk golongan tertentu

    BalasPadam
  9. As salam cikgu,
    Kelas tambahan malam. Mmg biasa sgt masa nak peksa. Kalau yg duduk asrama tu, kadang2 sampai tiap2 malam ada kelas, tp hanya utk subjek yg kurang bagus pencapaiannya.

    Jadi, rasanya tak perlu sampai tiap2 malam, budak2pun nak rehat jugak.

    "Akal yg cerdas, datangnya dari badan yg cergas" - ingat sgt kata2 cikgu masa kecik2 dulu...hehe

    BalasPadam
  10. terima kasih yer semua untuk komen2 yang membina..hehe..cikgu dulu pun masa belajar dok kat asrama..biasanya ulangkaji sendiri je dekat2 nak peksa..tapi kat sekolah skrg ni budak2 kena suap je semua..sabar je la..

    BalasPadam
  11. alernate day ok kot, dn jgn lah sampai malam2 sgt!. dan kena lebih santia, buat sessi Q & A bagi yg x brp nk faham lgi, tq jgk blog KA yek, n KA dah follow 430

    BalasPadam
  12. Lama dh tak gi kelas tambahan nih...hehehehe

    BalasPadam
  13. susah juga kalau setiap hari, perlu ada rehat

    BalasPadam
  14. Andai pelajar2 yang terlibat mmg terjaga disiplinnya..mungkin tiada masalah..
    bimbangnya bila ada 'ayah angkat'..'abg angkat' join sekali jemput pelajar2 tuu...jadi citer lain lakkk nanti...aduhai..

    BalasPadam
  15. dulu time aida sekolah menengah.. sekolah ada buat kelas tambahan malam hari nie, tapi bukan dalam minggu exam la iaitu seminggu awal sebelum exam. cikgu kami buat sesi review setiap bab dengan menggunakan peta minda setiap pelajar dipecahkan dgn beberapa group dan diberi masa berbincang tentang bab tersebut. tak ada sesi berat2.. Alhamdulillah kelas tu memudahkan aida mengingati topik2 setiap bab.. :) sampai skrg aida practice kan lagi stdy gaya mcm nie. hehe..

    BalasPadam
  16. Salam. Baru follow cikgu. :D

    Pendapat saya.... kelas malam okay. Tapi jangan la setiap hari. Dulu masa saya skolah, kelas tambahan malam ada. Cuma bezanya, kelas malam hanya seminggu sekali, dan lagi satu... waktu persekolahan dulu takde la sampai nak malam macam budak2 sekarang.

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Pendapat saya ada baiknya, cuma...

    #Masa tuisyen yang panjang selepas sekolah, meletihkan murid siang sudah ke sekolah, petang tuisyen, malam tuisyen lagi..
    #Tak ada masa untuk membuat kerja sekolah
    #Tuisyen kadangkala tidak mengikut sukatan matapelajaran,
    #Kos yuran yang tinggi terpaksa ditanggung ibubapa
    #Tiada masa mengaji Al-Quran
    #Ibubapa terpaksa menghantar dan mengambil anak pada sebelah malam
    #Risiko keselamatan anak terutama waktu malam
    #Risiko kecewa apabila tidak mencapai keputusan cemerlang.

    SEMUA MASALAH DIATAS DPT DIATASI Dengan hanya melanggan pakej iLEARN ACE digital dr percetakan sasbadi. Sekali berbelanja... 365hari anak boleh mengulangkaji. Mudah&berkesan. Hanya RM350 setiap pakej

    #0105710054 pn.aishah
    REGISTER SEKARANG utk dapatkan PAKEJ2 tersebut.

    RASAKAN kelebihan iLearnAce digital ini segera.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.